SEOUL: PREPARATION (NOVEMBER 2018)

Honestly, Seoul adalah satu tempat yang aku tak terfikir akan pergi. Sbb? Aku x berminat dengan makanannya, not the culture, apatah lagi K-Pop n K-drama. Movie dia satu jer aku ingat, Seducing Mr Perfect. Tu memang zaman Parameswara lah kot. Jadi bila borak-borak ngan orang pasal travel, and bila orang tanya (and kinda selalu jugak kena tanya) "ko xnak pegi Seoul ker?" aku akan cebik bibir dalam hati. Kalau aku cebik bibir depan2 kang kena hentak dengan tumbler Starbuck pulak. Sebab memang tak minat langsung and couldnt find tarikan untuk aku ke sana.

Bila masuk time nak planning mana nak pegi for 2018 nyer year end trip, aku rasa it's time for me untuk merasa autumn/winter. Tak pernah woi! Walaupun aku dah berjinak-jinak dengan hobby travelling ni selama 11 tahun. Cari punya cari punya cari tiket yang paling murah dan match ngan travelling date aku, tetap Seoul jugak yang paling murah. 1st timer pegi autumn/winter kan, kenalah cari yang paling murah dulu. Sebab nak kena kira beli winter jacket lagi, sweater lagi, boots, winter innerwear, gloves apalah apalah lagi. Macam-macam. Lagi-lagi aku travel sorang. So hotels n makan pun dah kena sendirian berhad. So end up, Seoul pun Seoul lah.

TIKET
Like most travellers, aku beli tiket almost setahun awal. Naik Air Asia X, tiket RM800 return tak termasuk luggage, seat n makan via KLIA2-Incheon. Kira murah lah tu untuk cuti sekolah. Ko nak tiket return RM200, ko goda lah Tony Fernandes. Sebenarnya masa cari-cari tiket tu ada jumpa MAS return RM1 100, tapi sebab aku lambat dok fikir Seoul-ker-tak-Seoul-ker-tak, yang RM 1.1k tu lesap maka tinggal lah yang RM1.5k. Padan muka aku.

Dan bagi yang dari Borneo, korang leh pegi via Kota Kinabalu jugak sebenarnya. Naik Jeju Air. Budget airlines cam AA jugak lah. Lagi dekat sebab flight 4 jam jer. Kalau dari KLIA2 flight 6 jam. Ntah kenapa aku gatal nak naik via KUL pun aku x pasti. Maybe sbb aku x percaya budget airlines lain especially for long haul flights, selepas pengalaman naik Jet Star from Sgpore to Penang. Yang tu nasib baik dekat. Atau maybe jugak aku memang dasar gatal semenjak azali.


HOTEL
Hostel memang aku xnak. Sbb bila travel aku x suka share bilik mandi n toilet, n tido di kalangan orang-orang yang aku tak kenal. Dan bila ada bilik sendiri senanglah aku nak berNashaaziz ker, berChuasoilek ker dan senang sepahkan letak barang. Tapi ni semua depends ngan dayatahan dan budget masing-masing lah kan

Aku aritu stay kat 57 Myeongdong Hostel (nama lama dia Philstay). Nama jer Hostel, tapi bilik dia bilik hotel sebenarnya. Almost RM300 jugaklah per night, n aku booked via Agoda. Napa nak stay sini sedangkan boleh dapat hotel yang lagi best dengan harga yang sama? AKU PUNYA SUKALAH! Boleh tak macamtu?




2 pics ni aku culik dari Google.
So ini lah bilik yang aku dapat aritu. Mmg exactly mcm gambar, bukan vokal sekadar rupa. Bilik kecik adalah perkara biasa di Seoul, lagi2 kalau kalau kau duduk di kawasan hot mcm Myeongdong. Tapi katil dia sangat selesa serious tak tipu dan besar. Ko boleh berakrobatik terlampau di atas tu dengan selesanya. Bawah katil ada ruangan untuk letak luggage. Antara katil dengan pintu tu boleh letak banyak barang. Tapi kalau ko stay berdua, takyah lah nak buat kerja packing-unpack secara berjemaah. Bergilir lah. Kalau nak sangat ko buat lah di tengah jalan Myeongdong tu biar orang Korea kasi kau tepukan gemuruh. Ada shelf lagi untuk ko susun-susun barang, rak tu pun dapat susun barang n gantung/jemur baju. Size bilik mandi dia decent bagi aku. Xlah besar cam St Regis yang bilik mandinya lagi besar dari flat PPRT, tapi idoklah sekecik bilik mandi/toilet aku kat universiti dulu yang kena keluar masuk secara mengundur. So overall bagi aku bilik dia selesa lah. Ni aku amik double deluxe. Dia ada yg lagi economy lah which is kecik sikit. Ada jugak yg mmg untuk single traveller (1 single bed), dan paling besar bilik utk 3 orang. So ikut budget n kesesuaian korang lah.

Pastu dia ada bagi breakfast secara buffet. Terus ko terbayang boleh mengketadarah nasik lemak 2 pinggan letak sosej2 kerdil, mee goreng, pastu eksyen homputeh nak omelete padahal wajah ko sesuai makan telur mata jer kan. Ko hentikan ilusi ko sekarang. Menu dia cereals n susu, toast ada butter n jam/marmalade, salad n condiments, buah-buah, cheese, ada harinya dia letak telur rebus jugak, ada harinya dia letak keledek kukus kulit purple isi kuning yang sedap masyaAllah tu, pastu ada hari dia letak bubur nasi, ada hari letak mcm pengat labu. Sosej n ham pun ada, tapi aku tak tahu lah tu ham n sosej babi ker apa sbb x tanya. N coffee free flow all day long. Ada microwave oven, n oven kecik yang ko boleh guna bila-bila masa jugak. Periuk nasi pun ada kalau x silap aku. So kira meriahlah kan? Maka ko makanlah apa yg ko x was-was nak makan. Bagi yang muslim x payahlah teruja sangat tengok ham dan sosej tu, atau bubur nasi kalau ada rupa2 daging/ayam di dalam tu. Yang non-muslim, ko enjoylah sepuasnya. Kau nak makan receptionist tu sekali macam hantu Train To Busan pun dipersilakan. So basically dah jimat bnyk untuk breakfast. Ko harus ingat yer, mineral water 500ml jer pun dah KRW1000 = RM3.80. Sekali makan paling-paling murah pun RM28. So masa kat sana bfast tu aku makan semua yg boleh aku makan kat hotel, pastu kadang2 lunch pun aku x makan dah sbb kenyang. Jimat kan? Padahal aku tipu jer. Ada sekali jer aku x lunch kat luar. Hari-hari lain tu aku lunch jugak atas alasan "nak merasa". Dasar.

Yang paling pentingggggg location. Location hotel ni best nak mamp. Keluar jer pintu hotel, mmg dah berada dalam night market Myeongdong yang famous amous tu. Pastu dia kat tepi jalan besar Myeongdong. Train station (Myeongdong Station - 2 stations away from Seoul Station) 50 meter dari hotel (exit 5 paling dekat, tapi aku selalu guna exit 7 sebab ada escalator), airport limousine bus punya bus stop pun dalam 70 meter dari hotel (dekat ngan exit 8 Myeongdong station, depan Skypark III Hotel), sebelah Skypark III tu jugak ada L7 Hotel, tempat pickup untuk Snow Bus pegi ke Yongpyong ngan Alpensia Ski Resort. Kalau nak pegi Everland theme park, ada bus pick up depan Prince Hotel kat seberang Skypark III tu (dekat exit 2 Myeongdong Station). Nak pegi Namsan tower? Jalan kaki jer dari hotel, x sampai 10 minit dah sampai Namsan Oreumi (macam lift) untuk naik ke cable car station yg bawa naik ke Namsan tu. Nak pegi Namdaemun Market untuk shopping? Jalan kaki jer dari hotel 10 minit dah sampai. So nikmat Tuhan yang mana yang hendak kau dustakan? Gitu. Dan kalau ko perasan atau dah buat research, kebanyakan guesthouse especially area Itaewon dan Myeongdong ni jugak, letaknya kat kawasan berbukit. So menonggek lah ko masa nak balik guesthouse. Lagi2 lepas penat berjalan seharian. Azab. 57 Myeongdong Hostel ni tak. Dia jalan mendatar jer dari train station/bus stop. Nikmat dah kat situ. Masa aku balik dari Namsan lalu celah2 bangunan/guesthouse/kedai, nampaklah ada pelancong2 yang baru datang heret beg besar gedabak dengan menonggek bukit ke guesthouse. Tengok keadaan macamtu, buat aku terfikir dosa apalah yang dia dah buat sehingga Tuhan duga dia mcmtu sekali. Matilah.

So pendek kata hotel ni memang aku recommend sangatlah untuk tinggal kat sana, provided budget dan kehendak kita sama lah. Water pressure untuk shower kuat, tingkap besar boleh nampak simpang-empat besar Myeongdong/Namdaemun n Shinsegae Mall. Setiap floor ada water dispenser macam Coway/Cuckoo, and ada penimbang untuk timbang beg. So masa nak packing leh lah timbang siap2 luggage sebelum ko gelabah tetek nak timbang kat airport pastu terkujat ko dah terlebih muatan so nak repack balik kat airport. Leceh. Semua ini boleh dilakukan dengan mudah kat hotel jer. Dia ada letak washing machine jugak kat every floor, free usage. Tapi xder dryer. So senang kalau kau perlu cuci baju. Aku tak try lah sbb walaupun autumn, time aku pegi tu dah ada snow. Kang cuci baju pastu gantung tepi tingkap, baju aku jadi aiskrim.

T-Money
Ni macam Touch and Go lah. Boleh pakai naik train, bus, teksi, limousine bus, even boleh guna untuk beli barang kat 7e/ CU. Tiket ITX train jer xleh, kena beli kat kaunter. Nak top-up (kat sana panggil "recharge". Ko cakap top-up nanti dia x paham, dia ketuk kepala kau dengan susu pisang) boleh buat kat mana2 7e/CU atau train station. Sesetengah kedai henpon pun boleh buat. Kat mana nak beli card ni? Kat 7e/CU ada, kat sesetengah kedai henpon even yang tepi jalan pun ada. Harga? KRW4 000 kot. X pasti. Sbb aku dapat free. Hahaha. Cara nak dapat free? Meh Cikgu Bedah ajar. Ko pergi website Korea Tourism Organisation (KTO), ko register jadi ahli Kaki Korea Club kat website tu, jawablah segala mak nenek kuiz ker questionaire ker apa ker yg dorang buatkan, nanti ko leh redeem utk dapat pakej yang mengandungi T-Money ni sekali. Dalam pakej tu ada bbrapa buku panduan macam restaurant halal/muslim friendly, map, tourist spots yang boleh dipegi, dan jugak booklet discount vouchers. Kalau nasib ko baik, dapatlah vouchers tempat2 yang ko nak pegi n boleh guna. Mcm yg aku dapat aritu satu pun x berkaitan ngan itinerary aku, so aku x pakai. Just guna T-Money jer. N pakej tu kalau x silap aku kena collect by hand kat opis dorang di Menara Hap Seng KL, xleh pos, dan ko mesti dah ada tiket flight (tiket k, bukan boarding pass) untuk ke South Korea. Bawak hardcopy sekali. Kalau ko sesaja nak mintak sebagai hobi, dia tolak ko dari tingkap opis dorang. Aku aritu x pegi pun Menara Hap Seng tu, sbb cousin aku yang kerja situ yang tolong buatkan untuk aku. Nyiahaha. Tq Nikk!

Takyah risau kalau ada baki dalam tu, boleh refund balik bila dah abis trip ko nanti.




**Nota tambahan: aku aritu just isi KRW20 000 jer dalam card tu, and bila balik still boleh refund KRW7 000. Sbb aku kat sana kira 3 hari jer aku full pakai train. Satu hari tu full day kat ski resort so x naik train, n datang n balik guna  airport limousine bus tu aku bayar cash. Bus masa kat area Gapyeong pun aku bayar cash.

ITINERARY
Yang ni ko kena plan siap-siap supaya x membuang masa. Dan kalau boleh print sekali. Nanti dalam next post aku cerita kenapa.

TUKAR DUIT
Yang ni better buat kat Malaysia, sbb untung sikit berbanding tukar kat sana. Aku aritu tukar kat Nu Sentral jer, sbb harga dia lebih sikitttttttt jer dari yang kat Midvalley tu. X kuasa aku nak queue panjang2 kat Midvalley. N aku tukar awal. Aku pegi Seoul hujung Nov, aku tukar duit July. Sbb masa tu aku nampak KRW1000 = RM3.50. Bila dah masuk Oct/Nov, dah jadi KRW1000 = RM3.80. Bijak bestari kan? Aku tukar semua duit keperluan aku kat Malaysia, supaya kat sana x rugi tukaran. N aku activate jugaklah international withdrawal untuk debit card aku, in case of terlebih shopping emergency.

TRAVEL INSURANCE
Ko taulah ni untuk apa kan? Takkan nak kena explain jugak kan? Yang ni aku ambik Kurnia. Ko nak ambik yang lain pun xda sapa nak halang der. Tapi masa kat Seoul aku ada terbaca yang Etiqa lebih bagus sbb dorang satu-satunya yang boleh issue GL masa ko kat luar negara, so x perlu guna duit sendiri n claim bila balik. Yang ni nanti aku baca lebih detail. Kalau betul, maybe travel lain kali leh try Etiqa plak. Walaupun pada hakikatnya aku mintak2 taklah sampai perlu menggunakan insurance. Yer dak?

INFO CARD






Oleh kerana aku travel sorang-sorang, aku prepare benda ni, just in case aku mabok soju x tau jalan balik hotel ker, atau tetiba terperangkap dengan aksi kejar-mengejar ala2 Mission Impossible ker, at least orang tau nak tolong aku macamana. Kalau boleh letaklah jenis darah sekali. Aku x letak sbb x ingat aku jenis darah apa. Haha. Aku rasa jenis A, tapi x pasti. Kang dorang tambah darah A padahal aku darah O, tak memasal badan aku jadi laicikang.

TRAVEL ADAPTER
Yang ini kena ada lah. Setakat ni aku travel lum jumpa lagi negara yg pakai plug 3 pin mcm Malaysia. Kadang2 hotel ada sediakan (with deposit), 7e/CU ada jual, Daiso pun ada jual. Bawaklah extension cable sekali supaya leh charging few gadgets secara berjemaah.

TRAVEL WIFI
Katanya Seoul free wifi ada di mana2. Tapi selalunya, bila ko betul2 memerlukan lah dia xda, kan? So sebagai langkah sedia payung sebelum salji, aku dah book siap2 dari Malaysia. Aku booked pocket wifi kat Travel Recommends. Rate untuk South Korea RM15/day, dan benda tu boleh share untuk 5 gadgets serentak. So kalau pergi berjemaah kira jimatlah. Kalau share 5 orang, pastu yang sorang tu terpecah dari group n sesat xda wifi, nanti balik hotel ko berempat boleh gelakkan dia. Kan terhibur kan. 

Btw, dorang ada pelbagai service lain jugak mcm simcards n sewa power bank. Ko godek lah website dorang tengok apa yang ada. N dorang boleh post kan pocket wifi tu kat kau (with charge), atau self collect kat KLIA, KLIA2, Penang Airport n KK Airport. Aku aritu collect kat KLIA2 jer. Tempat collect dia kat dalam Tune Store yang sebelah Uniqlo/HnM opposite Papagomo Paparich tu. Ada kaunter dia kat situ, bukak 24hours. Pulangkan pun kat situ jer. Tapi self-collect katanya cuma boleh dibuat 3 jam before fly. Tapi aritu, oleh sebab aku sampai airport awal, aku cuba jer nasib collect (masa tu 7jam before flight). Oleh sebab benda tu mmg dah ready kat situ, dia terus kasi jer kat aku time tu jugak.  Senang kerja aku.

So far service benda tu ok lah. Battery pun tahan. Cuma bila ko on kan, dia lambat nak start. Dia akan auto-restart sekali lagi, lepastu baru boleh guna. Aku pun x tau kenapa.

Ada jer company lain yg provide benda yg sama, mcm Wiyo. Kat airport Incheon pun ada offer service tu  (dorang panggil egg wifi) selain simcard. Ada jugak guesthouse yg bagi pinjam egg wifi for free. Tapi ko kena baca review siap2, sbb ada tuan rumah yg offer masa ko booking, tapi sampai sana dia cakap xda sebab rosak. Kwang kwang kwang lah kan. Tu yg aku xnak ambik risk, aku book siap-siap dari Malaysia.

SEOUL SUBWAY APPS
Install siap-siap dalam phone. Banyak membantu cari route nak kesana-kemari. Ko install yang boleh diguna masa offline. Senang. Jangan ko nak berlagak terer sangat just berharapkan subway maps semata-mata especially kalau kau 1st timer. Sbb? Trains dia ada 21 lines. Haaaaaaaa mcm cacing map dia. Even locals pun guna apps mcmni untuk naik train. Ko xyah degil lah. Free jer pon.

AUTUMN/WINTER WEAR
Ni khas untuk yang pegi time sejuk lah. Kalau kau size2 standard, ko beli satu-dua jer kat Malaysia. Sbb kat Namdaemun murah yaammat. Ada yg jual atas meja sorong tu, RM38 jer satu jacket (kat Uniqlo sampai RM400 yer. Travel Universal xyah cakap lagi lah). Yang kat kedai2 pun not bad jugak harga dia. Nak yang fesyen terkini lagi sensasi, ko pergi area Hongdae/Hongik University atau Ewha Woman University. Situ area muda-mudi. Tapi idoklah dia semurah yang di Namdaemun. Aku yang cerewet dan bersaiz gajah beli kat Malaysia, sbb takut xda saiz. Dan malas nak buang masa memilih, sbb aku bab2 memilih pakaian ni, boleh makan tahun jugak baru selesai. Just yang innerwear heatteach Uniqlo tu ko beli kat Malaysia, sbb kat sana mahal dari sini. Aku beli 2 set aritu. Satu set extra warm untuk jalan-jalan biasa, satu set ultra warm untuk aku gi main salji. Bagi aku agak berkesan lah benda tu. Xderlah aku merasa rengsa kesejukan kat sana. (Tapi glove heattech yg knitted jual kat Uniqlo tu x berkesan yer. menyesal beli). Sweater pun aku beli kat Malaysia jer. Bulan ni beli satu, bulan depan beli satu. Nak beli sekaligus mmg kopak lah. Dan ko beli masa season nak bertukar masuk spring. Masa tu kebanyakan kedai jual murah. Ada satu sweater aku tu, masa autumn/winter jual RM110, bila lelong nak masuk spring dia jadi RM25. Bijak bestari macam Siti Puspawangi tak?

Aku rasa takat ni jerlah info2 untuk preraparation kot. Seingat aku lah. Kalau ada lagi aku teringat kemudian, aku update kat post ni. Till then!


Ciao!
Ee  

Comments

Popular Posts