SEOUL: DAY 3 (26 NOVEMBER 2018)
Arini aku mula lewat sikit. Bangun kul9:00 macamtu, ready2, taking my sweet time for breakfast, dalam kul10++ baru aku gerak dari hotel. Tujuan arini adalah nak menyoping. Takat shopping souvenir jerlah. Bukannya kaya pon. So aku nak pegi Namdaemun. Jauh Namdaemun ni, dalam 5jam naik bas, sikit lagi nak sampai rumah Kim Jong Un. Bulak ajeng! Namdaemun ni 10minit jer jalan kaki dari hotel aku. Dari hotel keluar ke jalan besar, pastu jalan ke arah kanan menuju simpang besar Shinsegae macam nak ke Namsan semalam. Tapi yang ni instead of belok ke kiri nak ke Namsan, ko jalan jer lurus ikut jalan besar tu. Jalan, jalan n jalan. Nanti ko akan nampak exit 6 untuk Hoehyon Train Station, ko jalan terus lagi ko akan jumpa kedai kebab ni...
Ko teruskan lagi berjalan, ko akan jumpa tiang yang tulis "Gate 5"mcmni...
Culik dari Google
Bila ko kat tiang ni, ko toleh kanan, ko dah boleh terus nampak bangunan E-Lengdang aka E-World aka E-Dong yang famous amous tu. Bangunan tu warna mint green belang pastel green macam kuih pandan delight.
Inilah the exact angle yang ko akan nampak bila ko toleh kanan dari Gate 5 tu. Pic ni pinjam dari blog ni. Mama, kita pinjam pic mama ya. Mekasih bebanyak.
Bagi aku ini adalah cara yang paling senang ko nak pegi bangunan Mawi World E-World aka E-Lengdang ni. Dari jalan besar tu dah nampak. Ko x nampak jugak, ko balik Malaysia ko jumpa pawang. Mungkin mata ko dah dihijab oleh hantu Korea.
Satu cara lagi adalah ko cari tiang yang macam tadi tapi dia tulis "Gate 6". Dia kedepan lagi sikit dari Gate 5 tadi lah. Sebelah kanan tiang tu adalah exit 5 untuk Hoehyon Station. Kalau ko x perati bebetul, mungkin ko x perasan exit 5 tu, sebab dia x macam exit untuk train station langsung. Dia macam tangga nak pegi bawah tanah bangunan kat situ jer. So kat Gate 6 tu, ko belok kanan, ko jalan jer terus sampai ko nampak "pondok" tourist information centre, ko jalan lagi terus sampai ko nampak bangunan hijau tu dari angle macamni
Pic hat ni pulak aku pinjam dari blog ni. Terima kasih tuan/puan tanah =)
Kenapa bangunan ni macam penting sangat? Sebab kat dalam bangunan ni lah tempat ratusan (maybe ribuan?) kedai yang menjual pelbagai accesories seperti kerongsang, gelang, rantai, cincin, subang, tiara dan segala maknenekKorea perhiasan yang terlintas di otak kau yang orang Malaysia suka pegi n membeli. Ko hadaplah pusing dalam tu setiap kedai sampai muntah pelangi. Aku nampak jugak group2 para suami Melayu termenung yang seolah-olah mati kutu duduk di satu sudut menunggu para isteri tengah shopping. Dalam hati aku,"ko tunggu lah situ 5 jam lagi bang, baru bini ko puas. Sapa suruh ko kawin." Aku jugak terjumpa secara tak sengaja kedai makcik yang Malaysians suka sangat beli kat dia tu sbb katanya murah, dan nampaklah 3-4 orang akak-akak Malaysia tgh khusyuk memilih brooch di kedai dia. Makcik tu pun dok panggil2 aku cakap ada butang baju melayu lah apalah. Aku lalu lah kedai dia, n jeling dengan ekor mata apa yang ada kat kedai dia. Serious cakap x best pun barang-barang kedai dia. Dalam bangunan tu ada baaaaaaaanyakkkkk lagi kedai-kedai lain yang lebih best-best. So aku x stop pun kedai tu. Dan aku sebenarnya pun dah pening sebab banyak gila kedai yang penuh dengan barang jualan. Aku memang xleh kalau mcmtu, terus rasa cam fedap bila ko bagi choices yang terlampau banyak dalam satu-satu masa. Aku masuk tadi pun sebab niat nak carikan gelang untuk kasi kat mak aku, pastu cam dah putus asa. Padahal aku x sampai setengah jam pun dalam tu lagi.
Dalam aku hilang pedoman putus asa tu lah, Allah bagi aku cahaya. Dalam nak jalan cari pintu keluar dari building tu aku toleh kiri, terus ternampak gelang yang betul-betulllllllll macam aku imagine yang aku nak cari untuk mak aku.
Ini baru sikit eh. Aku syak ada lebih seribu kedai dalam E-World ni yang jual benda-benda macamni. Dan hampir setiap kedai jual design yang x sama. Mana ko x sewel?
Ko abaikan lighting overshoot kat belakang tu dengan blur-blur lagi. Tu jer shoot terbaik yang aku boleh buat dengan lighting bilik hotel yang serba kekuningan.
Cantik kan? Kan? Kan? Tokeynio kedai bagi aku KRW60 000 = RM228 camtu. Aku mintak discount, dia cakap kalau beli satu jer xleh discount. Aku aameenkan saja sebab dah xnak buang masa cari yg lain pulak, dan yang ini memang aku berkenan sangat. Dapat gelang, aku blah keluar.
Dah keluar tu barulah misi mencari souvenir yang lain bermula. Di sekitar Namdaemun market ni memang baaaaaaaaaaaanyak kedai bukan takat ko nak beli souvenir tapi pinggan mangkuk, buah-buahan sayur-sayuran, bahan masak mentah, kedai kosmetik eh macam-macamlah. Even ko nak boots, kasut, baju sejuk yg down jacket, parka trench-coat, yang faux fur, yang ori fur pun ada. Ko sediakan duit jer. Ada yang murah, ada yang mahal. Kalau kau jenis x pandang brand, down jacket yang macam Uniqlo punya tu and trench coat wool, kalau jenis yang dijual atas meja sorong tu boleh dapat semurah KRW10 000 = RM38. Yang bergantungan kat kedai mostly starting price KRW20 000. Still murah lah berbanding kat Malaysia. So yang badan2 kancil atau paling-paling level kuda yang xda masalah saiz, ko xyahlah berabis nak beli kat Malaysia. Ko beli kat Namdaemun ni jer. Yang bersaiz gajah, kingkong atau paus biru, ko pepandai lah yer sbb x perasan pulak aku ada size besar ker tak sbb aku x beli pun. Ada satu kedai tu, memang cantiklah fur coat dia. Coat pompuan lah. Kalau kau pakai memang ko akan nampak bergaya macam Kim Kardashian punya orang gaji. Sesuai lah dengan wajah ko yang desa kan. Aku tanya material apa, dia cakap mink. Aku tanya harga. Dia cakap KRW1 000 000. Dalam RM3 800. Aku x tau lah kalau dia propa tu mink, tapi yang aku sure dia bukan sintentik sbb memang lembut gila lah.
Pendek kata, Namdaemun market tu besar dan jual macam2. Ko pusinglah selagi ko larat sampai Abang Jamil mampus. Aku beberapa kali jugak pusing2 tapi asyik kembali ke tempat yang sama. Kalau kat hutan aku dah baca ayatul kursi dah, sebab kedai kebanyakan nampak sama dan papan tanda pun tulisan Hangul, memang lost aku. Btw, kalau ko nak cari souvenir untuk officemates ko yang tak boleh tengok ko berjalan terus nak komen "jangan lupa ole-ole" padahal time kat opis dia selalu buli kau dengan suruh kau buat kerja dia, ada satu kedai ni jual lipan dengan kala jengking. Ok tipu jer. Typical lah kan, nak beli fride magnet, keychain, chopstick n sudu panjang korea sebab ko feeling kpop walhal wajah ko Tasaday, dan ntah kalendar artis kpop lah apa lah, stokin lah, apalah apalah,...semua benda tu ko beli kat Namdaemun ni jer. Xyah beli yang kat Myeongdong atau Itaewon. Kat situ mahal. Ko harus ingat, beza KRW1 000 pun dah bermaksud RM3.80. So bila ko beli banyak, berapa banyak dah beza dia? Ko reti Matematik kan? Ko SPM ker tak? Tapi ada jugak blogs yang suggest cakap souvenir kat Insadong best2. Yang tu aku xleh komen sebab aku x pegi pun Insadong.
Maka oleh itu, aku nak kasi satu tips berharga. Ko nak tau? Bak sini pengeras pulut kuning ngan daging kambing betina balu anak 3. Kat Namdaemun, aku dah pusing-pusing, hanya satu kedai ni jer yang bagi harga murah and boleh discount bila ko beli barang. Selalunya chopstick yang 5 pasang sebungkus kedai-kedai lain jual KRW5 000 sebungkus, even ada yang sampai KRW7 000 sebungkus. Kedai abang ni, KRW4 000 jer sebungkus. Dan kalau ko amik 3 bungkus, dia otometik akan kasi harga KRW10 000. Xyah nak bertekak sampai timbul urat leher nak menawar. Itupun aku tau sbb masa tgh belek-belek, dia tiba2 muncul kat tepi terus offer. Fridge magnet pun sama, sebungkus yang 5 keping ker 4 keping KRW4 000, 3 bungkus KRW10 000. Banyak kau jimat. Kedai dia jugak ada jual bendalah-bendalah Kpop poster lah, kalendar lah, seluar dalam terpakai artis kpoplah. Kecik jer kedai dia, tapi macam2 ada. Aku lepas beli fride magnet n chopsticks kat kedai dia, aku kira nak pusing2 cari tshirt souvenir Seoul. Alaaa cam tshirt I Love Seoul camtu lah. Mostly semua jual sehelai KRW4 000, dan xleh tawar walaupun ko beli satu kodi sekalipun. Ini termasuklah yang jual atas meja sorong tu. Bab tshirt souvenir ni semua xleh runding. Tak taulah kalau dorang xnak kasi tawar sebab muka aku kelihatan kaya macam putera arab, tapi memang xleh tawar langsung. Pusing punya pusing, aku tersampai depan kedai brader tu tadi lagi. Rupa-rupanya kedai dia pun ada jual t-shirt yang macam orang lain jual. Dia jual KRW4 000 sehelai, 3 helai KRW10 000. Cis, kalau aku tau awal2 tadi xyah aku buang masa pusing tanpa halatuju hidup kat kedai lain. Dia siap ada jual tshirt yang kualiti bagus lagi, tapi harga mahal sikit lah. Oleh sebab aku Haji Bakhil, aku beli yang KRW10 000 dapat 3 helai tu jer lah. Kihkihkih.
Pengeras aku mintak tadi dah siap tak? Aku dah nak ajar camna gi kedai dia ni. Camni:
Dari Gate 6 Namdaemun Market yang ada exit 5 Hoehyon Station tu tadi, ko jalan lurus sampai ko jumpa E-World/E-Lengdang tu tadi, ko sambung lagi jalan sampai lepas E-Lengdang tu dan ko akan jumpa deretan kedai jual souvenir sebelah kanan ko. Kedai abang tu kalau x silap aku yg no2 ke no3. Ahhhhh susah2 ko save gambar ni pastu check muka penjual kat deretan tu.
Nah. Dia siap kasi love lagi.
Ni depan kedai dia. Masalahnya kedai-kedai kat deretan tu lebih kurang jer aku rasa.
Satu lagi landmark yang ko boleh refer adalah, kat deretan opposite kedai ni (ke sebelah kanan sikit lah) ada satu kedai jual kaki babi dan kedai cermin mata. Macam ni.
Yang ada kotak-kotak tu kedai jual kaki babi tu.
Kenapa landmark yang ni bermakna? Sebab ko tengok tak papantanda kuning atas kat lorong tu? Tulis Hairtail Alley. Kalau ko jalan lurus masuk lorong tu ke dalam sampai hujung, ko akan jumpa satu kedai yang jual galchi jorim aka asam pedas Korea yang boleh makan. Nama kedai tu Honam Sikdang. Ada blogs orang Melayu Malaysia yang biasa ke Seoul pegi makan situ. Kata dorang lagi sedap dari galchi jorim kat Busan Jib n Heuksando. Aku x gi sebab masih kenyang lagi time tu, so xleh wat review untuk korang. Jadi sekurang-kurangnya landmark Honam Sikdang ni boleh jadi petunjuk korang cari kedai souvenir brader tadi. So jimat duit dan jimat masa kan? Xyah melilau-lilau tawar-menawar nak cari souvenir semata-mata.
Sari berita penting: Namdaemun market mula tutup dalam pukul 6 petang. Ahad dia tak bukak. So sila plan itinerary dengan bijak.
Dah puas aku pusing-pusing kat Namdaemun tu, aku rasa xda benda yang aku berkenan untuk kasi souvenir kat adik-beradik dan ipar pompuan aku. Pikir punya pikir punya pikir, aku teringat aku pernah terbaca blog tentang Gwangjang Market (sebutan Kwangjang) yang ada jual korean cotton n korean silk murah. Aku godek-godek google cari cara nak ke sana.
Cara ke Gwangjang Market:
Ko naik train, stop kat Jongno-5 Station, keluar ikut exit 11 underground shopping complex dia. Ko akan muncul di tepi bank ni:
Tu lah exit 11 tu. Kiranya ko keluar kut tu, bank tu akan berada sebelah kiri kau.
Sebelah bank tu ada gerbang macam ni. Ko masuk terus n jalan terus ke dalam ko akan jumpa ruang tengah yang macamni:
Dah jumpa ruang ni, ko jalan ke depan tu lagi ikut arah kul12. Area ni dah mula ada orang jual kain dah. Sampai ke area yang macam T-junction, ko toleh kanan ko akan nampak pemandangan ni:
Haaaa kat pakcik yang tengah susun kain tu lah aku beli korean cotton. KRW10 000 = RM38 untuk 4meter bidang 60". Itu adalah harga standard kat situ lah. Kalau ko terer maybe ko boleh mintak tawar. Jangan ko tawar gila-gila sampai dia sumbat ko dalam tempayan kimchi sudah.
Actually banyak jer kedai lain yang jual kain jugak, dengan harga yang lebih kurang sama. Aku jer yang x larat nak check satu-satu dah, sebab aku rushing nak ke tempat lain pulak. Gwangjang Market ni bukan jer jual kain, dia ada jual macam-macam kalau kau rajin geledah semua area. Dan katanya kat sini ada jual strawberry murah, tapi aku xda masa nak cari dah. Dapat jer kain yang aku nak, aku blah balik ke train station sebab ada benda lain yang aku dah plan nak buat.
Kali ini aku nak naik E-Land Cruise kat Sungai Han pulak. Caranya adalah ko dari arah mana-mana pun, naik train dan berenti kat Yeouinaru Station dan keluar ikut exit 3. Keluar dari exit tu, ko ambik kiri dan jalan ikut tepi sungai Han tu (sungai akan berada sebelah kiri kau) dan jalanlah kehadapan dengan rasa bangga menuju ke arah building 63 yang berwarna gold ini:
Kali ini aku nak naik E-Land Cruise kat Sungai Han pulak. Caranya adalah ko dari arah mana-mana pun, naik train dan berenti kat Yeouinaru Station dan keluar ikut exit 3. Keluar dari exit tu, ko ambik kiri dan jalan ikut tepi sungai Han tu (sungai akan berada sebelah kiri kau) dan jalanlah kehadapan dengan rasa bangga menuju ke arah building 63 yang berwarna gold ini:
Bila ko dah dekat nak sampai ke area jambatan tepi bangunan 63 tu, ko dah boleh nampak dah bot tu berlabuh kat tepi. Ko xleh naik bot terus. Kena isi dulu borang maklumat diri kat satu kanopi putih tepi sungai tu, pastu bawa borang tu pegi kaunter tiket kat sebelah dia, baru boleh beli tiket. Btw untuk naik cruise ni pun aku booking kat Klook jugak, dapat harga RM50 untuk cruise 40minit. Aku pilih yang pukul 5 petang sebab nak tengok sunset atas cruise katanya. Romantik kan aku? Apa aderhal xda kapel, boleh jer beromantik dengan diri sendiri. Kerana dirimu begitu berharga bak kata L'oreal. Dia ada jam yang lain-lain jugak, kalau yang pukul8:00 malam tu dia akan lalu sampai Banpo Bridge yang ada air pancut menari-nari tu, pastu ada jugak yang ada sekali ngan dinner (non-halal). Ko pilih lah mana yang ko suka, duit kau kan.
Tepat jam 5:00petang cruise pun mula bertolak. Actually masa mula naik cruise ni aku dah x puas hati dah. Sebab kebanyakan blog tunjuk dorang naik bot yang macam gini:
Sikit punya cantik kan. Dengan open deck besar. Katanya ada aktiviti bagi makan burung camar lagi.
Tapi aku dapat bot yang open deck nya macam gini:
Secoet jer open deck nya kat belakang bot. Dahlah secoet, monyet-monyet diorang ni pulak jenis xnak duduk, dok berdiri pungpangpungpanghahahehe merokok lah apalah cover pemandangan aku. Sakit hati aku. Walaupun ada seorang tu citarasa, tapi tetap tidak memadamkan rasa sakit hati aku. Mana taknya, dahlah dapat bot tak best, pastu skyline kat Han River tu x menarik langsung. Kalau nak banding dengan Bangkok nyer Chao Praya cruise memang jauh panggang dari api lah, ni aku yakin kalau banding dengan Kuching Waterfront nyer cruise memang akan tewas hatrick jugak. Pastu, dalam aku dok mencari-cari apa yang menarik kat tepi sungai tu, tup tup dia buat U-turn dah nak balik ke dock. Rasa nak jadi hijau time tu. Dahlah rushing-rushing tukar-tukar banyak train lines nak sampai situ, jalan laju-laju lagi sebab takut lambat nak redeem ticket kat kaunter (sebab ada review yang cakap dia x kena kasi naik sbb queue nak redeem ticket panjang sangat sampai bot dah jalan. Dia queued for 30minutes.) Tapi kalau aku jadi hijau, sapa jugak yang akan karam singh walia sekali? Akuuuu jugak. So bagi aku naik cruise kat Han River ni xbest. X rugi pun kalau ko x buat. Unless ko ada extra duit n extra masa, boleh jerlah bagi pengusaha bot ni kaya RM50 lebih dari biasa.
Lepas jer abis cruise ni, aku terus nak gi dinner dah. Malam ni aku nak dinner bbq, sebab rasa cam dah lama sangat x makan daging (ko overlah Ee). So aku nak pegi Yang Good BBQ yang semua blog dok canang sedap dan satu-satunya bbq halal yang dorang jumpa. Cara nak ke sana: Ko dari arah mana-mana pun, stop kat Yeoksam Station keluar ikut exit 6. Bila ko keluar jer exit 6 tu, muka ko akan mengahadap jalan besar, terus ko ambik kiri dan ko jalannnn jer sampai ko jumpa KFC kat hujung blok. Terus ko belok kiri dan jalan lagi sampai ko sesat. Haha. Tu dah betul lah belok kiri tepi KFC tu tadi, pastu ko jalan terus sampai ko jumpa junction ni:
Ko ambik simpang kanan tu. Ni adalah simpang kanan 1st yang ko akan jumpa. Dah masuk simpang kanan tu ko jalan sikit lagi sampai ko jumpa chinese restaurant ni pulak:
Sebelah chinese restaurant ni ada simpang kiri. Ko ambik simpang kiri tu, jalan menuruni bukit sampailah ko nampak tanda ni
Ko nampak ni bermaksud ko dah sampai. Aku simplekan direction nya yer: keluar exit 6 Yeoksam Station, ambik kiri, jalan sampai jumpa KFC pastu belok kiri, jumpa 1st simpang kanan ko belok kanan, jumpa 1st simpang kiri ko belok kiri, turun bukit, tadaaaaa.
Masa aku kat situ, aku rasa 70% kot Malaysians dalam tu. Aku jer Philippines. Matilah. Sini bbq kambing n ayam. Daging lembu yilek. Nada. Tapi xyah risau kambing dia x hamis pun. Ok jer. Aku pilih yang marinated lamb, harga KRW20 000 for 200g. Ada yang cakap yang ori tu lagi sedap, sebab yang dah marinated tu macam manis-manis sikit. Aku suka yang manis-manis tu memandangkan aku pun memang manis kan. Matilah sekali lagi.
Kat sini pun sama, ko xyah gatal-gatal nak kacau sebab pekerja dia yang akan tolong grill kan n gunting daging tu jadi kecik-kecik supaya senang kau makan. Ko duduk berselfie kat situ jer sudah. Bagi aku banchan dia x sedap. End up aku makan kobis tu jer. Sos cicah dia sedap. Satu tu thai sweet sauce, satu lagi tu cam kewpie roasted sesame dressing. Aku siap mintak tambah lagi. Verdict: sedap. Dia grill lamb tu just nice. Tapi bagi orang Kuching, yang dah biasa makan kat D11 Steamboat n BBQ atau Annuar Steamboat n BBQ, xderlah kagum sangat. Sebab kat D11 tu ko bayar RM26 lepas tu ko makanlah lamb puas-puas sampai ko boleh bercakap dengan kambing macam cerita Mr. Os hat Orang Kampung Otak Kimia tu. Tambah lagi berpuluh-puluh menu yang lain. But still, yang kat Yang Good ni sedaplah, tak mengecewakan pun especially ko kat Seoul kan so xyahlah dikenang sangat yang kat hometown tu. Cuma yang sedikit sentapmaknak nya kat sini pricey sikit banyak lah.
Abis makan, aku balik semula ke Myeongdong, beli stoberi cekelat, balik hotel. Eh jap-jap. Before balik hotel, aku pegi Daiso dulu untuk beli heatpack. Heatpack ni macam uncang, yang bila goncang-goncang, dalam 1 minit lepastu dia akan jadi panas, dan bertahan selama 6-8 jam (bila dia cam hilang hangat, ko goncang balik, sampai dah x boleh dah). Berguna kalau ko x tahan sejuk, boleh letak dalam pocket, dalam glove atau dalam stokin. Boleh juga letak dalam spender kalau ko suka kemaluan kau rasa hangat-hangat asmara camtu. Haha. Harga kat Daiso untuk pack yang kecik-kecik tu KRW1000 dapat 5 packs. Kat Myeongdong area ni ada 2 Daiso yang aku jumpa. Satu Daiso 5 tingkat yang besar agam kat tepi jalan besar Myeongdong tu bertentangan dengan L7 Hotel. Satu lagi, ko jalan jer lurus dalam main street Myeongdong Night Market tu sampai ko jumpa Myeongdong Theatre. Daiso tu berdepan Myeongdong Theatre ni, tapi pintu dia akan terus jumpa tangga menuju ke bawah tanah sebab Daiso ni kat bawah tanah.
Yang kiri ada tulis Hangul ker tu Myeongdong Theatre, yang kanan depan dia tu ada papan tanda berlampu merah tu lah Daiso.
Dah dapat heatpack tu barulah aku mengorak langkah balik hotel and siap-siap sebelum tido untuk aktiviti day 4 pulak. Jumpa korang di next entry!
Ciao!
Ee
Comments
Post a Comment