SEOUL: DAY 4 (27 NOVEMBER 2018)

Lama pulak aku berenti menulis menaip kan. Jadi sebelum angin malas melanda, baik cepat-cepat abiskan entries pasal Seoul ni. Eh, yang ni bukan yang last. At least ada 2 entries lagi.

Day 4 aku start awal. Awal dalam ertikata aku lah. Kul7 waktu Seoul aku dah bangun dan siap-siap. Pakaian dan barang-barang untuk hari ni pun aku dah ready susun sebab takut terbangun lewat so xnak rushing-rushing nanti ada yang lupa lah apa lah. Lepas breakfast kat hotel, kul8 aku dah keluar. Nak gi mana? Arini adalah trip ke ski resort!!! Sebab aku pegi masih lagi dikira autumn, so salji tu bukanlah sesuatu yang pasti. Dan sebagai orang Malaysia yang pertama kali ke negara 4 musim, mestilah kalau boleh cari peluang nak merasa main salji kan sebab sifat ruk kalak itu masih lagi menebal dalam jiwa? Lainlah kalau kau pegi time summer tapi still mengharap salji, maka kau gila. Jadi masa kat Malaysia lagi aku dah book siap-siap kat Klook untuk activity arini. Dan sebab itu jugaklah aku beli heatpack hari sebelumnya, sbb arini nak gi main salji.

Makluman untuk hadirin dan hadirat sekalian, pakej untuk ke ski resort ini hanya akan mula dioffer sebulan sebelum tarikh resort itu dibuka untuk winter activities sahaja. Maka, sebulan sebelum ko pegi barulah ko boleh check whether sudah ditawarkan ke belum. Sebab, bila ski resort tu mula bukak (usually hujung November sampai hujung February), kalau xda salji turun, dorang akan gunakan mesin pembuat salji palsu bagi memastikan slopes dorang boleh digunakan untuk ski. Kalau awal sangat, temperature x cukup sejuk untuk salji palsu itu bertahan. Nanti instead of dia jadi ski slopes, jadi air tejun. Dan memang rezeki aku lah, sebab aku bertolak ke Seoul 24th Nov, resort/pakej Klook ni baru beroperasi untuk winter season 2018/2019 on 25th Nov. So masa buat itinerary, aku tetapkan nak pegi ski resort ni on the 27th Nov. Sebabnya? Aku sampai Seoul petang/malam Sabtu (24th Nov), activities day 2 (Ahad, 25th Nov) aku pulak x beroperasi on Monday (Namsan oreumi tutup half day, Changdeokgung ngan GN perfume studio tutup) so kena buat on Sunday, manakala Namdaemun Market tutup on Sunday so aku pegilah Namdaemun on Monday (26th Nov). Haaaaa disinilah peri pentingnya kebijaksanaan menyusun itinerary supaya ko x buang masa pegi satu-satu tempat lepastu tempat tu sebenarnya tutup. Sebab bila melancong ni, time is always our biggest enemy. Lagi2 kalau kau pegi autumn/winter yang siangnya lebih singkat, so ko xda banyak masa untuk dibuang dengan melilau-lilau x tentu hala. Jadi itinerary kena plan betul2. Ee is not the aci redah type bila bab plan itinerary. Bila ko nak ikut aku travel, dan aku dah plan itinerary lepastu ko ikut suka-suka hati kau gagalkan itinerary aku, aku akan murka. Ada kemungkinan aku akan tinggalkan korang terkapai-kapai kelemasan di negara orang. Fahimtum?

Makluman jer pun dah satu perenggan. Typical aku kalau berblogging mahupun bercakap. Sambung balik. Pakej yang aku ambik kat Klook ni berharga RM180 untuk naik bas return trip dari Seoul ke ski resort tu plus tiket naik gondola ke Dragon's Peak di Balwangsan Mountain tu. Oh ya lupa plak cerita aku amik pakej ke Yongpyong Ski Resort di daerah Pyeongchang yang perjalanannya dari Seoul mengambil masa lebih kurang 2.5jam - 3jam one way. Selain dari Yeongpyong Ski Resort, satu lagi ski resort yang ada kat situ yang turut ditawarkan oleh Klook ialah Alpensia Ski Resort. Jarak antara dua resort tu lebih kurang 5minit jer. Tetapi kenapa aku pilih Yongpyong dan bukan Alpensia? Sebab Yongpyong ada Dragon's Peak tu. Aku pegi ski resort bukannya nak main ski pun sebab sah-sahlah aku tak reti. Kang tergolek patah seribu shila amzah sapa nak menanggung? Satu hal pulak pihak resort terpaksa upah kren untuk angkat seekor gajah tergolek. Pegi sengsorang pulak kan. So aku xnak ambik risk tu. Lagipun untuk 1st timer, kena ikut class bagi beginner and sewa baju ski sekali ngan peralatan. Aku yang taik idong masin-masin-lemak ni xnaklah bayar memahal, aku nak main salji jer. Dan lagi, x semestinya ko booking pakej kat Klook tu untuk day trip. Kalau ko nak stay kat ski resort tu semalam-dua, ko boleh arrange untuk return bus trip tu ikut kesesuaian tarikh ko. Mudah kan? Tapi hotel kat ski resort tu kalau x silap aku paling murah untuk satu malam is lebih kurang RM800. I is neither kaya nor mentega so I not mampu. If you kaya or planta then you can go ahead.

Satu lagi yang bestnya pakej aku ambik dengan Klook ni adalah sebab salah-satu pickup/drop point nya adalah di Myeongdong dan jalan kaki 5minit jer ngan hotel aku. Best kan dok hotel aku kat Myeongdong tu? X habis-habis promo. Banyak jugak aku baca blogs orang yang pegi sendiri ke Yongpyong ni banyak sangat madah berhelahnya. Kena naik train, pastu tukar ambik bas ekspres, pastu tukar lagi naik bas berhenti-henti/shuttle/taxi. So macam aku cakap tadi, I didn't have the luxury of time untuk bertukar-tukar transport camtu. Pickup point untuk bus tu (dipanggil Snow Bus) di Myeongdong adalah kat depan L7 Hotel, kira-kira 20 langkah dari bus stop Myeongdong Station untuk airport limousine bus. Ko tunggu jer kat dalam lobby L7 Hotel tu, nanti ada staf Klook/Snow Bus akan jumpa korang kat lobby untuk check nama n guide korang ke bus. Jangan ko dok tunggu kat lobby, nampak L7's hotel guest yang citarasa terus ko ikut dia naik bermain ski di dalam bilik pulak. Dan macam aku cakap sebelum ni, kat Seoul ni ko kena punctual. In fact kena siap2 tunggu at least 15 minit awal dari pickup time. Booking tu pickup time nya 8:30am, so aku dah sampai lobby L7 tu kul8:10 camtu, masa tu staff Snow Bus tu dah siap2 check nama dah dan aku orang last sampai. So dia cakap dah boleh gerak dah. Aku mintak excuse nak ke toilet sebab perjalanan 3 jam kan, dia cakap ok. Lepas buat urusan kecil kat toilet, masa nak keluar dari toilet, aku nampak lighting kat cermin dia sangat wow. Maka xnaklah lepaskan peluang mandatory toilet selfie katanya kan. Ala, 2-3minit jer pun. Bila aku keluar, semua orang dah naik bus, dan bus tu dah gerak sikit ke depan. Staff yang check nama tu time tu still mesra lagi senyum2 bagai, tapi driver bus tu dah macam marah sikit. Aku senyum n cakap sorry pun dia x respon. Padahal belum 8:20 kot time tu. Maka janganlah ko nak terhegeh-hegeh lelambat ingatkan bus tu akan tunggu kau sebab ko dah bayar. No way, Jose.

Aku naik jer, pakai seat-belt terus bus tu gerak. Agak-agak half-way perjalanan camtu, bus tu berhenti kat satu tempat macam RnR lah, tapi RnR yang kecik lah. RnR Tapah tu besar sangat. RnR Sungai Perak tu pun still lagi besar. Bus driver tu terus cakap "10 minutes!". Aku pun cecepat gi toilet. Iyerrrrr, cuaca sejuk kan. Asyik nak terkencing jer rasa. Lepas kencing terus naik bas. Masa tu baru lah driver tu nak balas bila aku senyum. Tak sia-sia sepanjang perjalanan tadi aku dok nyanyi ♪♪ Tuhan tolong lembutkan hati dia ♪♪ Sambung perjalanan sampai lah ke Yongpyong Ski Resort tu. 

Ni masa perjalanan lepas rnr genting sempah nak ke Yongpyong tu.

Kat sana ada staff yang sambut kitorang, dan bawa masuk ke bangunan depan tu yang namanya Tower Plaza. 


 Ni lah ghope depan Tower Plaza tu.

Kat Tower Plaza tu akan dibahagikan ikut group berdasarkan pakej apa yang korang book kat Klook. Sbb ada pakej bus saja, bus+gondola, bus+ski, bus+snowboarding dan few others yang aku x ingat. Tapi kitorang aritu berenam jer dalam bus besar mcm bus ekspress tu. Aku ngan dua orang pompuan Philippines nak naik gondola, sorang pompuan Hong Kong nak snowboarding, dan dua orang lagi jantan nak main ski. So kitorang gerak sekali jer lah ikut staff tu ke bangunan satu lagi yang namanya Dragon Tower. Sebelum gerak tu dia siap2 remind bahawa sebelum 5:30pm dah kena ada kat Tower Plaza tu balik, dan kalau nak makan dia advised untuk makan kat Tower Plaza tu, sebab kedai2 kat Dragon Plaza lagi mahal. Jarak antara 2 bangunan tu kira2 100meter jer. Masa otw ke Dragon Plaza tu ko akan lalu lah kat tepi ski slopes tu, dan boleh nampaklah view yang serba putih yang selama ni cuma mampu tengok kat tv/buku/internet jer.


Sampai kat Dragon Plaza, staff dorang pergi collect tickets untuk activities kitorang. Ni lagi satu best book dengan Klook ni. Ko x perlu buang masa untuk queue beli ticket bagai. Semua dorang dah readykan dah. Ko cuma serahkan diri jer. Eh, lain macam jer. Ko cuma tinggal bawak diri jer. Bila dah dapat ticket, kita berenam berpecah buat hal masing2. Untuk ticket gondola tu, ko naiklah bila2 ko nak naik, spend masa kat Dragon's Peak tu seberapa lama yang ko nak, dan turun bila2 masa selagi gondola tu beroperasi. Tapi ko cuma boleh sekali naik, dan sekali turun jer. Since kat bawah tu cuma untuk yang main ski, snowboard dan ice-sledge dan aku x plan nak main tu semua, dapat jer tiket aku terus naik gondola. Untung masa tu tak ramai orang, boleh naik gondola sorang satu. Dan aku rasa aku pelancong pertama naik gondola tu haritu, sebab sepanjang naik tu, aku xnampak pun gondola yang turun tu ada orang. Perjalanan naik gondola ke Dragon's Peak tu 20minit. Lama jugak, dan tinggi jugak dia naik. But sepanjang naik tu jarak gondola dengan tanah tu xderlah tinggi sangat, so bagi aku xderlah seram. Xlah macam naik cable car dari Sentosa Island nak ke Vivocity kat Singapore. Yang tu tinggi gilaaaaaaaaa kecut perut aku.



Sampai-sampai kat atas, keluar jer dari gondola masuk building Dragon's Peak tu dah dengar bunyi menderu-deru macam ombak hempas pantai. Ombak apa pulak kat atas gunung camtu kan. Memang gila kuat. Rupa-rupanya angin. Serius bunyi macam ribut. Tapi xderlah dia kuat sampai terhuyung-hayang nak jalan. Bunyi jer over kuat. Dan atas tu diselaputi salji! N kabus teballllll putih jer ko nampak. Masa tu aku bersyukur sangat-sangat lah sbb satu dari impian masa kecik aku dah tercapai. Semua tempat yang aku pegi kat atas tu, aku x nampak tapak kaki atas salji. Sebab tu aku makin yakin aku orang yang pertama pegi main salji kat situ musim tu, sebab lepas 24th Nov tu xda salji baru yang turun. Lepak lah aku kat atas tu fefeeling sampai sewel. Standard lah kan bila 1st time Malaysian dapat main salji. Menyanyi lah, baring-baring dalam salji lah, ambik gambar dengan tripod, buat snowman. Sorang-sorang pun layan tau. Dah agak2 satu jam aku kat atas tu baru ada pelancong lain yang naik. Tapi kebanyakannya naik kejap2 jer, pastu dorang blah. Aku jer yang duduk kat Dragon's Peak tu dari pukul 11:30 sampai 4 petang. Sikit jer lagi aku nak bertukar jadi Elsa time tu. Bila aku dah rasa sejuk sangat, aku masuk building Dragon's Peak tu kejap. Agak2 dah panas balik, aku keluar main salji balik. Ulang-ulang aku buat macamtu. Btw kat dalam bangunan tu ada cafe, ada toilet, kedai souvenir, menara tinjau dan apalagi ntah. Aku x explore pun building tu sangat sebab busy main salji. Busy katanya. Aku masuk pun untuk panaskan badan atau pegi toilet, pastu sambung main salji balik. Btw kalau nak solat, dia ada ruangan yang sunyi kat lower ground floor n 1st floor. Leh solat kat situ.

Jalan ni menunjuk ke hutan n puncak Balwangsan Mountain tu. Boleh pegi sebenarnya. Tapi oleh sebab aku sorang-sorang, x berani pulak aku nak redah. Kang dibuatnya jatuh gaung ker apa x ker mampos.

 Actually masa ni kabus sgt tebal, tapi oleh sebab camera phone aku terer, so boleh lah ambik pic clear cenggini. *unsur riak diselitkan

Kalau kau beli patung Olaf kat pasar malam, macamni lah rupa dia.

 Selit gambar sendiri satu, manatau ada yang berkenan nak buat laki. Erk.

Memang seronok gila lah. Puas hati aku. So bagi korang yang kuat feeling nak main salji cam aku jugak, n kebetulan time ko pegi ski resort ni dah beroperasi, aku cadangkan ko jangan lepaskan peluang pegi sini. Mula2 before pegi tu pun aku dok fikir2 apa jer lah aku nak buat kat sana abiskan masa since aku x main ski, snowboard atau ice sledge. Sekali bila dah dapat main salji tu, macam xnak balik ngkau. Kalau ada rezeki pegi Seoul lagi next time, aku memang akan repeat pegi sini lagi, walaupun dekat2 ngan Seoul ada beberapa ski park macam Vivaldi yang lebih kurang 1 jam perjalanan jer. Yongpyong ni memang puas hati lah untuk orang yang bukan nak main ski. Even untuk yang nak main ski pun sebenarnya, sebab Yongpyong Ski Resort ni jadi lokasi untuk Winter Olympics 2018. So ko leh agak lah level tempat ni macamana berbanding ski resorts yang lain yg ada di Seoul.

Kul4 aku blah turun bawah balik. Oh ya, ko jangan lupa check dengan staff jaga gondola tu pukul brp last gondola tu beroperasi. Kalau ko terlepas, siaplah ko dimakan yeti kat atas tu malamtu. Masa aku pegi tu last gondola kul6. Sampai kat bawah kul4:20 tu aku terus gi makan. Masa kat atas tadi x terfikir nak makan. Even x rasa lapar pun, sebab syok main snow. Aku balik semula ke Tower Plaza tu sebab kat situ ada satu kedai kebab halal, Efes Kebab. Berdasarkan pemerhatian aku, Efes Kebab tu jer kedai halal yang ada kat situ. Lotteria yang kebanyakan blogs cakap ko boleh makan shrimp burger dia dah xda lagi kat situ. Dah tutup kot. Efes Kebab ni ada jugak kat bangunan Dragon Tower tempat nak naik gondola tu, tapi kat situ dia kecik jerlah macam gerai. Yang ni kat Tower Plaza ni besar KFC camtu.



Aku rasa harga dia not bad lah, untuk kedai yang dekat resort, kat Seoul pulak kan. Dan portion dia besar. Kalau jenis yang x kuat makan sangat, satu portion Pilaf Kebab tu boleh makan 2 orang. Aku? Ko paham-paham jerlah. Siap tambah extra meat =P. Rasa dia pun not bad. Lagi sedap dari kebab kat Namdaemun yang aku tunjuk dalam previous post tu. Aku siap bekal sos cili paket yang McD kasi masa take away tu lagi dari Malaysia untuk makan ngan daging kebab tu. So the perangai makcik-makcik kan. Tapi cadangan aku, untuk perut Melayu yang memang x cukup makan kebab wrap tu jer, ko ambiklah pilaf kebab tu. Ada nasi. Walaupun mahal sikit dari wrap tu, tapi at least ko kenyang.

Abis makan, aku pegi masuk CU (convenience store) kat situ. Beli ni...
 Susu pisang aka Banana uyu!

Kalau kat Thailand minuman wajib adalah Cha Yen atau Thai Iced Tea, kat Korea ini dia minuman ruji. Hari-hari aku minum at least sebotol. Sedap. Harga sebotol ni KRW1300 = RM5. Sama wajib ngan stoberi cekelat bagi aku setiap hari.

Pastu dok lepak lah aku minum bendalah ni kat tempat perjanjian ngan staff Klook pagi tadi. Tepat 5:30 kitorang dibawak naik bas untuk balik semula ke Seoul. Sepanjang perjalanan aku dok tengok movie jer dalam phone. Then tetiba aku teringat, ada beberapa orang yang aku terlupa nak beli souvenir. Bila aku kira-kira sampai Seoul paling-paling dah 8:30, mana aku nak cari? Yang kat Myeongdong n Itaewon pulak mahal. Esoknya pulak aku memang akan keluar dari Seoul sehari suntuk. Lusa dah nak balik. Nak ke Insadong pulak aku x buat research cemana dan di mana lagipun dah lewat. Aiyoyo kadawale! 

Sampai jer bus kat Myeongdong aku nak cuba nasib cari kat Namdaemun Market, walaupun orang kata Namdaemun tutup kul6. Nasib baik just 15 minit jer jalan kaki dari Myeongdong Station tu, dan kira2 10minit dari hotel aku. Tu kalau jalan aku yang biasa lah. Tapi time tu punya lah laju aku jalan dalam sejuk-sejuk ghedi tu sampai aku berpeluh. Ko bayangkan tahap keYuanYufangan aku. Aku harap kedai abang berhati pemurah semalam masih bukak jam tu.

 Inilah Yuan Yufang kalau kau nak tau.

Sampai-sampai depan kedai brader tu, aku hampa. Bukan saja kedai dia, semua kedai2 kat situ dah tutup. Expected lah kan. Tapiiiiiiiiii area depan kedai brader tu ada beberapa stalls/kedai sorong yang beroperasi. Ada beberapa yang jual odeng macam kat Family Mart tu yang aku tak yakin status halalnya, dan ada 2 buah stalls yang jual souvenir dan baju. Alhamdulillah. Rezeki orang2 yang aku teringat dalam bas tu lah. Makcik jual baju tu KRW4000 sehelai. Xleh tawar langsung walaupun aku cakap aku nak ambik 6 helai. Tetap KRW24000 katanya. Dahlah nak communicate pun cukup payah kan, inikan pulak nak memujuk menawar harga. Aku pasrah jerlah dia kasi harga camtu. N aku decide tambah satu lagi baju sebab rupa-rupanya aku lupa nak beli baju untuk diri sendiri. So all in all 7 helai. Tiba2 jer makcik tu cakap suruh bayar KRW25000 jer. Murah sungguh hatimu makcik, walaupun lepastu dia membebel2 dalam bahasa Korea lepastu sebut "diskaun...diskaun". Lantak ko lah nak membebel apa, bukannya aku paham pun. Jadi in case korang ada nak beli souvenir last minute, boleh try ke Namdaemun time macam aku ni. Mana tau untung batu tenggelam, untung taik timbul.

Balik dari Namdaemun tu aku masuk ke Myeongdong Night Market untuk beli stoberi cekelat. Pastu cari beg pelarian (alahhhh beg canvas yg zip tu lah yang Balenciaga dok tiru tu. Aku tak tau apa nama dia) untuk aku letak semua barang-barang yang aku beli kat Seoul. Pastu aku balik hotel ready2 untuk esok pulak pastu tido. Settle day 4. See u in next entry!

Ciao!
Ee 

Comments

Popular Posts