OVERTURE

Haish. Lama gila dah x berblogging. Last entri aku untuk blog lama adalah 2011-2012 camtu kot. Pastu malas, and facebook is very much easier to handle.

Eh. Assalamualaikum, dan selamat sejahtera kepada pengerusi majlis dan penjaga masa yang setia kepada masanya. Lupa pulak.

Aku decided untuk berblogging balik sbb aku rasa aku perlu tempat untuk simpan segala nota-nota n pengalaman-pengalaman travels aku setelah kitab travel aku hilang masa berpindah. At the same time, aku rasa aku perlu give back sementelah aku sendiri pun bila nak travel, aku "curik" info2 dari blog2 orang-orang lain jugak. Dan sebab dah x ramai yang berblogging, so kadang2 blog yang aku baca tu yang dorang dah pegi beberapa tahun lepas, dan ada infonya dah obsolete bila aku sendiri pergi. So at one point, aku rasa blog still relevan lah untuk orang kumpul info2 dan nak share travelling experience. Boleh buat bacaan di hari tua jugak, bila kaki dah x larat berjalan dan kudrat dah x ada. Gitu jauh ko punya vision.

Jadi, unlike blog aku yang lama, yang ini hanya fokus untuk travel notes and experience aku, info tempat2 makan yang aku pernah pegi, maybe sekali-sekala selit recipe. Dan mungkin jugak sekali-sekala dimasukkan elemen meroyan sekiranya aku rasa x puas meroyan di fb. Aku ni bukan boleh percaya sangat kalau nafsu meroyan aku dah datang. Tapi tidaklah aktif menaip macam dulu lah kot. Dah tua. Sifat malas aku berkadar terus dengan peningkatan usia.

Semoga bermanfaat untuk yang membaca! Dan aku halalkan semua info yang aku share kat sini untuk personal use korang. Tapi janganlah ko pegi buat niaga pulak ya. Yang tu mintaklah izin dulu especially gambar2.


Ciao!
Ee  
 

Comments

Popular Posts