SEOUL: DAY 1 (24 NOVEMBER 2018)
Ni aku start dengan aku sampai KLIA2 lah eh. Kch- KLIA2 xder menda apa pun.
Sampai- sampai KLIA2 (23 Nov 2018, 11pm), aku terus gi Tune Store, cuba nasib nak collect pocket wifi tu. Degil kan, walaupun dalam email dah cakap 3 hours before flight.
Aku: Flight I kul 7:20am, kalau I nak pickup skang boleh x?
Adik Manis: Only 3 hours before flight, encik.
Aku: Hurmmmm. Ingatkan boleh ambik skang. Boleh saya tido lama sikit.
Adik Manis: Jap. Kasi saya booking no.
Aku: Nah.
Adik Manis: Oh dah ready dah. Encik ambik jer lah terus.
Aku: Yay!
Kadang-kadang kedegilan membuahkan hasil jugakkan. Dan nasib dia kasi. Kalau tak sah-sah nama dia jadi Adik Masam. Adik Pundek pun mungkin juga.
Pastuuuuuuuu, aku gi check-in kat Aerotel kat KLIA2 Gateway tu. Hahahaha feeling kaya ko kan walaupunnnnnnn. Tu antara last minute decission lah, sbb to think mana aku nak pegi gentayangan sepanjang 7 jam sorang-sorang, nak charge henpon bagai, heret luggage bag yg gedabak lagi. Memikirkannya ajer dah buat aku rengsa. Dahlah 2minggu sebelum cuti tu kerja aku banyak giler sampai cam x cukup rehat. Pastu on that very Friday (23 Nov) lepas jer balik kerja, aku rush sana-sini settlekan bbrp benda, pastu terus ke airport Kuching. Mmglah aku rasa aku akan barai kat KLIA2 tu menunggu flight ke Seoul. Sbb bukan x pernah try eh. 2015 masa ngan geng2 aku nak gi Bangkok, sama jugak konon2 nak melepak jer kat airport tunggu pagi. So duduk lah kat McD 6-7 jam. Pastu sampai Pattaya kepala aku dah wengweng dah sbb x cukup rehat and tido mati kat bilik (terus ada kejadian roomate terperangkap di luar pintu dan Nazim jadi McGyver sebagai penyelamat kihkihkih).
So di usia gangsa ni, kenalah berkorban sikit wang ringgit demi keselesaan diri sendiri. Bak kata orang Sarawak, "janganlah nyawa juak nak diidup, nyawa juak nak dibunoh". Ko x faham? Nasiblerrrrrrr. Maka 2 hari sebelum fly tu, aku checklah Agoda. Bilik single kat Aerotel tu RM190 for 6 hours. Aku pejam mata jer RM190 tu n terus booked. Maka adalah sarang untuk aku malam tu. Tapi aku rasa itulah adalah keputusan aku yang saaaangat pintar, sbb aku betul2 dapat rehat yang aku perlukan dan charge phone sampai full (6hours flight kot plus x tau berapa lama dari Incheon Airport before aku leh sampai hotel, atau ada emergency yang memerlukan phone). Masuk bilik, aku bukak jer apa semua benda yang nak dibukak, baring atas katil, terus lelap sampai kul4:20 pagi (24 Nov). Dorang buat wake-up call (by request), dan aku set alarm jugak kat 2 phone aku, sebelum kejadian terlajak tido. Tak ker tragedi buah epal jadinya nanti. Bangun, mandi2, pastu checkout, terus pegi drop luggage. Nasib masa tu x ramai sangat lagi. Lepas drop luggage, aku gi ke Aerotel tu balik to claim complimentary meal yg dorang kasi kat lounge berdepan aerotel tu. Aerotel ni kira2 150meter (or is it 100m jer?) dari kaunter2 check-in/drop-luggage AA, so senanglah nak ulang alik. Adalah pilihan nasi goreng lah, apalah. Aku amik American brekfast jer. Jiwa Amerika muka ungka sangatkan. Padahal aku xnak makan nasik sebab takut sibuk nak memerut dalam flight. X kuasa aku nak selet-selet pakai tisu dalam flight.
Pastu masuk flight. Flight terbang on time. Dalam flight xder apa sangatlah. Aku yang xleh tido secara duduk ni, sempatlah layan 3 movie kat phone sebelum cabin crew announced suruh tutup sbb dah nak landing.
Sampai di Incheon airport kul 2:20 waktu tempatan. Dia awal 1 jam dari Malaysia. Masa lalu dari aircraft ke aerobridge tu dah boleh rasa kedinginannya sedingin hati bekas kekasih kau masa dia nak berlaku curang. Boleh? Jap jap, oleh kerana kata adjektif seperti Sakai dan Jakun dah dipandang sebagai racist skang (walaupun x berniat nak menghina mana2 kaum, especially kat Sarawak x ada pun kaum Sakai n Jakun), aku gantikan dengan perkataan "ruk kalak". Orang Sarawak biasalah guna, nar sik adik-kakakkkkkk? *sambil halakan mic ke arah penonton* So everytime ko jumpa aku guna perkataan "ruk kalak", so ko boleh faham lah yer. Maka saat aku merasa kedinginan itu, sifat ruk kalak menguasai diri. Gila ngko sebelum ni 11 tahun travel ke tempat yang berlecak segala celah bedah lurah hamidah, ni sejuk nyaman jer. Memanglah ruk kalak kan, sbb mmg baruk kalak pun. Btw, sepanjang flight tu xyah lah ko dah ready2 pakai jaket bagai macam akak tu satu keluarga, pastu berjuraian peluh dia macam rantai mutiara Rafidah Aziz. Dalam flight sejuk biasa2 jer, even dalam airport Incheon pon sbb ada heater. Aku pakai tshirt n sweatpants jer pon. Tapi aku dah ready jacket sebagai hand luggage lah, sbb nanti keluar airport confirm2 sejuk kan, nanti nenen aku jadi aiskrim. Haha bodoh.
Pastu ko follow jer lah the crowd pegi mana sesambil baca direction kat airport tu. Jangan ko follow mengkhinzir buta pulak. Kang terfollow group naik flight pegi Afghanistan, sia2 jer ko kena tembak sebab berwajah ISIS. 1st stop adalah imigresen nyer check point. Aku rasa aku sangat bertuah sampai aritu sbb berdasarkan blogs yang aku baca, kebanyakan dorang spend masa kat imigresen tu sampai 1jam 30minit sbb ramai orang. Masa aku sampai tu, ada flight kitorang jer yang sampai. So x ramai. Tambah2 aku berjalan pun dah macam Yuan Yufang, maka aku antara yang terawal sampai kat kaunter imigresen tu. Tapi haaaaaaaaaa ni yang aku nak cakap kenapa kena print jadual perjalanan kau. Dia punya officer memang handle sorang-sorang lama eh. Orang depan aku dekat nak 10minit kena soal. Tambah pulak mamat tu xleh speaking omputeh sangat, so lain pegawai tu tanya lain dia balas. Aku nak tolong jawabkan, kang dia cakap aku Bawang Holland pulak. Aku diam jer lah pose-pose Miss World kat belakang tu sampai kena panggil. Turn aku, dia tanya stay mana, berapa hari datang, datang dengan siapa, kerja apa, datang Korea nak operate hidung ker. Soalan last tu aku tipu lah. Pastu tetiba dia cakap, dia nak tengok jadual perjalanan aku sepanjang kat Seoul. HAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Nasib baik memang aku prepare siap2, dan dah print. Sbb everytime aku travel especially tempat baru, mmg aku buat gitu. Details semua ada. Dia belek-belek and baca satu2 yer tuan-tuan puan-puan, bukan buat cukup syarat jer. Maybe sebab aku datang sorang kot. Dia takut aku datang Korea nak cari kerja lah tu. Eh berlambak lagi kerja aku kat Kuching nak kena buat, x kuasa aku nak kerja Korea pulak eh. Abis dia belek-belek, dia tanya, aku prepare sendiri ker itinerary tu. Aku jawab lah yer, jujur ikhlas sakinah mawaddah. "This is amazing! Love the details. Welcome to South Korea, sir" katanya. Serious betul ni dia cakap macamtu, bukan fiksyen. Terus kembang hidong aku yang macam dim sum ni. Pastu gi ambik beg, pastu kena lalu kastam dorang pulak n kena pass kan declaration form. Sebelum ni aku gi Thailand, Indonesia, Singapore n Philippines just isi satu borang jer dalam flight. Gi South Korea ni ada 2 borang kena isi, walaupun ko xda benda nak declare. But since xda benda nak declare, just lalu pass borang jerlah. Dia x selongkar pun beg. Lainlah kalau muka kau agak2 mcm lanun, kali yerlah dia tahan.
Keluar jer dari arrival Hall, misi bermula. Nak ke town di Seoul, ada beberapa cara. Ko leh naik train (2 jenis, ekspress macam erl dan yang berhenti2) ke Seoul Station, pastu tukar lines pergi ke tempat yang ko nak stay. Ni paling murah, tapi kalau bawak luggage besar, ko nikmatilah hazab mengangkut beg kau naik tangga yang tinggi sebab x semua train station ada escalator. Satu lagi boleh naik taxi, tapi ko bersedia lah membayar at least RM200 per trip. Kalau kau kaya mak bapak ko mentega takpalah. Untuk marhaen yang bijaksana macam aku, aku pilih naik bus limousine dorang. Nama jer diva limousine bagai, tapi dia mcm bus ekspress 3 seater yang biasa tu lah. Selesa lah. Siap kena pakai seat belt lagi. Ko x pakai seat belt, driver akan jerit. Serius x tipu. Sbb ada yang kena jerit masa aku naik haritu, sbb grup bebudak tu dok hahahehe tapi seatbelts x pasang. Macamana nak guna bus ni? Meh sini kita masuk kelas naik bus Korea:
1) Ko kena tau hotel ko nak stay tu area mana, dan ada tak bus limousine tu cover situ. Kalau xda, ko baliklah Malaysia balik naik bas pegi Bukit Mertajam jer.
2) Dah tau area, kena tau nombor bus. Macam aku stay Myeongdong, bus yang cover adalah nombor 6015 dan 6001. Pastu ko kena tau ko nak stop kat stop yang mana. Yerlah Myeongdong, tapi dia ada stop yg namanya Myeongdong Hotel, ada yang namanya Myeongdong Station dan lagi 5-6 stops lain di area Myeongdong sajer. Kang ko salah2 pakai bantai jer, dia berentikan kan ko depan rumah makcik buat Kimchi. Camner nak tau? Google lah nak oi. Google earth pun leh guna nak tengok gambar supaya ko tau gambaran sebenar.
3) Mari membeli tiket. Boleh jer membeli kat dalam tu, ada kaunter dia. Kalau x pun, ko cari Gate 5, ko keluar ikut situ, sebelah kanan ko ada kaunter jual tiket bas. Dan tunggu bas ke Myeongdong tu pun kat tepi Gate 5 tu jugak. Senangkan, Maria?
4) Beraturlah nak naik bas. Jangan tunjuk sangat perangai monyet kau tu. Sambil2 tu bolehlah main2 nafas berkabus macam aku. Haha sedih perangai. Pastikan nafas kau tidak bernuansa bangkai cicak. Before naik bas, kalau ada luggage besar, kasi kat driver atau assisstant dia, dia akan tampal sticker nombor kat beg dan simpan bawah bas. Pastu ko naiklah bas dan duduk dengan aman damai selama 1 jam 30minit sebelum sampai Seoul town. Kalau boleh janganlah ko pulun tidur terbongkang dalam tu, sbb walaupun ada pengumuman bila sampai setiap station, tapi bagi aku x dengar sangat pengumuman dia. Ker sbb aku x korek telinga lagi? Tapi yang penting alert lah. Jangan sampai ko turun salah station sudah. Mampus oi nak mencari jalan yang benar sbb aku rasa ada part bangunan2 kat Seoul tu susunan dia tak teratur, nak mencari lorong-lorong yg betul mencabar lah jugak. Sampai2 kat station ko, driver akan tolong turunkan beg. Dan ko boleh catwalk menuju ke hotel. Ko nak merangkak pun boleh ikut suka. Untung2 orang bagi duit sebab kesian. Aku aritu stop kat Myeongdong Station, last station before bus tu pusing ke airport balik.
5) Bus tu ada setiap 8-20minit sekali. So kalau terlepas satu, rileklah. Xyahlah terus nak nangis mintak hantar ke kedutaan lah apalah. Jijik orang Korea tengok wajah kau nanti.
Bila dah lepas dari kawasan airport tu, barulah nampak suasana South Korea tu macamana. Pastu lepas satu kawasan, nampak kebanyakan area putih jer. Mula2 aku ingat plastik. Pastu bila aku perati betul2, eh snow lah! Terus sifat ruk kalak aku memuncak kembali. Heran jugak aku, kalau ikutkan masa aku pegi tu autumn lagi, n dalam accuweather xder cakap snow pun. Terus aku check tenet, rupanya pagi tu sebelum aku sampai adalah 1st snow of the season. Lebat pulak tu. Walaupun x merasa time dia turun, nampak keadaan yang memutih camtu pun aku dah kegirangan dah. Walhal ko pegi kedai abc pun leh jumpa ais kisar kan. Sukati aku lah. Aku yang bercuti. Gitu sial kan perangai.
Masuk kawasan bandar, memang nampaklah snow2 tu dah dikumpulkan tepi kaki lima. Sampai2 Myeongdong Station, terus aku turun n ambik beg berjalan ke hotel dengan yakin. Macam selalu datang jer kan, walhal 1st timer ni. Berterima kasihlah bebanyak dengan Google Earths. Masa ni dah pukul 5:00 petang jam sana kot, tapi dah mula gelap sbb sunset dia time tu kul5:20 camtu. Dari bus stop Myeongdong Station tu, dengan jalan besar sebelah kiri kau dan bangunan2 sebelah kanan, jalannnnnn terus lepas Migliore, lepas Loisir Hotel, Lepas Days Hotel, Lepas 7e sampai kau jumpa Isaac Toast. Sebelah Isaac Toast tu ada CU (macam 7e). Lepas CU tu ada jalan/lorong sebelah kanan, terus belok kanan kat situ. Pintu masuk 57 Myeongdong Hostel tu kat situ, sebelah CU tu.
Inilah rupa entrance dia. Pic ni aku culik dari Google.
Checkin was flawless, tapi hotel mintak KRW20 000 untuk deposit kunci. Sepatutnya kasi tau siap2 lah dalam booking kan supaya guest aware. Tapi mamat tu pun sopansantun jer, siap tanya aku dah ada cash tak waktu tu. Kalau xda boleh bayar kemudian. So x perlu lah nak angin2 kan. Dapat kunci terus masuk bilik. Btw, hotel tu kat bangunan pejabat. Level 13 adalah reception counter sekali ngan dining hall dia. Nak breakfast semua situ lah. Ada jugak bilik kat situ. Level 12 n 11 semua bilik hotel. Dari Level 1 sampai 10 semua office. Ada klinik jugak x silap aku. Dia ada rooftop untuk lepak2 jugak. Tapi aku x naik. Sbb setiap hari bila sampai hotel kerja aku nak tido jer.
Lepas settlekan barang, keluarkan aku punya down jacket, pakai boot, terus nak jelajah Myeongdong Night Market. Tulah kelebihan dapat rehat yang cukup kat Aerotel semalam kan, terus boleh meronggeng. Ala keluar pintu hotel dah terus kira part of the night market kot. Tapi oleh sebab aku nak padankan jalan dengan apa yang aku dah study kat blogs n google before ni, aku start jugaklah dari "main entrance" iaitu jalan masuk antara exit 6 n exit 7 Myeongdong station tuh. Ala, entrance yang ada building dedaun hijau Nature Republic n Uniqlo sebesar alam tu lah.
Hat ni lah...sebelah kanan tu Uniqlo tu.
So aku aci redah jer seluruh night market tu. Tengok apa yang ada, apa yang best. Yang penting kena tengok tanda/kedai mana sebagai tanda ko masuk tu lah, supaya ko x keliru. Sebab banyak jugak lorong dia yang kecik-kecik mencabang dari main street night market tu. Suka aku jer kan mencabang bagai. Orang ramai xyah cakap lah. Macam kat airport time musim haji. Ko slow sikit jer, ko kena langgar. Itu satu yang aku x gemar ngan orang kat sini. Bukannya ada kosa kata "excuse me", dia pakai langgar jer. Aku yang gergasi ni pun kadang2 lari alignment jugak bila dah kena langgar tu. Kang aku langgar dia balik, masuk sepital dia karang.
So kesimpulan aku adalah Myeongdong Night Market ni sebenarnya macam Jalan Masjid India, tapi kedai2 dia mostly jual cosmetics and self care. Nama-nama mcm Nature Republic, Innisfree, Etude, Tony Moly, Holika Holika dan apa ntah lagi maknenekKoreadia memang sampai 4-5 outlets kat night market ni. Orang cakap memang murahlah. Lagi2 kalau yang dorang letak atas meja depan kedai. Aku x tau, sbb kedai2 dia kat Malaysia pun aku x masuk. Tapi facial mask tu kalau kat Malaysia sekeping RM4.50 plg murah kan, ada brands yang sampai RM6.50. Kat situ 20 keping = KRW10 000 = RM 38. Sekeping kira RM1.90. So yang tu aku tau mmg murah. Selain tu ada banyak jugak outlet Adidas, Nike, Zara, HnM, Under Armour, Apple, Daiso dan mcm2 lagilah. Murah ker x tu aku x sure sbb x pasang niat nak shopping so x check harga. Kat tengah2 street tu pulak beratus-ratus troli jual baju2 yang agak murah n makanan. Aku cakap agak murah sbb sebenarnya xderlah murah sangat. Nak baju murah ko gi Namdaemun, area Hongdae dan Ewha Women University. Streetfood dia menarik2 lah jugak, tapi x semua muslim boleh makan. Pandai2 lah ko yer, ko pun dah besar.
Ada kebab. Halal katanya. Tapi aku tak try pun.
Yang bun telor ni sedap jugaklah. Xderlah sedap gila. Dia manis-manis sikit. KRW2 500 sebijik.
Scallop ni dia akan bakarkan dengan cheese. Kalau kau fetish benda2 aneh sebegini ko leh lah try. Haha. Aku x minat so x ingat harga. Ada jugak yang jual lobster cheese. KRW15 000 aka RM50++ sekor. Sakit jantung aku tengok harga.
Ketam berkulit lembut goreng lepastu dipercikkan dengan serbuk cili ni sangat menarik minat aku, terus aku beli. KRW3 500. Sekali dah makan, rasa cam makan cardboard. X sedap langsung. Ko gi sana ko xyah beli.
Yang ni sedap. Croissant Taiyaki Binti Abdullah Lim nama dia. Sebutan dia kwah-son yer. Xyah nak village sangat. Dia flaky mcm croissant tapi rangup. Manis-manis sikit. Ada macam-macam inti. Aku makan yang nutella jer. KRW3 500. Kedai dia depan Holika Holika ni. Tapi ada jer bbrp kedai lain jual benda yang sama. Rasa sama ker tak aku x jamin.
Jeng jeng jeng......
Okeh yang ni sedap! Faburit aku kat sana. Strawberry dia adalah manisssss yer cik kak. Bukan macam stoberi Cameron yang janji manismu tu. Ni manis macam anggur hitam yang seedless tu. Sirius x membohong. Aku mula-mula sceptical jugak. Tapi bila dah 1st bite tu, terus terjatuh chenta tanpa sengaja. Masalahnya, harga stoberi sana adalah KRW 13 000-15 000 sekotak aka RM50-60 sekotak. Memandangkan aku x kaya, planta pun bukan, x mampu lah aku membeli sekotak. Maka bersyukurlah kepada Tuhan ada sekapel pakcik dan makcik ni ada jual sebijik-sebijik yang celup coklat macamni. Sebijik KRW1 000=RM3.80. So taklah aku kempunan mintak telan Gunung Balwang pulak kan. Tiap-tiap malam before balik hotel aku akan singgah kedai dia beli sebiji-dua. N dalam seluruh night market tu, dia jer yang aku jumpa jual stoberi sebijik-sebijik camni. Besar pahala pakcik tu memudahkan seorang gajah cam aku ni memuaskan nafsu.
Kedai stoberi coklat ni kat main street Myeongdong Night Market tu, diapit oleh kedai Too Cool For School ngan Zara tu. Depan Zara tu ada jual madu tarik yang famous tu. Jerit2 mamat jual tu bila tengok aku lalu laju jer, "Abang, abang marilah singgah. Janganlah takut. Sekejap sajer." Serius x tipu dia cakap Melayu. Kat youtube ada video dia. Aku bukan takut ngan dia, aku takut dia pujuk aku beli. Dan takut aku terpedaya istana kaca. Sekotak KRW10 000 = RM38 kot.
Tapi xlah semua benda tu aku rasa dalam satu malam. Setiap malam aku try satu, melainkan stoberi tu wajibulghunnah tiap-tiap malam. Lepas pusing-pusing, aku cari makan malam. Aku pegi Busan Jib, nak makan galchi jorim (ikan masak asam pedas korea). Cara nak pegi Busan Jib tu, ko jalan jer lurus dalam main street night market tu, sampai ko jumpa kedai Frisbee (Apple store) dan Espoir sebelah kanan kau (kalau kau dari arah jalan masuk yang aku cakap awal-awal tadi lah).
Hok cam gining
Tapi masa aku sampai tu ramainya ummat. Kat dalam tu penuh, siap ada queue panjang lagi kat luar dalam kesejukan tu. Terus terbantut nafsu aku nak makan situ. Lagipun katanya situ agak mahal kalau makan sorang. Tapi kalau at least berduet jimat sikit, sebab portion dia besar.
Dalam certain blogs, ada cakap kat lorong yang sama ada satu lagi kedai bernama Heuksando yg jual asam pedas cam Busan Jib ni jugak. Tapi bila aku pergi kedai tu dah x wujud. Melainkan sebenarnya dia dah tukar papan tanda so aku x cam sebab aku x reti baca Korea. Ntahlah.
Maka aku pun membawa diri, aku jalan sampai hujung lorong tu membawa tembus ke satu jalan lagi. Aku toleh kanan terus nampak Yoogane.
Kedai ni xda cop halal. Tapi dia x serve pork. So yang yakin untuk dimakan cumalah seafood dakgalbi aka nasi goreng seafood saja. Melainkan ko yakin ayam dia mengucap sebelum disembelih, tu ikut kau lah.
Malang yer, Mala. Bila aku masuk, yang menyambut kat depan tu tanya berapa orang nak makan, aku cakap sorang, terus dia kerut dahi cakap x boleh. Dorang cuma entertain at least 2 pax, sbb customer tengah ramai tunggu meja. Terus aku melangkah keluar dengan perasaan seperti Sharifah Aini dihalau oleh emaknya dalam cerita Hapuslah Air Matamu.
Rupa-rupanya kalau tadi di hujung simpang aku toleh kanan nampak Yoogane, bila toleh kiri pulak akan nampak kedai chungmu kimbab ni.
Cara nak kenal kedai ni adalah papan tanda warna kuning dan ada logo kuda laut.
Kedai ni xda jual menda lain. Ada satu menu jer iaitu chungmu kimbab tu lah. Kalau kau pepandai nak mintak telur dadar ker, sup tulang ker, makcik tu kasi kau kuali dengan sudip suruh ko masak sendiri. Chungmu kimbab tu apa? Orang melayu dengar sukukata "bab" terus cemas melantun kan. Bawa bertenang. Dia macam sushi, tapi gulungan tu ada nasi jer. Dimakan dengan sotong besar yang dah dipotong-potong, dimasak apa ntah aku tak tau. Tapi pedas! Aku warning siap2 ni. Bagi yang tak tahan pedas, maybe ko akan merayu tokey tu supaya tikam jer kau dengan pisau sbb pedas sangat. Aku xlah sampai tahap gitu, tapi adalah jugak rasa nak cubit-cubit pipi makcik yang prepare tu sambil tanya dah kenapa pedas sangat. Tapi pedas dia aneh, sbb rasa pedas tu kat lidah n lelangit jer. Bila sampai tekak, terus x rasa pedas langsung. Ajaib.
Ni lah chungmu kimbab tu. Dia hidang sekali ngan sup seaweed n sayur taksedap apantah tu. Radish ker, timun ker.
Nak kata sedap sangat bendalah ni idok ler. Tapi sedap tahap not bad lah. Kenyang lah jugak aku. KRW7 500 dapat 10 roll nasi tu. Oh ya, air kosong memang dibagi free siap2 1 tumbler atas meja. Aku sebagai pemuja air kosong sepanjang zaman, memang bersyukur sesangat lah. Dahlah air tu sejuk pulak tu. Dalam 1 sitting tu habis setumbler tu aku kerja kan. Mesti orang kedai tu syak aku jin air.
Lepas dinner tu aku mula mengorak langkah ke pangkal jalan. Balik hotel, nak tido, supaya aku leh sesiap untuk next day punya adventure pulak. Adventure lah sangat. See u in the next post!
Ciao!
Ee



















Comments
Post a Comment