DAPUR EE: SERI MUKA DURIAN
Seri muka mmg kueh faburit aku, plus aku hantu pulut. Pastu sometimes tahun lepas, ada sorang ni introduce kat aku seri muka durian yg mak dia jual. Eh? Seri muka, dahtu ada durian pulak lagi? Double yippiyayey lah kan. Since Kuching skang musim durian (dah penghujung dah pun), maka aku gigihkan diri menggoogle, dan masuk dapur buat sendiri. Ni resipi dia, ada part aku modify dari resipi asal.
BAHAGIAN PULUT
(Ni adalah cara masak pulut yg aku belajar kat Bangkok. Ko tau lah kan kalau bab masak pulut xda sapa bleh lawan orang Thai buat)
2 1/2 cawan beras pulut (rendam semalaman)
2 1/2 cawan santan pekat (kalau guna santan kotak, ko guna 1 1/2 cawan santan+1 cawan air)
1 1/2 sudu teh garam
Cara-cara membikinnya:
1. Kukus beras pulut tadi dalam bekas berlubang (macam tapis besi ker, kain muslin ker. Kalau kau kaya guna tudung Duck yg swarovski tu pun boleh). Kukus dalam 25-30minit camtu.
2. 5 minit sebelum pulut ko tamat masa kukusnya, ko panaskan santan+garam dalam periuk. Guna api kecil jer dan sentiasa kacau slow2 supaya santan ko x berketul/curdle.
3. Bila santan tu dah panas (jangan sampai mendidih), ko tutup api santan tu dan dengan segera ko ambik pulut yg tgh dikukus tadi dan masukkan dalam santan tadi. Kacau cepat2 bagi rata, pastu terus tutup tudung periuk tu. Biarkan at least 15minit.
4. Dalam tempoh tu pulut akan menyerap santan tu. Tapi hanya akan terjadi kalau masa tu santan n pulut dedua panas (Jangan buka api dapur time ni yer. Mampus pulut kau rentung jadi pulut hitam).
Tips: Kalau ko lagi gigih, sebelum ko rendam pulut tu semalaman, ko rebus bunga telang beberapa kuntum sampai mendidih pastu sejukkan airnya. Air warna biru tu ko guna untuk rendam beras pulut ko. Lagi cantik seri muka ko nanti. Tapi kalau ko malas macam aku, maka pulut putih pun boleyhhhh.
BAHAGIAN DURIAN
1 1/2 cawan durian
3/4 cawan gula perang (tapi kalau durian ko jenis manis, guna 1/2 cawan pun ok. Guna brown sugar untuk dapatkan kaler yg cantek dan rasa manis2 lemak)
4 cawan santan pekat (kalau guna santan kotak, guna 2 cawan santan+2 cawan air)
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning (kalau ko nak seri muka warna pink ker purple sukahati kau)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung custard
Caranyer:
1. Masukkan semua benda tu dalam blender dan blend. Tadaaaaa.
2. Sapu acuan (aku suggest acuan 9"×9") dengan minyak sikit, pastu ko ratakan pulut yg dah serap santan tadi kat dalam acuan tu. Tekan-tekankan sikit pulut tu bagi padat. Jangan padat sangat sampai jadi lempeng dah.
3. Tuanglah bancuhan yg dah ko blend tadi ke atas pulut tu. Dahtu tutup acuan ko dengan aluminium foil supaya air kukusan nanti x masuk dalam kuih ko. X berseri muka kuih ko nanti.
4. Kukus lah dalam 45 minit-1 jam camtu guna api sederhana (pastikan pengukus tu dah panas sebelum ko masukkan acuan kuih kau untuk dikukus). Agak2 lah bila ko tengok bahagian atas kuih ko dah x runny lagi kira ok lah tu.
5. Biarkan sejuk betul-betul (4-5jam) sebelum ko potong bagi mengelakkan seri muka ko mengalami tragedi Bukit Antarabangsa.
6. Dah potong tu bedal lah. Apalagi.
Selamat mencuba!
Ciao!
Ee
Comments
Post a Comment