SEOUL: DAY 2 (25 NOVEMBER 2018)

The day started dalam kul8:30 waktu sana. Bangun, mandi, ready2, aku gi bfast kat dining hall. Bedal lah cereals, grilled cheese toast 2 4 keping.

Eh lupa pulak. Semalam tu bila dah balik hotel lepas jenjalan Myeongdong night market, tetiba ternampak kat tenet yang a friend masih lagi berada di Seoul. Well, "masih" is an understatement. Dia dihantar oleh tempat kerja dia ke Japan untuk satu project, pastu yg Japan hantar pegi Seoul untuk setup something2, pastu yg di Seoul cakap boleh sambung PHD sana. Maka bertapa lah dia di Seoul untuk beberapa tahun lagi. Dipendekkan cerita, lepas nampak kat tenet tu, terus lah plan nak jumpa sbb mmg dah bertahun x jumpa kot. Dan sbb time tu dah lewat n dia pun datang Myeongdong naik last train, so dia stay overnight ngan aku malam tu borak-borak catch up n join bfast sekali.

Bagus-bagus ko sana ah. Manatau setahun-dua lagi aku datang lagi, kita jumpa lagi =)

By 9:30 kitorang made our move to halatuju masing-masing. Dia nak kena jumpa supervisor dia, aku plak pegi melawat palace.
Dikatakan di bandar Seoul tu ada 5 palaces besar yang terkenal. Yang paling famous dan besar ialah Gyeongbokgung Palace. Orang biasanya datang Seoul suka pergi sini, sbb:
1) Dia dekat ngan Bukchon Hanok Village, so boleh pergi secara jamak.
2) Kalau xnak masuk, just pusing2 bergambar area gate dia pun ok. Tengok guard changing ceremony tu free. So jimat KRW3 000. Pastu leh gi Gwanghamun Square depan dia n bergambar ngan monumen King Sejong.
3) Sbb dia selalu jd tempat shooting untuk drama2 period Korea (peminat K-Drama suka lah kot).
4) Ada service boleh pakai Hanbok n costume guard tu.
5) X jauh dari Gyeongbokgung ada satu kedai makan halal bernama Halal Kitchen.

Tapi aku xnak pegi yang tu, sbb x minat. Aku pilih pegi Changdeokgung Palace. Sbb? Aku nak pergi secret garden dia, ataupun dikenali sebagai Huwon. Yerlah, aku pun datang di penghujung autumn kan, so aku kenalah pegi tempat yang banyak pokok-pokok untuk merasa saki baki autumn foliage tu.

Cara ke Changdeokgung Palace:
Ko naiklah train dari mana-mana, berenti kat Anguk Station, keluar exit 3. Dari exit 3 tu ko jalan jer lurus terus dalam 10minit camtu, ko akan nampak palace tu sebelah kiri. Entrance dia mcmni:

Nak pegi sini, kalau sekadar nak tengok2 bangunan istana nya, boleh jer beli tiket terus kat kaunter dia kat sebelah kanan gerbang ni. Tiket KRW3 000. Tapi orang biasanya kalau pegi istana ni adalah sebab nak masuk Huwon dan nak masuk Huwon tu xleh masuk sendiri-sendiri. Dia kena ikut tour guide dorang. Tour guide tu pulak, ada jadual dorang masing2, based on bahasa yang dorang guna. Aku amik yang 10:30am sebab tu group yang guna English. Dia ada Mandarin, Jepun n Korea jugak. Dan group untuk masuk Huwon ni dia limitkan kepada 100 orang satu group kalau x silap aku. Jadi cemana nak pastikan ko dapat tempat kau tanpa kecewa setelah ko bergigih sampai sana? Ko booklah kat sini. Book yang ni x perlu bayar terus. Ko just screenshot ko nyer booking no, pastu tunjuk kat kaunter untuk bayar n dapat ticket betul dia. Ticket masuk Huwon kena bayar extra KRW5 000, so total KRW8 000. Dia siap ada kaunter khas untuk yang dah booking online. Tapi pastikan ko sampai 20minit sebelum tour bermula untuk collect ticket ko, kalau tak booking ko kira cancel. Lagipun mmg kena datang awal jugaklah, sbb dari gerbang tu nak jalan sampai entrance pegi Huwon tu makan 10 minit jugak. Belum kira ko nak bergambar 10 juta keping kan. Nampak salji bergambar, nampak pokok bergambar, nampak tiang bergambar, nampak tong sampah bergambar, nampak taik kucing nak selfie. Ko takyah tipu, perangai village ko aku dah boleh baca.Belum kira nak gi toilet lah apa lah. Maka datanglah awal yer.

Satu pasal orang Seoul ni aku perati, dorang sangat punctual. Kalau dia kata 10:30, maka 10:30 lah dia akan mula. Kalau terbabas pun maybe 2-3minit jer. So perangai suka berlengah ko jangan bawak pegi sana. Kalau x, merasalah ko kena tinggal. Tour masuk Huwon pun bermula. Actually aku x dengar sangat pun tour guide dia bebel apa, sbb aku khusyuk menikmati garden tu. Serious cantik gilaaaaaaaa. Dengan autumn foliage yang masih ada baki-baki, dengan salji semalam yang masih ada. Aduh! Toleh sini daun kuning merah, toleh sana salji memutih, toleh sinun pokok2 yang tinggal ranting, toleh sebelah ada orang Filipin helok. Eh! Serious memang khayal aku sekejap.






Banyak lagi pics yang aku ambik tapi terdelete. Bongok kan. Sbb masa tu x terfikir nak buat blog, so aku delete jer mana2 yang aku x upload kat ig. Skang menyesal. 

Tapi khayalan aku tadi mati, bila dia dah masuk route yang berbukit-bukau. Mintak nyawaaaaaa! Dahlah gajah, sebelum ni memang x pernah nak exercise ker apa ker, sampai2 jer dah nak kena turun naik bukit tangga bagai. Bila tour guide tu berenti kat satu-satu spot untuk explain pasal spot tu, aku plak berdiri jauh2 ambik nafas. Tak dengar pun dia cakap apa. Gila semput lah. Tapi sbb the view of the whole garden adalah sangat-sangat awesome, berbaloi lah semput2 camtu. Kalau mati semput situ, akan dikubur sebelah makam raja dia. Ok tu tipu. Maka kalau nak jenjalan sini, pastikan ko xda sakit jantung ker, asma ker sebelum percutian kau terus pakej menuju ke liang lahad. Tour ni ambik masa 1 jam 30 minit. Lama tu nak abis seksa. Tapi dia punya view and experience to so worth it lah.

Abis tour tu (dalam pukul 12tghari) aku terus blah dari Changdeokgung Palace. X lepak tengok bangunan istana dah sebab aku ada book satu lagi aktiviti di Myeongdong kul12:30. Aku balik semula ke Anguk Station dan ambik train ke Myeongdong Station.

Sampai Myeongdong Station (keluar exit 7, terus sampai depan Uniqlo besar tu) lebih kurang kul1:00, masih lama sebelum start activity seterusnya. So aku decided untuk lunch dulu. So aku gi Yoogane. Bukan Yoogane yang buat aku sentapmaknak semalam tu. Di area Myeongdong Night Market sekitar tempat aku stay tu, aku jumpa at least ada 4 Yoogane. Kali ni aku try yang paling dekat ngan hotel aku. Caner nak pegi? Lalu jer Nature Republic besar tu, terus belok kiri, jalan lurus dalam 50meter ko akan jumpa Yoogane, opposite kedai Adidas. Kalau dari hotel aku tu, keluar jer dr pintu hotel, terus belok kanan, turun bukit sikit sampai ko jumpa simpang 4, belok kanan lagi. Jalan dalam 20m ko nampaklah Yoogane tu. Outlet yang ni kat tingkat 2. Macam aku cakap sebelum ni, yang ko boleh makan dengan yakin adalah seafood dakgalbi aka nasi goreng seafood. Side dishes aka banchan free flow boleh ambik sendiri. Tapi kimchi memang aku xleh go. X lalu tekak aku. Kimchi kupandang sepi saja sepanjang di Seoul. Segala radish n pickles pun aku rasa cam x sedap. Yang sedap bagi aku adalah shredded cabbage dia, letak mayonaise dia yg ada rasa green apple tu. Yg tu sedap. Penuh piring aku bubuh. Btw lepas ko order, pekerja dia akan letak segala bahan-bahan nak buat fried rice tu atas meja. Ko xyah gatal2 nak kacau, sebab dia yang akan gaul gorengkan untuk kau. Kau pose-pose cantik jer kat meja tu sampai siap dan bolehlah ko mengketadarah. Sedap jugak nasik goreng dia. Macam nasik goreng belacan, yang xda belacan. Lebih kurang camtu lah. Portion pun memang cukuplah untuk aku seorang. Kenyang. Portion untuk 1 orang harganya KRW7 500. Kalau x silap aku, kalau pegi 2orang, kena order 2 portion. Xleh kongsi. Kalau x silap aku laaaaaaa. Eh, air kosong pun dikasi free jugak. Seperti biasa abis setumbler aku bedal. Untung berbadan gajah kacukan unta ni, boleh stok air bebanyak dalam badan. Jimat duit aku beli air mineral.

Dalam kul2:00pm aku gerak pegi tempat aktiviti aku seterusnya, iaitu buat perfume. Iya dong, bikin parfum trademark sendiri lah. Aktiviti ini aku book via Klook. Dapat harga RM180 dan ko boleh bawak balik perfume yg ko buat tu 50ml. Berbaloi lah kan? Sbb kalau kau beli designer perfume kat Sephora ker department store ker untuk 50ml pun dah RM200++ kan. Nama kedai yang provide service ni ialah GN Perfume. Dan dia ada beberapa studio sekitar Seoul, salah satunya kat Myeongdong tu lah. Cara nak pergi adalah dari Nature Republic kat main entrance Myeongdong street tu, ko jalan jer terus sepanjang main street dalam 150m, sampai ko nampak kedai Yankee Candle ni sebelah kanan ko.
 Gambar ni aku culik dari Google. Kiranya ko akan datang dari arah Mcd tu lah.

Ko masuk Yankee Candle tu, naik tingkat 3. Situlah studio GN Perfume tu. Mula2 dia akan bagi ko questionaire, acah2 nak dapatkan personality kau supaya dia leh sesuaikan dengan bau-bau yang sesuai ngan ko. Tapi kalau kau memang dah sedia ada ilmu pasal perfume, apa tu base notes, middle notes, top notes bagai, ko boleh request lah apa bau apa yg ko nak ada dalam perfume ko, based on apa yg dorang ada lah. Janganlah ko tetiba request nak bau tempoyak, nangis instructor tu nanti.

 



Final result nya, aku buat perfume dengan bau bitter orange flower, cherry blossom, cassis fruit, bergamot n patchouli. Cherry blossom tu mmg aku request sebab aku nak something yang represent Seoul. Actually aku pernah buat activity yang sama masa aku pergi Bali (company lain lah). Personally aku rasa experience yang kat Bali lagi best, sbb terasa instructor yang handle ko tu sgt profesional, location pun best, pilihan notes dia lagi banyak. Tapi yang tu lagi mahal lah. USD80 pastu dapat perfume 30ml. Bagi aku yang memang gila perfume, yang kat Seoul ni kira not bad jugaklah.

Buat perfume tu ambik masa dalam 1 jam. Dalam kul3:30 aku dah gerak balik hotel, untuk buat apa yang patut, pastu aku keluar balik. Kali ni aku nak ke Namsan Tower. Sebenarnya x jauh mana pun dari hotel aku. So best duduk situ kan? Kan aku dah cakap.

Dari hotel, keluar ke jalan besar, pastu belok kanan, jalan dalam 2 minit menuju ke simpang besar yang ada bangunan Shinsegae tu. Besar kot bangunan tu. Kalau ko x nampak sah-sah ko pendek umor. Kat simpang besar tu ko kena menyeberang ambik arah bukit yang menuju ke Namsan tu. Namsan Tower tu ko boleh nampak dari jauh der. Dalam 5 minit menonggek bukit, ko akan nampak Namsan Oreumi aka lift yang akan bawak ko naik ke bangunan cable car. Tu kalau ko nak naik cable car ke Namsan tu lah. Kalau ko nak guna bas atau jalan kaki, ko pergi baca blog orang lain. Haha. Tapi dari pembacaan aku, waima ko naik bas, dia akan berhentikan ko kat satu tempat yang still ko kena panjat jugak bukit tu. Lagi-lagi kalau kau jalan kaki, memang sepanjang masa lah menonggek bukit. Balik Malaysia nanti dah boleh twerk macam Nicki Minaj. Atau jadi si tempang pun mungkin juga.

Ni lah rupa Namsan Oreumi tu. Free jer. Tapi kalau Isnin dia akan tutup setengah hari untuk maintenance.

Bagi aku yang masih sayangkan nyawa dan kaki aku, maka aku naiklah cable car. Naik Namsan Oreumi ni dulu sampai atas which is bangunan cable car tu. Pastu kena queue untuk beli tiket naik cable car plak. Tiket cable car tu dah KRW9 500 skang for return trip. Xda lagi dah KRW8 000/8 500 seperti yang dinyatakan kebanyakan blog. Bistu, ko ingat Malaysia jer ker yang reti naik harga? Ngok. Tetiba marah. Eh, marah tu cerita lain. Cerita off record. Hik. Queue tu agak panjang yer, sebab hari Ahad, dan dah petang. Even locals pun nak naik atas lepak-lepak hujung minggu katanya sambil layan sunset. Lepas dapat tiket, aku queue dekat nak 30minit jugak before dapat naik cable car. So pepandai lah ko adjust masa yer. Macam aku aritu nasib baik pegi agak awal, sebab sunset dalam 5:20pm.
Sesampai cable car tu kat atas, still kena memanjat tangga jugak, sebelum kau sampai kat lapangan luas di kaki Namsan Tower tu. Tapi sepanjang memanjat tangga tu ada cafe lah, convenience store lah. Dan sepanjang rail tu jugaklah orang dok sangkutkan mangga cinta dorang. Kau kunci cintaku di dalam hatimu sangat. Mmg banyak giler lah. Selagi ada tempat yang boleh sangkut orang sangkutkan. Tapi mahal yer padlock tu kalau beli kat situ. Sekitar KRW10 000 = RM38 jugak rasanya. Kalau kau gigih jugak nak buat, aku suggest kau bawak padlock dari Malaysia jer. Beli kat Mr Diy jenama Chuasoilek Solex dah. X sampai RM5. Jimat duit kau. Aku? X kuasalah aku nak buat gitu. Buang masa. Membazir. Padahal sebab ko single kan. Kalau ada kapel, silap2 aku sangkut padlock gergasi yang orang guna untuk kunci kapal tu. Biar kisah cinta aku keluar kat Berita Jam 8 di Tv Korea katanya.

Kat ruang luas di kaki tower tu xda lah apa sangat nak dibuat pun. Aku pun melepak jer lah kat situ, tengok gelagat orang. Ada aunties yang bergambar kemain posing iklan Dior dia buat, ada yang main basikal, yang x abis2 selfie sampai kena tinggal group dia. Ada pompuan dari negara yang terkenal dengan penyanyi club yang pakai skirt paras hampir terkeluar "samosa" dia, pakai skirt macamtu kat atas tu. Kagum aku. Aku punya lah menahan sejuk dengan pakai glove 2 lapis, baju 2 lapis, seluar 2 lapis, beanie lagi, dia rilek jer pakai seminima mungkin macamtu. Aku syak dalam "samosa" dia ada built-in heater. Tu yang dia selamba jer tu. Local Korean lagi daring. Dia bantai romen sup lidah kat situ di khalayak ramai. Aku pulak cemas tengok. Cemas sebab x tau aku nak romen ngan sapa.

Sunset x nampak sangat, sebab kabus agak tebal. So aku lepak tunggu gelap sikit, tunggu tower tu bukak lampu. Btw Namsan Tower boleh naik, with cost lah. Ada restaurant n ruang tinjau atas tu. Aku x naik pun, sbb xda apa yang menarik atas tu. Sebenarnya aku kedekut. Haha. Ko ada duit, ko nak naik, naiklah. Bukan ko pegi Seoul tiap bulan pun kan. Tapi serious lah kat ruang luas kaki tower tu memang sejuk lah. Satu hal sbb dah nak malam, satu lagi sebab dia bukit. Tapi aku rasa tinggi lagi Gunung Santubong kot. Ni tahap2 bukit DBKU tu ja. Tapi memang sejuk lah. Tu yang sampai 2 lapis gloves aku pakai. Lepas ambik gambar tower tu n skyline Seoul, aku blah.


Blah dari situ guna cable car jugak, terus nak gi dinner. Kau nak bergolek turun bukit pun boleh jugak kalau kau dah jemu dengan dugaan hidup. Malam tu aku dinner kat Restoren Kampungku. Anak muda Melayu Malaysia yang punya. Chef pun orang Malaysia. Lokasi? Kat Myeongdong tu jer. Best kan dok Myeongdong? Dah mcm duta Myeongdong dah aku. Cara nak pegi:
1) Cara 1: Kalau ko terer macam aku (punya lah riak takabbur), keluar jer dari bangunan cable car tu, ambik ke arah kiri, dan turun tangga kat tepi tu, dan teruskan jalan menuruni bukit tu menuju ke arah Pacific Hotel. Dalam 10minit jugaklah. Sampai Pacific Hotel, ko patah belok ke kanan, dan mendaki sikit sampai ko jumpa restoran Kampungku tu sebelah kiri kau.
2) Cara 2: Kalau kau tak terer sangat, ko turun balik ikut Namsan Oreumi tu, n jalan balik ke arah simpang besar tadi tu. Tapi kali ni xyah seberang jalan. Sampai jer simpang tu ko terus belok kanan. Jalan terussssss sampai ko jumpa exit 3 Myeongdong station, pastu ko belok kanan kat jalan yg ada 7e tu. Kat jalan masuk tu ko boleh nampak dah Pacific Hotel tu. Ko teruskan jalan ikut sebelah kiri kau, menuju Pacific Hotel tu, pilih simpang sebelah kiri, teruskan sikit sampai ko jumpa Kampungku tu lah.

Korang leh follow kedai ni kat ig @kampungkuseoul. Kedai dia 2 tingkat. Ada surau leh guna. So banyaklah space. Time aku pegi tu aku duduk bawah jer. Orang ramai time tu. Ada Malaysians, Indonesians. Ada yang dine in, ada yang tapau. Bangga jugak tengok business anak muda Malaysia berjaya di negara orang macamtu. Nasib jugaklah dia nak kasi aku seat walaupun aku datang sorang n orang ramai. Tapi yang datang situ, mostly nak order nasi lemak n nasi goreng, n few others makanan Malaysia. Apakejadahnya ko jauh-jauh pergi Seoul pastu nak makan nasi lemak? Ko makan jer kat Malaysia murah kot nasi lemak. Sampai pekerja dia cakap semua makanan Malaysia dah abis, kena tunggu sejam baru ada balik. Aku husnudzon jerlah yang ramai2 nak makan nasi lemak tu adalah Malaysians/Indonesians yang menetap di Seoul so dah lama mengidam nasi lemak. Menu Korea jer ada masa tu. Aku memang nak makan yang tu pon. Aku order bulgogi ngan ayam goreng crispy korea dia. Katanya ayam goreng korea famous sangat di kalangan remaja masakini kan. So nak try lah.
Ni kes dah terlajak melahap baru teringat nak ambik gambar. Ayam goreng tu kes aku tersalah tanda order, so sos dia kasi asing instead of gaul sekali.

Verdict: Biasa-biasa jer. Xderlah x sedap, tapi xder wow factor. Gittew. Actually tu lah 1st time aku makan benda nama bulgogi. Selalu dengar nama jer. Biasa-biasa jer rasa dia. Macam daging masak ngan kicap manis camtu. So x taulah kalau bulgogi kedai ni yang biasa-biasa, atau mmg bulgogi tu sejenis makanan biasa2. Sbb aku kan biasa makan makanan golongan ada-ada. Gituhhhhh satgi kena carut. Ayam goreng tu pun nothing special bagi aku. Sedap lagi ayam goreng crispy jual kat kampung aku yang guna tepung Bestari tu. Seketul baru 2 hengget. Total aku makan kat sini KRW20 000 = Bulgogi KRW8 000+ ayam goreng 6 ketul KRW12 000 = RM76. Air kosong free satu tumbler macam biasa. Mahal lah jugak. Tapi expected lah bila ko pegi negara macamni. So x payahlah ko kasi muka Azizah Mahzan kat cashier dia bila tengok bil. Cuma kalau aku leh cadangkan, instead of jual ayam pakej 6 ketul sekaligus, jual lah 2 ker, 3 ker. Xlah kopak sangat, especially yang datang sorang cam aku.
Berita baik untuk muslim ke Seoul, dorang ni masa aku kat situ tgh dalam proses nak bukak grocery store halal, yang bernama Kampungku Mart.
Aku rasa by end of December 2018 or January 2019 dah fully operating kot.

So bagi yang menetap di Seoul, atau yang pegi sana dok guesthouse nak masak sendiri ker apa, bolehlah membeli kat situ. X silap aku ayam n daging mentah pun akan dijual. So senanglah, xyah sampai ke Itaewon peginya semata-mata nak beli groceries halal. Satu lagi kejayaan untuk anak-anak muda ni! *glap glap*  Lokasinya sebelah jer restoren dorang. So lepas makan-makan, bleh shopping groceries. Mudahkan?

Balik dari Kampungku tu, aku balik semula ke jalan besar Myeongdong, masuk exit 3, lalu underground shopping mall dia (yer, dalam station tu pun ada tempat shopping macam2) tembus ikut exit 7 (sbb ada escalator), masuk Myeongdong Night Market, beli stoberi cekelat, pastu balik semula ke hotel.

Maka tamatlah ekspedisi Encik Ee di Seoul untuk hari ke-2. Jumpa di entri seterusnya untuk hari ke3 pulak.

Ciao!
Ee

Comments

Popular Posts