SEOUL: DAY 6 (29 NOVEMBER 2018)

Alamak dah 2019! Nampaknya azam aku nak habiskan cerita pasal Seoul ni sebelum masuk 2019 dah terbabas 1 minggu. Hampeh. Takperlah, since tujuan blog ni pun just untuk info sharing kan. So takperlah terlambat seminggu. Gittew ko punya damage control. Neway, happy new year korang! Mudah-mudahan tahun 2019 ni kita diberikan kesihatan yang baik, moga-moga orang-orang yang kita sayang dan sayang kita juga masih kekal bersama kita, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat, lebih bahagia dari tahun2 sebelumnya, yang masih study mudahan diberikan kecemerlangan, yang masih mencari bekerja mudahan dipercepatkan rezeki kerja, yang sedang bekerja mudahan segalanya baik-baik saja dan dapat suasana kerja yang best dan bos yang best (bos yang best akan menjadikan kerja yg x best jd best, dan bos yang x best akan menjadikan kerja yang best jadi x best. Agree?) serta diberikan kestabilan ekonomi (negara dan persendirian). Mudahan dimurahkan rezeki jugak agar boleh berbakti dengan mak-bapak dan family, kawan-kawan, diri sendiri dan orang-orang yang memerlukan. Dapat travel bebanyak lagi ke tempat best-best jugak! Aameen ya-Rabbal alameen.

Well dah sampai cerita last day kat Seoul. Aku bangun kul3:45am waktu Seoul sebab target nak ambik airport limousine bus yang 1st pagi tu yakni kul4:20pagi. Since aku dah collect key deposit malam sebelumnya, maka pagi tu lepas mandi mekap kemas2 apa semua, aku pegi lobby untuk pulangkan kunci bilik kat counter. Just letak atas counter jer, sebab time 12:00am-6:00am memang xda orang jaga, so receptionist semalam tu cakap just letak jer atas counter. Aku pun menapak lah dalam keheningan dinihari tu ke airport limousine bus stop yang depan Skypark III Hotel Myeongdong tu. Siap terjumpa mamat korea mabuk sorang-sorang jalan terhuyung-hayang masih dengan suits/pakaian opis lagi. Dahsyat kau bang mabuk hari Khamis masih pakai baju kerja subuh-subuh buta. Neway, napa kena ambik bas awal sangat? Sebab flight aku kul9:30 pagi. Kalau ikut time sampai aritu, dari airport ke town almost 1 jam 30minit jugak. So kira-kira kul 6am akan sampai airport. Bolehlah aku nak pegi cari tempat untuk wrap luggage, nak breakfast ker apa ker. Plus ni 1st time nak depart from Seoul/Incheon kan jadi x tahu hujung-pangkal lagi, so better early than sorry lah kiranya.

Sampai kat depan Skypark III Hotel tu dah ada 3 orang dah berbaris kat situ. Ingatkan aku yang paling terer meredah suhu -2'c pada pukul 4am, rupanya ada yang lagi terer. Aku pun join dorang berbaris lah. Masa tunggu bus tu adalah beberapa orang taxi driver approach kitorang ajak naik taxi, tapi xda yang nak. Mahal kot. Ko convert ke RM mau RM200++. Boleh beli tiket kapal terbang. Bila dah dekat2 nak 4:20am, orang pun makin ramai queue dan taxi drivers tu pun blah sebab bus dah nak sampai. Sampai-sampai bus, driver tu akan tanya berhenti terminal mana, sebab senang dia nak arrange luggage kat bawah bus tu. Boleh pulak couple belakang aku jawab dia berenti kat terminal 3. Airport tu ada 2 terminal jer lah giler! Bila driver tu cakap terminal 3 x wujud, dia terus cakap dia terminal 1. Hapo lah. Naik bus, bayar tambang, duduk, pasang seat-belt, bus pun jalan. Baidewei, Myeongdong Station tu adalah last stop bus tu sebelum dia terus meluncur ke airport, so masa bus tu sampai memang dah ada orang dari stops lain dalam bus tu. Kalau full, ko kena tunggu next bus yang akan sampai dalam 8-20minutes. Dia x kasi berdiri dalam bus. Maka bersedialah dengan masa extra supaya ko x jadi orang gila rushing sana-sini kat airport sebab lambat in case ko kena tunggu next bus.

Dalam bus tu mulalah aku feeling2. Macam x sangka sampai jugak aku ke negara 4 musim for the 1st time ever di usia 35 tahun n dah abis trip pun. Setahun aku plan n buat research, dan semuanya dah berakhir. Dapat tengok keindahan autumn, plus dapat main salji plak tu. Memang bersyukur sangat-sangat lah. Plus semua benda yang aku plan Alhamdulillah berjalan lancar. Dengan aku yang x minat n x pernah ambik tau pasal Korea/Seoul sebelum beli tiket flight setahun yang lalu, akhirnya jejak jugak bumi Seoul. "Never Say Never" J.Bieb pesan kan. Dan akhirnya jatuh cinta dengan kecantikan parks/garden dan suasana autumn/winter dia. Skang ni tiap kali aku rengsa berpeluh, mesti hati aku terdetik, "ahhhhhh rindunya cuaca Korea." Bagi aku kalaulah next time nak ke sana lagi, itulah yang akan jadi tumpuan aku. Bandar dia xderlah cantik pun, x macam kalau kau pegi Europe ker hapa (macamlah aku pernah pegi Europe kan). Dia macam Bangkok camtu jer bandar dia. Plus sebagai gajah foodie bagi aku makanan dia x best. Biasa2 jer. Nak makan, still Thailand is debestestindewerl bagi aku. Oh, stoberi cekelat kat Seoul best. Next time aku datang aku nak bawak duit extra untuk makan stoberi dia banyak2 sampai najis aku jadi warna pink. Haha.

Tiba2 bus berenti. Eh rosak ker? Aku tengok tingkap, eh dah sampai airport. Cepat giler. Baru sikit jer aku berangan kot. Tengok jam baru kul 5am. Rupa-rupanya subuh buta macam tu since traffic clear, cepat jer sampai. Aiyark lagi 4.5 jam before flight. Padan muka aku. Haha. Kalau tau tadi boleh jer tambah extra sejam tido. Turun nak ambik luggage, couple "Terminal 3" tadi buat hal lagi. Dia bising2 cakap tu bukan terminal dia. Bila dia check ticket, flight dia kat terminal 2 bukan terminal 1. Aku pulak yang rasa nak penerajang couple tu. Kalau aku reti cakap Korea, aku hasut driver tu sumbatkan dorang berdua kat dalam ruang luggage bus tu. Bongok, baghal, unta! Korang sebagai orang yang bertamadun, janganlah jadi macam dorang berdua. Silalah check betul2 terminal mana flight korang, jangan pakai bantai jer sebelum ko dihantar driver bus tu ke Korea Utara untuk ditembak askar sempadan.

Masuk dalam airport, 1st benda yang aku cari adalah tempat untuk wrap luggage, sebab aku nak wrapkan "beg pelarian" tempat aku sumbat segala souvenir dan baju2 sejuk yang akan memenuhkan luggage utama aku sebab trip aku lepas Seoul tu bersambung ke cuaca Khatulistiwa/tropika pulak **selitkan lagu Amy Mastura - Suria Khatulistiwa di sini. Bila aku google, ada satu company yang buat kat Incheon airport iaitu AREX, sama dengan company express train to n fro Incheon Airport-Seoul Station tu lah. Ko boleh check website dia kat sini. Dia ada service ni kat Seoul Station satu, pastu kat Incheon Airport satu. Tapi bila aku baca dia punya direction kat website untuk cari tempat wrapping tu, macam tingtong jer kepala aku x faham2 direction dia. Sama ada English dia terlalu tinggi tahap Queen Elizabeth atau sebaliknya. So aku pegi information counter n tanya, rupanya kat departure floor tu pun ada jugak. Ko pegi kat row check-in M, ko jalan kebelakang sampai hujung, ko akan nampaklah dia ni:
Hanjin Express katanyaaa

Masa aku sampai tu, wrapping machine tu xda orang yang handle. Ada pekerja sorang tengah bungkus kotak kat dalam. 2-3minit jugaklah aku tercegat kat situ baru mamat tu berenti bungkus kotak and approach aku tanya aku nak apa. Aku cakap nak wrap luggage, dia ambik n start wrap. 20 saat lepastu dah kasi balik, n cakap harga KRW12 000. Gila cepat kan? Mana tak cepat dah dia bungkus macam kesiyal. Yang plastic wrap tu dia pusing 2x jer, pastu dah. Literally tu jer! Dia biar jer hujung plastic tu melambai-lambai x diselotep pun. Ini boleh mendatangkan amarah. Masalahnya kalau aku nak bertekak ngan dia, aku agak dia x faham sangat English. Bahasa Korea aku pulak bahasa Korea purba, nanti dia terkagum pulak. Aku pun berlalu pergi dengan hati yang panas berbaur hampa. Gila ko, KRW12 000 kot. RM45!!! Tak guna punya jantan. Padanlah ko kerja Hanjin Express, service pun cam hanjin. Sakit ati aku. Nasiblah aku teringat dalam beg aku ada masking tape yang aku beli kat Daiso. Maka dengan hati aku yang masih geram, aku duduk tepi kedai dia n sambung wrap dengan selotep mana2 yang boleh. Biar dia tengok, walaupun aku agak dia x ambik port pun. Jadi korang kalau perlu nak wrap luggage, aku suggest ko beli jer selotep ngan cling wrap yang untuk bungkus makanan tu kat Daiso, pastu bungkus sendiri kat hotel. Lagi jimat banyak. RM45 oi. Boleh beli spender Renoma sekotak. Bangang tul. Kalau wrap bebetul xlah aku ralat. Sampai arini aku masih berbaki sakit ati.

Pastu lepas semua-semua drama tak berfaedah tu, aku jalan2 lah pusing depature floor tu menunggu jam 6:30am untuk kaunter check in Air Asia bukak. Sampai aku terjumpa Karan Johar. Alah, director cerita Kuch Kuch Hota Hai ngan Kabhi Khushi Kabhi Gham tu lah. Tapi tak terfikir plak nak panggil dia n ambik gambar. Info tambahan, dari pembacaan aku kat airport ni xda surau. So pepandailah cari sudut sunyi untuk sembahyang yer. 6:30am, check-in, drop luggage, pastu aku melilau cari tempat untuk refund duit dalam T-Money aku. Ada baki lagi dalam KRW8 000. Banyak tu RM30. Aku gi CU yang kat departure floor tu, dorang cakap dorang xleh buat refund, kena pegi yang dekat arrival floor. Baheklah. Nasib masa banyak lagi. So aku gi arrival floor, pegi 7e. 7e tu pun cakap dorang x boleh refund, kena gi CU kat floor yg sama. Nasib dekat jer. So untuk memudahkan korang yang nak refund duit dalam T-Money, CU ni kat arrival floor dekat ngan exit 10. Senang korang nak cari nanti. Baidewei, berdasarkan pembacaan aku jugak, kalau baki dalam tu KRW400 ke bawah xleh refund (RM1.60 jer, xyahlah taik idong masin sangat). N pengalaman kawan aku yang balik Malaysia via Jeju, masa kat airport Jeju duit dia dalam T-Money tu ada baki KRW30 000, pun dorang xnak refund sebab banyak sangat, so dorang paksa beli barang kat CU tu. So kira rugi lah kan. Jadi nasihat aku, masa ko topup aka recharge T-Money tu, ko recharge lah KRW20 000 jer dulu. Kalau x cukup baru lah ko recharge lagi kemudian. Aku yang recharge KRW20 000 tu pun siap ada baki KRW8 000 lagi, sebab aku rasa train kat Seoul tu x makan duit sangat. Most tempat aku perasan, dia charge KRW1 250 jer one way, kecuali yang masa aku balik dari Nami tu.

 Ni CU, bertentangan ngan gate 10 macam kat bawah ni


Dah dapat duit refund, aku pun pegi immigration n custom checking. Kat Korea ni ada arrival card jer yer, departure card xder. X macam negara lain. So xyah cemas in case ko tetiba baru perasan benda tu xda dalam passport ko masa nak balik. Part ni pun ko kena budget masa jugak, sbb kalau nasib kena queue panjang, lama jugak masa dia ambik. Pastu kena jalan jauh lagi dalam airport tu, nak ke departure concourse tu kena naik train lagi. So xyah lah ko nak feeling2 boleh terjah last minute bagai. Kalau ko rasa KLIA2 tu ko kena jalan jauh ke departure gate, yang ini laaaaaagi jauh. So pepandai lah ko estimate masa ko yer.

Bagi yang kebuluran x menyempat2 nak makan nasi lemak Pak Nasser dalam flight, kat dalam departure concourse ni ada satu kedai halal. Dia kat dalam foodcourt Food Republic, dan foodcourt tu letaknya dekat ngan gate 118.
 Ko nampak kan nombor 118 tu? Tapi ko jangan ikut gi bawah plak. Kang ntah sampai ke loji nuklear Korea plak. Ko lalu jer lepas papan info tu, ko akan nampak foodcourt ni ↓ kat sebelah kanan.

Nama kedai halal tu Nimat. Kira ejaan "Nikmat" lah tu aku rasa. Nimat ni serve indian food dipakejkan dengan korean food. Macam dalam satu meal tu ada briyani, pastu ada bulgogi. Atau roti pratha/naan, pastu ada bibimbap camtu. Very the aneh kan? Aku x makan pun. Saja jer ambil gambar untuk info korang. So xleh cakap sedap ker tak. Korang trylah sendiri kalau korang lapar.

 Ni lah Nimat tu. Katanya pinggan mangkuk n cutleries dia diasingkan dari kedai lain. So gunakan tanpa was-was.

Ko nak makan ni pun ada dekat2 situ. Ko anggap jer macam dendeng =P #takkanBeeChengHianghilangdidunia

Flight departed on time dan dengan selamat sampai ke destinasi. Maka tamatlah cerita pasal trip aku ke Seoul. Lepas ni boleh aku cerita pasal tempat lain pulak sebagai info sharing untuk korang, terutamanya pasal Bangkok yang aku dah pergi banyak kali sampai mak aku suggest suruh aku bedah hidung terus. Haha. Tu pun kena tunggu aku rajin ada masa lah keh. Sampai ketemu lagi. Bye!

Eh eh jap jap. Actually masa buat research pasal Seoul, aku ada beli buku ni:
Sekarang aku rasa aku x perlu dah buku ni. So andaikata kalau ada korang yang baca blog ni nak buku ni, aku boleh kasi. Free jer jangan risau. Ko tinggalkan email ko kat ruangan komen, nanti aku contact ko untuk mintak untuk alamat post yer. Untuk orang yang pertama nak dan kasi email jer lah yer.

Berjumpa kita di entri yang lain piuler!

Ciao!
Ee

Comments

  1. salam.. ade lg ke buku ni? sy nk boleh? garlic_90@yahoo.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts