SEOUL: DAY 5 (28 NOVEMBER 2018)
Cepat cepat cuti dah nak abis. Dah nak masuk 2019 dah. Kena abiskan entries pasal Seoul cecepat.
Day 5 pun bermula awal jugak, sebab arini pun nak keluar dari Seoul. Today adalah hari untuk Namiseum (Nami Island) ngan Garden of The Morning Calm kat daerah Gapyeong. Berdasarkan kebanyakan blog, dari Seoul nak ke Gapyeong station mengambil masa lebih kurang 2 jam jugak untuk sampai, dan bertukar-tukar train lines sampai 4x jugak. Aku check kat subway apps pun sama. Buang masa jugaklah, dan part bertukar-tukar lines tu yang paling aku x larat. Kena banyak turun-naik tangga kat interchange stations. Kena pulak kaki dah banyak kena kerah sepanjang 4 hari sebelumnya. Tahap penat betis n peha penat tu adalah tahap ko rasa nak marah jer, tapi tak tahu nak marah kat sapa. Jadi, oleh kerana aku jenis yang gigih membaca segala blog yang ada mention perkataan Seoul dalam entry dorang, aku jumpalah beberapa blog yang mention pasal cara cepat untuk ke Nami. Haaaaaaaaaaaaaa meh sini aku nak ajar.
Macam aku yang dok Myeongdong, atau mana2 korang yang stay x jauh dari Seoul Station boleh guna cara ni. Dari Myeongdong Station naik train ke Seoul Station (2 stations away), stop situ pastu tukar line untuk pegi ke Yongsan Station (2 Stations away). Sampai jer Yongsan Station, ko keluar dari kawasan train tu untuk masuk ke bangunan terminal/station dia. Ikut papan tanda yang tulis "ITX". Dah ko sampai kat ruang legar Yongsan Station, ko tanyalah orang kat situ mana nak beli tiket ITX. Kalau kau risau x jumpa orang yang boleh cakap English, ko cari orang2 yang pakai selempang merah (ala yang macam sash Miss World tu lah). Dorang leh tolong kasitau mana nak beli tiket ITX tu. Sampai kat kaunter, cakap ko nak beli tiket ke Gapyeong Station. Harga dia dalam KRW5 400 kalau x silap aku. Yang jual tiket tu akan kasitau kena naik kat platform no berapa apa semua. Dan kena beli pakai cash, xleh guna T-money. Ada ticket machine jugak untuk ITX ni kalau x silap, tapi aku x perasan kat mana tempatnya kat Yongsan Station ni. Kalau naik ITX perjalanan ko yang 2jam tadi, akan jadi lebih kurang 1 jam. Mejik tak?
Apa ITX train tu? Haaaaaa sini cheq nak habaq pi kat hang. Dia macam bullet train kat Japan tu lah, tapi idoklah selaju itu. Tapi dia lagi laju dari trains marhaen yang ko biasa naik kehulu-kehilir kat Seoul tu. Dan stops dia kurang. Sebab itu perjalanan ko jadi lebih singkat. Dan sebab tu jugak dia mahal sikit dari kalau ko naik train yang biasa tu. Alaaaa sikit jer mahal dia. Beza dalam KRW2 000 = RM7.60 kot. Tapi masa ko jimat banyak. Dan train ni lagi selesa sebab dia macam ets atau KLIA transit. Ko beli tiket, mmg dah ada assigned seat no. Tapi kalau ko lambat, maybe seats dah abis so ko terpaksa berdiri lah sepanjang perjalanan. Cemana nak pastikan ko confirm dapat seat? Maka silalah booking awal secara online kat website dia ni. Tapi ingat, kalau ko dah book online sekalipun, ko still kena datang awal kat station tu untuk tukar tiket online ko tu kepada tiket yang physical/printed punya. Xleh pakai tunjuk yang kat dalam online booking ko jer untuk naik train tu.
Kat website Let's Korail tu jugak tadi, ko boleh guna untuk check pukul brp train tu bertolak dari station yang ko nak naik, supaya ko leh arrange masa ko nak kena sampai sana. Sebab dia ada timing dia sendiri (30minit-1jam sekali kalau aku x silap), bukannya sentiasa ada setiap beberapa minit macam train yang biasa tu. Jadi macam aku aritu nak naik train pukul 8:45am, maka aku keluarlah dari hotel kul8. Walaupun hotel dekat ngan Myeongdong Station dan hanya 4 stations away dengan hanya sekali tukar train, kena ambik kira jugaklah nak mencari kaunter apa semua, queue nak beli tiket, dok pusing2 cari platform. 1st timer katenyer kan. Maka rancanglah perjalanan anda dengan bijak. Actually ITX ni ada beberapa stations yang ko boleh naik sekitar Seoul. Yang paling famous orang naik kat Cheongnyangni Station. Tapi bila aku check, yang paling dekat dengan Myeongdong ialah kat Yongsan Station, aku naik ITX ikut situ jer lah. Lagipun nak ke Cheongnyangni tu pun kena tukar lines beberapa kali. Itu yang paling aku x larat.
Kenapa kena berenti kat Gapyeong Station? Sebab inilah train station terdekat kalau ko nak ke Nami Island. Sampai jer kat Gapyeong Station, ko keluar jer dari bangunan station/terminal tu, ko akan nampak bus stop kat depan tu dalam 20meter. Xyah seberang jalan. Bus stop yang kat seberang jalan tu untuk naik bus lain. Ni kita nak naik Gapyeong Tour Bus (GTB). Masa ni adalah 2 orang pompuan Philippines anak-beranak nak tunjuk terer, sampai2 jer terus dia seberang jalan n tunjuk muka kekwat kat aku, padahal masa kat Yongsan Station tadi dia dah malu sekali sebab pakai redah jer pegi ITX train platform tanpa beli tiket dulu. Nasib baik aku kasitau awal dan train x sampai lagi, maka kenalah dorang keluar balik ke ruang legar Yongsan Station untuk beli tiket. Ni kondifen jer tunggu kat bus stop seberang, sekali bas sampai situ n dorang naik, kena turun balik sebab bukan bus tu yang nak bawak pegi Nami. Padan muka ko 2 beranak. Btw, GTB ni bayar sekali KRW6 000, ko leh naik pusing2 dan turun-naik semua bus stops yang ada di daerah Gapyeong tu ikut suka kau tanpa perlu beli tiket baru sepanjang hari tu. Jadi ko kena simpan tiket tu sebab everytime ko nak naik bas kena tunjuk kat driver. Sebelah kanan bus stop tu ada "pondok" tourist information centre, ko leh ambik brochure pasal Gapyeong, dan ada jugak pamphlet pasal GTB tu yang ada tunjuk jadual perjalanan bas dan stops dia. Ingat, kat sini semua punctual. Ko kena tepati masa yang dorang letak tu.
GTB pun sampai dalam kul10:10am camtu, tiket bayar kat driver jer. Dari Gapyeong Station tu ke Nami aku rasa 3 bus stops away dan dalam 15minit kot. Salah satu bus stop sebelum sampai Nami tu adalah berenti kat tempat nak main rail bike tu. Maybe yang selalu tengok Running Man tau lah kot. Aku tak pernah tengok pun. Dalam bus akan ada staff yang akan anounce next station lah apa lah info2 sikit pasal daerah Gapyeong tu. Sampai jer kat bus stop untuk ke Nami, ko kena ingat depan kedai/cafe mana yang dia berentikan ko, sebab situlah ko kena tunggu bus tu lagi bila ko nak sambung perjalanan lepas ko puas pusing Nami nanti. Dia bukan proper bus stop. Just berenti depan cafe jer.
GTB pun sampai dalam kul10:10am camtu, tiket bayar kat driver jer. Dari Gapyeong Station tu ke Nami aku rasa 3 bus stops away dan dalam 15minit kot. Salah satu bus stop sebelum sampai Nami tu adalah berenti kat tempat nak main rail bike tu. Maybe yang selalu tengok Running Man tau lah kot. Aku tak pernah tengok pun. Dalam bus akan ada staff yang akan anounce next station lah apa lah info2 sikit pasal daerah Gapyeong tu. Sampai jer kat bus stop untuk ke Nami, ko kena ingat depan kedai/cafe mana yang dia berentikan ko, sebab situlah ko kena tunggu bus tu lagi bila ko nak sambung perjalanan lepas ko puas pusing Nami nanti. Dia bukan proper bus stop. Just berenti depan cafe jer.
Pastu ko follow the crowd lah ke jeti untuk ke Nami tu dengan menaiki ferry. Memandangkan ferry tu bukan keturunan ko punya, kena beli tiket dulu. Tiket ferry sekaligus bayaran masuk Nami Island sekarang adalah KRW13 000, tiada lagi KRW8 000 macam kebanyakan blogs cakap. Satu lagi cara nak ke Nami Island dari tebing tu ialah dengan naik flying fox dan akan meluncur terus sampai tengah2 Nami Island. Bayaran dalam KRW50 000 x silap. Memandangkan aku ada penyakit "2 KUT" iaitu taKUT dan kedeKUT, makanya aku naik ferry jer lah. Ferry tu ambik masa 7 minit jer untuk sampai seberang, aku dah check timing dia. Pastu satu lagi yang menarik masa beli tiket masuk tu, cashier dia akan siap tanya ko asal negara mana sebab lepas tu dorang akan greet ko dengan bahasa negara asal ko. Macam kalau ko Malaysian, dia akan ucaplah "terima kasih". Small things but meaningful. Aku aritu dia terus tanya, "from Philippines?" dan aku iyakan jer sebab malas nak cakap banyak. Nampak sangat muka aku cam kacukan Catriona Gray ngan Pia Alonzo. **petir**
Ferry nak ke Nami. Bangga kan bendera Malaysia kat depan sekali. Dan bendera bulan bintang background biru tu lambang Nami Island.
Ramai orang pegi Nami ni. Walaupun aku dah memilih untuk pegi weekdays sebab ramai cakap kalau pegi weekends terlalu ramai ummat kat Nami Islands, aku yang pegi hari Rabu pun dah cukup ramai manusia kat sana. Kat laluan-laluan pokok2 yang tersusun yang viral tu almost xda harapan lah ko nak ambik gambar tanpa diphotobomb oleh makhluk2 tak dikenali. Apatah lagi aku nak pacak tripod bagai kan, memang menaruh harapan zaiton sameon lah. So aku pegi area-area yang x ramai orang, iaitu laluan2 di sekeliling tasik. Tu pun still ada lah jugak beberapa orang di sekitar. Tapi aku buat muka tebal jer lah pacak tripod pastu bergaya aneh-aneh. Bukan dorang kenal aku pun.
Apa yang ada kat Nami Island ni? Xdalah macam theme park ker apa ker. Tapi dia adalah sebuah taman yang besar dan cantik bagi aku. Cantik sangat. Memang aku selalu berangan nak pegi jalan-jalan kat taman camni masa autumn. Kat Malaysia memang xlah aku nak buat sebab panas lah giler. Sini sejuk nyaman jer tak rasa pun jalan jauh-jauh segenap celah pulau tu. Ko malas jalan, ko boleh sewa basikal. Malas nak kayuh? Ko naiklah trem yang pusing pulau tu. Both with cost lah. Kalau ko kedekut nak menikmati keindahan Nami Island tu dengan lebih dekat, dan layan perasan jalan sorang-sorang cam aku, Nami Island ni memang wajib pegi lah. Canteq baq hang! Dalam ko jalan-jalan tu bukan jer nampak suasana cantik, haiwan-haiwan pun pakai lepas jer dalam pulau tu. Haiwan-haiwan comel cam tupai, arnab, kucing jer lah. Janganlah ko ingat dia nak lepaskan buaya, gajah, singa bagai. Bukannya Afrika. Burung-burung yang cantik yang species ko x pernah nampak kat Malaysia pun ada kat sini lepas bebas jer. Xder pipit dan gagak yer. X layak duduk kat Nami. Ostrich jer yang dorang letak dalam kawasan berpagar kat tengah2 pulau Nami ni.
Kat sini xda orang. Aku syak dorang xleh nampak keindahan dalam ketogelan macamni. Aku jer yang dok golek2 sorang snap pic sini.
Kat tempat-tempat camni hampir xda peluang ko nak snap pics tanpa ada orang kat background.
Ni kebetulan jer orang ramai pegi ketepi n aku snap cepat2.
Tupai-tupai kat Nami besar2 Kucing. Siap ada jambul lagi. Gambar arnab-arnab lepas bebas lupa pulak nak snap.
Bahagian-bahagian tepi tasik camni biasanya x ramai orang sangat. Orang lebih tertumpu kat bahagian tengah-tengah pulau.
Pic ni aku amik sebab aku geli hati. Pakcik tu tengah ambik gambar, tiba2 wife dia enterframe pastu posing macam2 kat depan tu. Padahal laki dia dok ambik gambar tupai atas pondok tu, bukan ambik pic dia pun =D
Dah puas ko pusing2 pulau Nami dan bergambar, perut pun dah krok krok, so sini aku nak ajar mana nak cari makan. Kat zon tengah2 pulau ni adalah kawasan yang banyak2 bangunan, kat situ ada bangunan yang terdapat beberapa restaurants. Salah satunya adalah restaurants Asian Cuisines yang Halal. So yang muslim bolehlah makan kat situ. Ada macam2 menu lah, dari makanan Korea ke makanan beberapa negara Asia. Harga dia agak mahal sikit, tapi expected lah kan. Amboiiiii bab makan x pulak ko kedekut yer. Nampak sangat genetic gajah ko kuat. Sebenarnya sekitar pulau ni ada beberapa restaurants, tapi ko kena hati2 walaupun ada lambang bintang dan bulan. Kalau kat Thailand, nampak jer Bintang dan Bulan bermaksud kedai halal kan? Sini tak, sebab Bintang dan Bulan tu adalah logo/simbol Pulau Nami ni. Jadi memana pun memang akan nampak simbol tu, sebab katanya Pulau Nami ni berbentuk bulan sabit, padahal bila tengok map aku rasa pulau ni berbentuk karipap. Serius x tipu. Kau pegi sana ko tengoklah sendiri karipap ker tak karipap Pulau Nami tu. Maka yang halal untuk dimakan adalah kat kedai Asian Cuisines tu. Ada satu lagi iaitu kedai nasi goncang (dosirak) aka Drama Cafe yang kat hujung block yang sama dengan Asian Cuisines tu. Yang tu murah sikit. Tapi sebab ada beberapa blogs yang kata nasi tu cam hanyir sikit sebab dia gaul ngan tuna n telur, so aku x berminat. Aku makan kat Asian Cuisines tu jer lah.
Spicy seafood noodles (Korean delicacy). Agak besar portion dia. Sedap lah jugak. Macam tomyam, tapi x masam dan xda bau daun limau purut. Lebih kurang gitu lah. Tapi octopus besar dalam tu agak seram jugaklah aku nak masukkan dalam mulut =P
Dah lepas makan, aku sambung pusing2 lagi pulau tu ambik-ambik gambar feeling-feeling, sebelum kul2:30 camtu aku naik ferry balik ke seberang, sebab aku nak sambung perjalanan ke Garden of The Morning Calm. Aku tunggu GTB kat tempat aku turun tadi, just lepak2 kat batu besar depan cafe tu jerlah. X masuk cafe tu pun sebab aku ni bukan peminum benda2 manis mahupun kopi sangat. Tapi best jugak cafe tu dia siap pasang speaker kat luar, and main pulak lagu2 dari A Star Is Born ngan Bohemian Rhapsody. Memang layanlah aku duduk kat batu tu dengan cuaca sejuk2 best walaupun agak lama aku tunggu bas, disebabkan aku silap baca dia punya jadual dan confuse dengan info yang dikasitau oleh staff GTB tu masa sampai pagi tadi. Kul3:30 baru GTB tu sampai, n naiklah kitorang. GTB tu menuju ke Petite France. Korang boleh bacalah pasal Petite France ni yer kalau korang berminat, and kalau korang peminat K-Drama n Runningman. Aku x berminat sangat tempat yang etching-etching macamni. Kalau aku nak tengok bangunan2 ala France, aku pegi France terus jer lah kan. Gitchew. Tapi itu pendapat aku jerlah. Ikut korang lah.
Lepas GTB tu dropkan penumpang kat Petite France, dia sambung perjalanan ke Garden of The Morning Calm (GoTMC). Jauh jugak sebenarnya dari Nami Bus Stop tu tadi nak sampai GoTMC sebab GoTMC tu adalah last stop dia sebelum bus tu berpatah balik ikut route dia. Almost sejam jugak. Dengan jalan dia yang berbelok2 macam ular dengan turn-naik bukitnya, aku rasa macam aku dah mabuk darat sikit. Pening kepala aku. Masa tu aku dah rasa nak give up, aku fikir sampai Cheongpyeong Station aku nak berenti dan ambik train balik Seoul jer. Pastu aku takut aku menyesal, sebab dah alang-alang pegi kan. Bukannya pegi Seoul tiap-tiap tahun. Aku bertabah jerlah, sambil layan kepala pusing.
Sampai GoTMC dalam pukul 4:30 petang camtu. Tak ramai yang turun kat situ. Ramai yg dah stop kat Petite France ngan Cheongpyeong Station tadi. Masa jalan dari car park tempat GTB tu dropkan kitorang sampai kaunter ticket, aku fikir nak pusing2 situ sampai 5:30 jerlah. Pastu nak balik. Sampai kaunter, bayar ticket KRW8 000, aku terus masuk. Masuk jer kawasan taman dia, aku dah rasa lain macam. Bukan lain macam yang x best, tapi lain macam yang sgt best. Tempat tu adalah satu taman yang besar, ada macam-macam jenis pokok tanam kat situ. Pastu di setiap ceruk taman, dorang pasang speaker yang mainkan instrumental music yang relaxing. Buat ko rasa macam dalam sebuah spa gergasi. Dan yang paling membuatkan aku teruja, boleh dikatakan segenap GoTMC tu dibalut dengan fairy lights!!! Alaaaaa lampu kecik-kecik untuk hias rumah masa raya tu lah. I'm CRAAAAAAZY about fairy lights!!! Aku syak, sebab tu masa autumn dan dah nak masuk winter, maka kebanyakan pokok-pokok kat situ dah togel. So sebagai cara nak tarik minat orang ke GoTMC masa autumn/winter dorang balut lah pokok, tiang, pagar, jambatan gantung, arca-arca dengan fairy lights. Plus dengan LED flowers yang dorang pacak kat tanah. Boleh kata 90% tempat tu dibaluti lampu. Aku literally stuck kat satu-satu spots sampai 10minit, sebab khayal terpegun tengok lampu2 tu. Dengan soothing music lagi. Dengan bunyi air sungai mengalir sbb GoTMC tu memang di sebelah anak sungai berbatu-batu (ker korang panggil jeram?) yang cantik. Dengan cuaca yang sejuk-sejuk best. Bagi aku suasana tempat tu memang magical. Hilang segala penat and pening kepala aku tadi. Memang rasa tenang setenang tenangnya macam Si Tenang. Kalau kau pegi situ tapi masih ada rasa nak marah, bermaksud hati kau hitam dan penuh noda
Banyak lagi part-part GoTMC ni yang cantik-cantik tapi aku x snap gambar, sebab dok layan kekaguman aku dan menikmati kecantikan dan ke-best-an tempat ni. Snap sikit-sikit sudah, selebihnya simpan dalam otak. Plus, pictures don't do justice dengan tempat ni sebab kalau ko tengok live, 10x ganda lagi cantik (maybe jugak aku yang x terer ambik pic lampu2 camni).
Selit pic sendiri satuuuuuuuu!
Aku yang tadinya berniat nak stay sampai 5:30 jer, terus x jadi. Jalan punya jalan, ambik gambar bagai, sedar2 dah 6:15 dan hari dah gelap sebab sunset kul5:20. Dan paling seram, rupanya kat seluruh taman tu tinggal aku sorang jer! Xda orang lain langsung! Aiyoyo kadawale! Pekerja2 dalam taman yang dok install lampu2 tu pun dah x nampak bayang. Aku punyalah cemas, siap berlari nak pegi ke exit. Dahlah dengan laluan dia yang berbukit-bukau, berlari atas jambatan gantung lagi. Memang rasa macam bertarung nyawa punya penat. Time-time macamni lah aku menyesal jadi gemok. Dengan termengah-mengah, bila aku sampai kat tempat beli tiket tadi n nampak ada pekerja situ baru lah hilang cemas aku. Gitu sekali penangan aku khayal berada kat situ. Kalau korang pergi sorang, janganlah jadi macam aku. Kalau pergi berkumpulan takper, sebab kalau kena cekik hantu pun at least ko kena cekik berjemaah. Kena check jugak masa tutup GoTMC tu masa autumn/winter tu kul berapa, sebab kalau x silap aku lebih awal berbanding spring/summer. Masa aku pegi tu dia tutup kul7pm. Bus GTB tu last bus bertolak dari GoTMC tu kul8pm.
Sampai-sampai aku kat carpark tempat tunggu GTB nampaklah kelibat 2 orang pompuan. Dorang berdua pelancong dari Hong Kong, tertinggal bus yang sebelumnya. Nasib baik ada teman kat situ. Xlah seram sangat. Kul6:45 bas GTB pun jalan. Kali ni aku stop kat Cheongpyeong Station n ambik train kat situ jer sebab lagi dekat ngan GoTMC (dalam 10minit) dan Cheongpyeong Station tu sebenarnya lagi dekat ngan Seoul berbanding Gapyeong Station yang berenti nak pegi Nami pagi tadi. So x perlu nak patah balik 1 jam dengan jalan yang berbelit-belit pusing-pusing pegi Gapyeong Station tu balik semata-mata nak ambik train. Kat Cheongpyeong Station tu pun ada ITX train jugak, tapi bila aku tengok jadual, masa gerak ITX train tu yang paling hampir masa tu ialah kul8pm. So macam lama lagi, maka aku decided naik train yang biasa jer, sebab aku pun kira nak berhenti kat Dongdaemun Station sbb nak dinner kat ikan bakar Dongdaemun yang famous amous tu. Tapi bila dah dalam train, aku rasa maybe xkan sempat nak makan situ sebab dengar kata by 8:30pm kedai2 situ dah nak tutup. Maka aku teruskan jer perjalanan aku sampai Myeongdong terus.
Sampai-sampai aku kat carpark tempat tunggu GTB nampaklah kelibat 2 orang pompuan. Dorang berdua pelancong dari Hong Kong, tertinggal bus yang sebelumnya. Nasib baik ada teman kat situ. Xlah seram sangat. Kul6:45 bas GTB pun jalan. Kali ni aku stop kat Cheongpyeong Station n ambik train kat situ jer sebab lagi dekat ngan GoTMC (dalam 10minit) dan Cheongpyeong Station tu sebenarnya lagi dekat ngan Seoul berbanding Gapyeong Station yang berenti nak pegi Nami pagi tadi. So x perlu nak patah balik 1 jam dengan jalan yang berbelit-belit pusing-pusing pegi Gapyeong Station tu balik semata-mata nak ambik train. Kat Cheongpyeong Station tu pun ada ITX train jugak, tapi bila aku tengok jadual, masa gerak ITX train tu yang paling hampir masa tu ialah kul8pm. So macam lama lagi, maka aku decided naik train yang biasa jer, sebab aku pun kira nak berhenti kat Dongdaemun Station sbb nak dinner kat ikan bakar Dongdaemun yang famous amous tu. Tapi bila dah dalam train, aku rasa maybe xkan sempat nak makan situ sebab dengar kata by 8:30pm kedai2 situ dah nak tutup. Maka aku teruskan jer perjalanan aku sampai Myeongdong terus.
Kat Myeongdong, aku pegi dinner kat Yoogane lagi. Tapi aku pegi Yoogane yang lain pulak. Yang ni, ko jalan masuk kat main entrance Myeongdong Night Market yang Nature Republic/Uniqlo tu, ko belok ambik lorong 1st sebelah kanan. Ko jalan dalam 70metre, ko akan nampak Yoogane kat tingkat 2 sebelah kiri kau. Makan seafood dakgalbi lagi lah. Tapi aku kali ni tambah mozarella cheese, sebab saja nak rasa. X sedap pun. Xyah cuba2 lah. Makan yang biasa jer sudah. This particular Yoogane outlet tutup kul2:00am. Yang lain tutup 10:00pm. So kalau tetengah malam kalau lapar x hengat maka bolehlah terjah outlet yang satu ni. Btw, kat Kuching pun dah ada bukak Yoogane jugak kat Vivacity Mall (tingkat P7, sebelah Kenny Rogers), franchise outlet utk yang kat Korea tu. Tapi masaelahnya harga dia pun macam kat Seoul jugak. Satu portion Seafood Dakgalbi tu RM24 camtu. Gila mahal kan. Dengan Kuching yang pilihan makanannya yang berjuta-juta lemon, rasa lagi sedap dan murah, aku syakwasangka Yoogane tu xkan bertahan lama lah kat Kuching.
See. Yang satu ni memang tutup kul 2pagi.
Lepas dinner kat Yoogane tu aku redah Myeongdong Night Market tu lagi untuk makan stoberi cekelat, dan beberapa lagi streetfood dia yang aku x sempat rasa lagi malam-malam sebelum tu. Pastu aku balik hotel, untuk collect balik aku nyer key deposit kat receptionist sebab counter dia tutup kul 12am dan akan beroperasi balik kul 6am, sedangkan aku dah nak kena gerak ke airport sebelum subuh. Dapat jer deposit aku balik, aku balik bilik, buat last kopek nyer packing and timbang luggage, pastu siap2 tido. Tu pun tido-tido ayam jer sebab takut terbabas bangun nak ke airport. Perjalanan balik tu aku sambung cerita kat final entry pasal Seoul yer. Babai for now!
Ciao!
Ee
Comments
Post a Comment