PHUKET (23-26 MARCH 2019)

**Actually entry ni aku dah siapkan Ahad minggu lepas lepas balik dari holiday. Pastu tinggal nak upload pics. Pastu shaiton malas bermaharajalela. Pastu aku tangguhhhhhhhhhhhh sampailah ke hari ini. Pastu aku malas nak edit dah. Ko baca nanti anggap jer lah seolah-olah ditaip Ahad lepas.

Lepas habiskan kerja hakiki tadi, aku plan macam nak gi tengok movie. Banyak cerita aku terlepas sepanjang sebelum aku pergi bercuti dan semasa bercuti. Pastu bila aku dah baring kejap tu, terus shaiton mim alip lam alip sin membiak. Pukul 2 jadi pukul 3 jadi pukul 4 jadi pukul 5 n now dah nak pukul 6 still x gerak2. Dok baringggggggg jer. Kalau bab memalas macamni kasi jerlah kat aku, memang juara bertahan. Then tetiba aku teringat, eh aku ada blog lah! Hik. Gittewkan buat-buat lupa. Hakikatnya lepas entries travel pasal Seoul haritu memang aku x jumpa masa yang sesuai nak ngadap lappy n buat entry. Kerja hakiki tahun ni mcm berlipat ganda pulak. Bila dah balik rumah tu, mmg nafsu aku nak baring jer. Sebelum ni aku selalu ngutuk dalam hati bila bloggers yang berbulan tak update posts dengan alasan kerja banyak, aku tuduh dorang propa. Sekarang hambekkkkkkkk Tuhan balas kat aku. Makanya janji aku kat beberapa orang untuk update post pasal Bangkok sebagai panduan dorang yang nak pegi, tinggal Janji Manismu sahaja buat masa ni.

Tetapi memandangkan baru-baru ni aku baru balik daripada Phuket, maka aku bercadang cerita pasal Phuket dulu, melangkah bendul Bangkok. Lagipun Phuket ni xda banyak benda nak cerita sebab trip kali ini adalah trip malas-malas semata. Gambar-gambar pun tak banyak sbb ambik gambar pun aku malas. So kalau di hujung entry nanti ko rasa entry kali ini adalah sampah-jilaker-sikit-pun-tak-membantu, sukahati ko lah. Bukan ko bayar aku pun khennnn???? Gitu emosi.


1st Day: 23 March 2019

Aku bertolak dari Kuching naik flight 2:45ptg dan sampai di KLIA pukul 4:30 macamtu naik Malindo. Pastu rushing naik erl ke KLIA2 sebab KUL-HKT (code Phuket adalah HKT) aku naik AA. Dah kenapa kan? Sbb yang tu paling murah ler masa aku check. Lagipun timing dia ngam dengan 1st flight aku. So bergigihlah sikit tukar airport bagai. Alah RM2 jer naik erl. Xder hal lah. Cuma kena Amazing Race Asia lah sikit cam jalan lelaju camtuh. Btw KUL-HKT ada AA, Malindo dan MAS so korang usha-ushalah yang mana berkenan di hati dan di poket.

Dah selesai drop luggage, gentayangan lah aku kejap di KLIA2 makan ice cream family mart dan odeng. Kejis xda flavor ciskek. Yang ada matcha ngan latte. Dedua aku x suka. Tapi dalam x suka tu aku beli jugak. Dah tabiat gemok kan. X bleh blah. Pastu terus aku masuk kat terminal sebab x tau nak buat apa dah. Aku ni bukan ko boleh percaya sangat dibiarkan kat tempat yang boleh shopping macamtu walaupun bukannya kaya pon. Flight KUL-HKT aku kul8:10pm dan sepatutnya mengambil masa 1.5hours. Terbang on time, dan sampai awal 25minit. Gituhkan kemain awal. Tetapi yang hampasnya adalah arrival card tidak diberi di dalam flight, maka landed jer di HKT dah satu hal nak rebut-rebut ambik arrival card, rebut-rebut nak isi, rebut-rebut nak queue immigration lagi. Aku cukup tak suka nau kerja rebut-rebut macamtu. Satu lagi tempat yang x kasi card dalam flight adalah Bali. Aku pun x paham kenapa. Ker time korang pegi dia kasi jer bermaksud nasib aku jer suwa-suwey kemoneng?

Ok done membebel. Dah selesai isi arrival card, queue immigration pulak. Kena pulak masa sampai tu ada 3 flight berlainan (satu daripada China) yang sampai time lebih kurang. Hambikkkkkkkk queue dia nunnnnnn sampai ke Antartika. Dan kaunter immigration kat HKT tu pun, katalah adalah 10, 5 adalah untuk semua passport asing manakala 5 lagi adalah KHAS untuk pemegang passport China. Berdaulat kan? Dahlah yang 5 tu dorang jer boleh guna, yang 5 untuk passport lain tu pun dorang conquer jugak. So berganda pulak sakit hati aku. Harapan nak sampai awal dan berehat awal kat hotel perlahan-lahan kabur dari pandangan mata aku.


 Senget pun sengetlah. Malas aku nak edit dah.


Bila dah selesai, dah dapat luggage, aku keluar dari arrival gate 3. Kat luar arrival gate 3 ni ada kaunter kalau ko nak book taxi atau beli tiket minibus (van). One way taxi airport ke Patong beach adalah 800baht manakala minibus 180baht sekepala.  Kelebihan taxi adalah ko boleh sampai terus menuju ke destinasi yeah yeah *que lagu Siti Lije* tapi mahal lah. Minibus murah, tapi halfway dorang akan berenti kat kawasan agent menjual pakej-pakej tour di Phuket. Dorang x paksa ko beli pakej tu, tapi ko kena dengar lah bebelan dorang. Dan adalah dinasihatkan jangan beli, sbb dorang jual pakej tu mahal boleh kata sekaliganda berbanding yang ko boleh cari kat Patong. Selesai dengar tour agent kat tempat tu membebel, korang akan diasingkan mengikut destinasi korang, destinasi yang sama akan dikumpulkan naik minivan yang sama untuk ke hotel korang. So murah, tapi memakan masa. Yerlah, airport ke Patong jer dah 1 jam perjalanan. Ni nak pulak berhenti dengar tour agent promo lagi. Tepuk poket tanya wallet lah.

Sebagai seorang businessman I xda masa untuk semua tu. Businessman taik gigi kau lah. Sebenarnya aku x larat nak berlambat-lambat memandangkan aku tau akan penat connecting flight dari Kuching. Plus kerja-kerja hakiki aku sepanjang sebulan sebelum aku ke Phuket tu memang menyedut banyak tenaga aku, maka aku dah berniat dari Kuching lagi aku memang xnak naik minivan. So aku dah booking taxi siap-siap. Aku booking dengan company Deedee Phuket (<--link ini boleh diclick ya sedara-sedari) yang ada logo gajah warna pink ni. Dorang guna live chat Fb messenger, dan very fast to respond like now now camtu tahap kepantasan dia. Berdasarkan yang aku reccee, dorang adalah sgt reliable dan punctual, maka x perlu takut kena auta. Plus payment adalah dibayar kepada driver ko secara cash, maka x perlu takut kau kena kapur dan security maklumat credit/debit card kau. Dan rate dorang lagi murah dari airport taxi iaitu 750baht. Dan dorang ambik aku haritu naik CRV. Kauuuuuuuuuu terus aku feeling CEO Sufiah Holdings camtu. Begitulah perangai kgdotcom mcm aku bila diberi sedikit nikmat kemewahan terus nak lupa diri.

Maka meluncur lah CRV hitam berkilat itu meluncur laju membelah kegelapan malam menuju ke Patong area. Yer aku pilih stay kat Patong sebab di situlah segala kemeriahan Phuket berpusat. Semua orang yang nak ke Phuket end up akan melepak di situ to enjoy what Phuket has to offer. Tapi kalau kau nak stay tempat yang sunyi damai tenang dengan pantai yang memukau ko boleh pilih area selain Patong seperti Kamala, Surin, Bang Tao dan sebagainya. Sebenarnya Patong--> Kamala-->Surin-->Bang Tao adalah next to each other, tapi x sibuk cam Patong tapi pantai n laut dorang berkali ganda lah cantik berbanding Patong. Baidewei driver tu sangat considerate. Halfway perjalanan tu dia berenti kat stesen minyak n tunjukkan toilet kat aku, walaupun aku x request. Yerlah sejam perjalanan kan, takut penumpang nak terkucil. Aku pegi jugaklah toilet tu. Cantek weh walaupun toilet shell jer. Mengalahkan toilet hotel. Sirius tak tipu. Kagumlah. Macam kencing dalam set video clip Percayalah Siti Lije pulak.

Aku sampai hotel kat Patong dalam kul10:30malam waktu Thai (11:30mlm waktu Malaysia). Dan aku stay kat Rayaburi Hotel Patong. Aku tak taulah berapa bintang mahupun bulan hotel ni. Dia terletak kat shophouse lama, tapi dia menonjol lah dengan design luar dan lobby yang cantik penuh berciri Thai. Check-in process was smooth sebab aku dah booking via Agoda, tapi dorang ada mintak 1000baht untuk key deposit. Tapi hotel ni strict sikit lah. Kalau sebarang cadar/sarung bantal/tuala/bathrob dorang ada permanent stain bekas tattoo ker, henna ker, sunblock ker, mekap ker, dorang consider korang kena beli benda2 yang korang dah kotorkan tu. Dan kalau ko bawak orang lain masuk yang bukan register sekali ngan ko, korang akan dicharge 1000baht (in case ko nak ber-piak-piak-ah-ah-cepap-cepup dengan bintang porno di sana). Since aku yang suci murni pemeringkatan dua kali ni x berniat nak buat tu semua kat sana, so xder hal lah bagi aku.


Beginilah pandangan hotel tu dari luar.

 Hat ni lobby dia

 Aku ambik deluxe room. So dapatlah bilik ni, dengan bath tub yang boleh bukak jendela terus jumpa katil. Yang kreatif-kreatif dalam kepelbagaian aksi-aksi terlampau bolehlah cuba stay bilik ni.
Letak jer bag kat bilik, posing feeling cantik lebih kurang, perut aku pun krok krok mintak diisi. Aku keluar balik. Kat depan hotel tu ada Beyond Night Market, tapi setelah diusha takda satu pun gerai halal. Baidewey sekitar Patong (or Phuket itself) berlambak jer kedai halal sebenarnya, sbb kat Phuket ramai muslim. Tapi bila pergi Thailand aku memang lebih memilih untuk ke night market dari makan kat kedai, kerana di night market tu lah ko jumpa segala keajaiban makanan Thailand. So aku teruskan berjalan sampai ke Bangla Road yang famous amous itu. Tapi Patong agak krik krik malam tu, kerana keesokannya adalah pilihanraya umum Thailand. Kat Thailand, malam sebelum election tak dibenarkan untuk jual alcohols. Atas sebab2 keselamatan kot. So semua bars n clubs tutup. Agaknya semua yang kat Patong malam tu minum teh bunga jer kot bagi kaler feeling2 beer. Haha. Jalan punya jalan kat Bangla Walk tu terjumpa satu night market kat tgh2 Bangla Walk tu. Bangla Bazaar ker apa namanya ntah. Adalah 3 kedai halal situ. Satu jual penkek, dua jual seafood dan makanan goreng2. Aku lat tali lat tali tamplom jer lah pilih kedai. Order nasi goreng nanas ngan sotong stim limau. Dedua tak sedap. Haha kejih. Sabor jer lah. 

Ko jalan dalam Bangla Walk tu, sampai area yang agak tengah2, toleh kiri, ko nampaklah suasana macamni.

Berminyak. Pastu bawang goreng dia rasa cam plastik. Dia gaulkan sekali dalam nasi tu pulak tu. Hampas betul. Yang belakang tu Cha Yen = Thai Iced Tea. Yang tu mmg xkan gagal lah. Org Thai yang gagal buat Cha Yen harus tukar warganegara pergi Angola.


Nampak cam sedap kan? Jangan terpedaya istana kaca ya anak2. X sedap pun. Masam jer lebih . Rasa lain tarak.

Kat sini juga ada banyak stalls yang jual daging buaya. Satay buaya, steak buaya, burger buaya. Korang yang bercitarasa eksotik lagi berani mencuba tu bolehlah cuba try test. Aku tak minat. Aku gilakan Ekor Buaya jer *pekop molot*

Satu yang x seronok kat Phuket ni serba serbi mahal. Walaupun pasar malam, still aku rasa harga makanan dia mahal. Lagi mahal dari Bangkok, Krabi, Pattaya mahupun Koh Lipe. So lepas kenyang aku pun direct balik hotel. Krooh krooh.


2nd Day: 24 March 2019

Bangun tido aku golek2. Dah lapar pastu aku gi lobby untuk breakfast. Breakfast tu complimetary, tapi malang yer Mala, ada menghidangkan oink oink. Jadi xlah aku kenyang. Tetapi sebab malas, aku naik bilik semula. Aku memilih untuk berendam dalam bath tub. Dah namanya pun trip malas-malas kan. Sedar x sedar, berendam punya berendam sambil layan series kat phone, rupanya dah 4 jam aku dalam bath tub tu. Kecut segala benda yang boleh kecut. Perut pun dari lagu keroncong dia dah main lagu death metal memuja syaitan dah. Mandi, siap2, turun. Tanya kat lobby cemana nak pegi Malin Plaza. Receptionist cakap kalau malas sewa motor, naik tuk tuk jerlah. Aku xnak sewa motor sebab kena letak passport sbg cagaran. Walaupun semua orang buat kat Phuket, aku macam paranoid sikit kasi orang pegang passport aku. So aku naiklah tuk tuk. Tanya driver tuk tuk brp charge dari Patong ke Malin Plaza, dia cakap 200 baht = RM26hengget. Aku pejam mata dan terima jer dengan hati yang paksarela. Kenapa x ambik Grab? Ko tau Patong-->Malin Plaza tu dia charge 440 baht = RM57! Tak ker tahap lanun punya charge? Tapi aku memang dah baca siap-siap lah yang rate Grab di Phuket adalah yang paling mahal di Thailand, tapi tak pulak aku menyangka harga iblis macamtu sekali. Padahal Patong-->Malin Plaza tu 5 minit jer hokeh. Paling2 pun 7 minit lah. Memang xkan sampai 10minit. Tu yang aku terpaksa redha jer dengan harga tuk tuk tu. Tapi tuk tuk tu besar lah. Dia bukan yang guna motorsikal elektrik macam kat Bangkok tu. Dia guna lori kecik, so sebenarnya dia lebih kepada songthaew yang diguna kat Krabi. So naik sorang-sorang cam aku, merasa lahhhhhh harga camtu.

Kenapa nak ke Malin Plaza? Sebab situ adalah market yang ala2 night market tapi bukak seawal ashaari pukul2 petang sampai 12 tgh malam. So aku nak lunch di situ. Nama jer plaza, tapi dia x plaza pun. Satu kawasan berbumbung dengan meja ala2 pasar ikan, tapi jual makanan. Ada jugaklah kedai2 yang jual baju dan souvenir. Banyak jugaklah kedai halal kat Malin Plaza ni. Ada jual goreng2, tom yam, seafood, western food, kebab, popia goreng, ice cream kelapa dan beberapa lagi lah yang aku tak ingat. So kiranya Malin Plaza ni memang aku suggest sebagai wajib pergi kalau nak cari makan di Phuket.

Aku decided nak makan pulut ayam goreng (50baht), pulut itik roasted (100baht) dan mango juice (40baht). Serius sedap. Sangat berbaloi dengan harga dia. X nyesal naik tuktuk ke sini. Pastu aku try ice cream kelapa dia. Tapi yang ni gagal. X rasa pun kelapa dia. Rasa macam ice cream vanilla jer lebih. 80baht pulak tu. X boleh lawan dengan yang kat Chatuchak di Bangkok yang beharga 50baht sajork. So ice cream kelapa tu aku suggest takyah. Pada pendapat aku kat Malin Plaza ni harga makanan paling murah ikut standard harga Patong.

 Cam sedap kannnnnn? Memang sedap nyehhhh. Menjilat kaki aku cakap. Tapi kalau pulut tu dia kasi bawang goreng, lagi lah sedap tahap menjilatttttttt kbai. Mango juice tu memang sepure-pure alam. Kalau itu pun ko cakap x pure better ko kokak jer batang pokok mangga kat rumah kau. Kat depan kedai roasted duck ni jer kedai juice tu. Buleh kecek kelate, orang Pattani.

 Ko tengok roasted duck tu. Sekor 300baht = RM39 jer keh. Kat Kuching pun xleh cari roasted duck harga camtu. Dahla nak cari yang halal punya lah susah. Kalo aku jadi orang Phuket, hari-hari aku makan ni sampai aku boleh berbual ngan itik.

 Ini pun ko jangan terpedaya istana kaca. X sedap pon. Not to say x sedap rasa keji, but mmg x rasa pun tu aiskrim kelapa. So x payah gigih.


Antara kedai-kedai halal yang lain yang ada kat Malin Plaza tu. Ada beberapa lagi sebenarnya. Ada yang tutup, ada yang aku malas ambik gambar. Kalau malam semua bukak. So lagi banyak choice ko nak makan halal kat situ.

Pas kenyang, aku balik hotel lagi sambung golek2. Petang sikit dalam kul5:45 macamtu aku gerak gi Patong Beach. Keluar hotel, belok kanan, jalan lurus x sampai 5 minit dah sampai pantai. Patong beach ni adalah yang paling kurang cantik berbanding semua pantai di Phuket, tetapi paling ramai ummat sebab di pusat kemeriahan Phuket. Dalam aku cakap kurang cantik tu, cantiklah jugak berbanding pantai yang ada kat Kuching ni. Tetap jugaklah air nya biru-biru nila gitu. Air laut kat Kuching ni ko letak dalam gelas silap2 ko ingat air tebu. Penuh manusia kat sini. Berjemur, berenang, main jet ski, banana boat, para sailing. Macam Feringghi kat penang lah. Aku pegi just nak cuci mata jer. Memang tercuci sungguh lah mata aku. Cakap banyak pun x guna. Korang kena gi cuci mata sendiri, baru korang tau bersih cemana tak tau nak habaq pi lah. Hik.


Sunset di Patong Beach. Win kan?
Lepas matahari turun, aku menapak ke Bangla Walk. Hari ni dah boleh jual alcohol balik. So dah kembali meriah lah Bangla Walk. Kul6:30 dah ramai dah berjimba kat situ. Promoter-promoter ping-pong show pun dah berkeliaran cari pelanggan. Apa ping-pong show? Kalau ko tak tau, nanti ko gi sana ko tau lah. Sejenis sukan rakyat. Hik. Tapi dari kebanyakan blogs yang aku baca, mostly cakap tahap hedonism di Bangla Walk tu dahsyat. Tak cukup dahsyat lagi sebenarnya ya wahai adik-adik sekalian. Kalau ko nak tau ertikata hedonism versi Thailand yang sebenar, ko pegi Walking Street di Pattaya. Kat situ dengan aku yang semi-durjana ni sekali seram tengok aktiviti manusia kat Pattaya tu. Memang gila babeng punya. 

Baidewei, aku ke Bangla Walk tu bukanlah nak berpestamudamudi. Dah tetua ni nafsu berpestamudamudi dah kurang. Aku sebenarnya nak ke mall yang terbesar di Phuket iaitu Jungceylon. Cara nak ke sana, ko jalannnnnnn sampai hujung Bangla Walk tu sampai jumpa jalan besar, ko toleh kanan belah seberang jalan maka itulah Jungceylon. Sungguh besar lah, aku rasa dia lagi besar dari The Curve. Ataupun lagi besar dari Vivacity kat Kuching. Target utama ke Jungceylon adalah untuk cocok duit kat atm CIMB. Kat Jungceylon tu yang ada atm CIMB terdekat area Patong. Aku kalau pegi Thailand memang biasanya x tukar duit banyak. Sebab rate international withdrawal guna atm CIMB Thai lagi murah. Provided ko memang ada acc CIMB dan dah buat setup untuk buat international withdrawal. Cemana nak buat? CIMB clicks jer. Takpun kat atm CIMB masa ko kat Malaysia boleh set. Nak cocok duit kat atm bank lain boleh jer, merata kat Patong tu especially UOB, Kungsri Bank ngan Siam Commercial Bank. Tapi ko akan kena service charge RM11 setiap kali withdrawal lah. Kalau guna card CIMB cocok kat atm CIMB Thai free jer xder service charge, just beza currency exchange jerlah. Tu pun exchange rate dia murah. Lagi satu sebab aku selalu guna cara tu masa gi Thailand (Bangkok, Krabi, Pattaya. Koh Lipe xda CIMB Thai) adalah supaya aku cuma keluarkan duit cukup2 untuk digunakan jer. So xlah sibuk nak tukar ke RM lagi kalau ada lebihan Baht masa dah balik Malaysia nanti. Akan jadi 2x rugi kat money changer kalau macamtu. Atm CIMB kat Jungceylon ni bukan kat belah depan yang ngadap Bangla Walk tu. Dia kat the other end (belah entrance Robinson). Atm tu kat belah luar tepi jalan jer. So ko kena redah Jungceylon tu sampai ke hujung satu lagi. Ko boleh google "CIMB atm/exchange Jungceylon" dahtu dapatlah ko direction nya nanti.
Cengginilah ghopernyer...
Lepas cocok duit, aku terus seberang jalan. Ada apa kat seberang jalan Jungceylon tu? Ada satu lagi night market yang bernama Banzaan Night Market. Dari pagi kul9am sampai tgh malam macamtu, kat Banzaan Market tu memang ada orang jual-jual pun kat bangunan utama dia. Jual pakaian n souvenir, buah-buah, sayur-mayur dan paling utama jual seafood fresh mentah . Caranya ko beli dulu seafood/sayur yang ko nak kat bawah, pastu ko cari kedai yang ko nak kat tingkat atas (ada 1 kedai halal) untuk dimasakkan (with charges). Seafood dia segala macam mahkluk air ko boleh jumpa. Aquaman ngan Mera jer dorang tak jual. Meriah. Tapi bagi aku mahal lah sebab aku kan orang Kuching, seafood kat Kuching murah kot. Tapi kalau korang dari tempat lain cam KL ker mana ker, mungkin akan rasa harga dia ok-ok sebab aku perasan harga dia sekali ganda dari harga seafood kat Kch. Night market dia pulak akan mula start meriah dari kul6 petang. Typical night market lah cuma special sebab ada kedai jual seafood dan goreng2 yang ada meja yang korang boleh duduk makan kat situ. Pusing-punya-pusing, aku jumpa 3 kedai halal jer kat situ. Satu kedai seafood+goreng-goreng nama Mimi, satu lagi jual yang sama jugak nama Fareeda, dan satu lagi akak jual banana pancake. So aku memang x berniat nak makan seafood, nak makan goreng2 macam kenyang pulak lepas makan kat Malin Plaza tadi. So aku just beli pulut mangga ngan banana pancake. Dalam kenyang katenyer membeli jugak tu. But banana pancake akak tu memang win lah weh. Sedappp even lagi sedap dari yang kat Krabi punya. Crunchy, tak macam yang lain selalu cam roti canai kan. Tak kedekut letak bahan2 plak tu. Selalu ko baca blog orang cakap pegi Thailand kena try banana+nutella pancake kan? Kat akak ni aku request banana+peanut butter+nutella. Pastu bila dah siap dia drizzlekan lagi dengan choc sauce. Memang nikmat tahap tersumbat jantung lah. Dan dia jual paling murah 60 baht jer bilamana kedai lain jual 100baht.
 Ni kedai Fareeda

 Ni kedai Mimi (macamlah korang x reti baca papan tanda kan)

Ni kedai akak penkek terhebat seantero alam Phuket.
Dapat pulut mangga dan pancake aku, aku menapak balik hotel. Kena lalu balik Bangla Walk tu. Malas nak layan kerlipan lampu neon. Dalam perjalanan balik tu ada sorang "akak" kedai urut tahan aku ajak urut. Aku masa tu pakai singlet Muay Thai. "Come come. Go inside. We can boxing together." Boxing nenek kau lah. Aku ajak ko main lukis-lukis kening baru kau tau. Hik.

Day 2 pun habis dengan memakan pulut mangga dan pancake sambil layan series kat bilik hotel.


Day 3: 25 March 2019

Hari malas yang ketiga. Haha. Bangun tido, golek2, pastu aku naik tingkat 5 hotel tu. Dia ada sauna dan open air jacuzzi free jer untuk guest hotel tu. So berendam lah aku sampai tengahari kat jacuzzi tu sambil layan series kat phone. Aku sorang jer keh. Guests lain x berminat kot. Lagi pulak kat Phuket ni siang-siang kebanyakannya pegi beraktiviti. Island hopping lah, naik gajah lah, kayakking lah, tour old town lah, ronda-ronda naik motor keliling Phuket lah. Even malam pun ada cultural show macam Fantasea ngan Siam Niramit. Aku jer yang malas. Sampai tour agent yang bukak kaunter kat lobby hotel Rayaburi tu pun cakap dia heran tengok aku x kemana-mana unlike orang lain yang datang Phuket. Baidewei, berdasarkan review yang aku baca, tour agent yang kat lobby Rayaburi tu antara yang termurah kat Patong katanya. Lagi2 kalau ko guest Rayaburi, boleh dapat sampai 50% berbanding tour agent yang lain yang ko boleh jumpa sekitar Patong. So kalau ko memang berniat nak beraktiviti di Phuket, ko leh try jumpa dia kat lobby Rayaburi Hotel Patong.
So nice kan the jacuzzi. Hilang segala benda yang serabut dalam kepala otak aku masa tu, hanyut bersama buih-buih jacuzzi tu. Dia ada sauna jugak, tapi aku tak try. Phuket tu panas lah giler. X payah nak fefeeling nak bersauna sangat.
Bila perut pun dah seperti genderang mau perang, aku siap-siap dan sekali lagi jalan kaki ke Jungceylon. Kalini nak try makan kat food court dia. Foodcourt dia letaknya kat bawah (level LG). Ada 3 kedai halal kat food court dok sebelah menyebelah. Aku try seafood tomyam ngan popia ayam dia. Aiyooooo x sedaplah. Jangankan kata nak setaraf ngan tomyam Yana kat Bangkok, dengan tomyam aku masak sendiri pun dia boleh kalah hatrick. Popia ayam tu pun ntahapapa. N harga mahalllll sekali ganda berbanding makan kat Malin Plaza. Tapi licin jugak. Sbb lapar dan xnak membazir dah bayar mahal-mahal kan. So nasihat aku xyah lah makan kat foodcourt Jungceylon tu. Tak berbaloi langsung.
Tengok pic pun ko dah boleh agak tahap kehampehannya.
Presentation jer lebih. Rasa-wise hado.
X puas hati punya pasal, aku ambik tuktuk depan Jungceylon tu mintak pegi Malin Plaza. Beli lagi pulut ayam goreng, pulut itik roasted ngan mango juice sedap nak mamps tu. Tambah lagi popia ayam dia yang setengah harga lagi murah dari food court Jungceylon tadi tapi size lebih besar gedabak (kat Jungceylon jual 120 baht 5 ketoi kecik-kecik, sini jual 50baht 3 ketoi besar-besar dan isi mantop). Oh beli pulut mangga jugak. Puas nafsu makan aku. Tapi tapau lah. Xderlah aku macam keturunan jin larat nak makan lagi kat situ. Tapau untuk makan malam kekdahnya. Kalau dari awal lagi aku direct ke Malin Plaza x rugi duit aku kan. Tapi yerlah, mana aku nak tau makan kat foodcourt Jungceylon tu sedih sebelum tu.

Balik hotel, aku simpan makanan tapau tu, pastu aku turun balik layan sunset dan cuci mata. Abis sunset, aku balik hotel x keluar-keluar dah. Makan kat hotel jer.


Day 4: 26 March 2019

Bangun pagi dengan taik mata sekilo belum mandi aku turun jenjalan ke Patong Beach. Sesaja ambil angin pagi last day sebelum check out. Meriah jugak pepagi camtu walaupun x semeriah sunset. Ada yang jogging, ada yang baring2, ada yang berendam. Siap ada couple homputeh ni pepagi buta berendam sambil togok Singha dengan gf dia topless! I is shocking! Tapi besar lagi tetek aku kot. Kbai.

Dah puas jalan dari hujung ke hujung kat Patong Beach tu, aku balik guna jalan belah dalam dengan harapan ada kedai halal bukak untuk breakfast sepagi sebegitu. Dapat pad thai ker, pulut ayam ker layan jugak kan. Sekali lagi hampas. Misi gagal. Yang aku jumpa cuma kedai kebab kat entrance Bangla Walk jer yang dah beroperasi dan aku 1st customer. Kebab pun kebablah, walaupun memang aku x setuju sangat konsep travel tapi x makan local food. Yerlah sebab aku consider myself as a foodie. 50% itinerary aku biasanya berkisarkan pasal makan. Tapi memandangkan kul12 nanti dah nak checkout, dan kul3:55 flight plus kat airport Phuket xda kedai halal, so aku terima kebab tu dengan pasrah.

Balik hotel, packing2, makan kebab dan pulut mangga semalam, pastu mandi, pastu golek2 tunggu checkout. Baidewei, kebab tu aneh do. Bila dia tanya nak letak semua bahan ker, aku cakap yer. Biasalah bila haloba berbicara kan. Sekali siap ada fries lah dalam kebab tu, apa lagi ntah. So next time, ko perati lah apa ada atas tu, dan cakap apa yang ko xnak yer.

Taxi datang seperti yang dijanjikan Booking guna Deedee Phuket jugak. Kali ni dorang guna Vios. So dalam perjalanan balik tu instead of guna jalan bandar, driver tu guna jalan kampung. Mula-mula lalu area Kamala Beach, Surin Beach, Bang Tao Beach yang mana ketiga-ketiga tu memang cantik gila khinzir lah. Menyesal pulak aku malas sangat dan paranoid sangat sampai x sewa motor untuk ronda belah situ. But tu kiranya adalah alasan nak kembali ke Phuket kan? Pastu teksi tu masuk dalam lagi, lalu sawah, lalu ladang getah. Aku yang dilahirkan dan membesar di Kuching still rasa impress lah dengan pemandangan macamtu. Seronok. Dan jalan yang driver kali ni guna short cut sikit lah. Sikit jer. 50minit camtu.

Flight on time. Sampai KL kul6:30 waktu Malaysia macamtu.


Bab Kesimpulan

Not bad lah Phuket ni. Banyak jer aktiviti korang boleh buat bagi yang berminat nak beraktviti. Usha jer kat tour agent. Nak bermalas-malas macam aku pun boleh jer. Tapi aku sarankan sewa motor jer lah, jimat saaaaaangatttt banyak kot dari naik tuktuk. Lagi pulak dengan bawak moto ko boleh ronda ke seluruh celah bedah Phuket tu. Tapi hati-hati lah eh. Jangan lupa ambik travel insurance. Kerana selain dari isu cagar passport, aku seram jugak kes pakcik Malaysia yang bawak motor ngan wife dia kat Krabi eksiden langgar orang Thai sampai meninggal. Dah satu hal kena masuk hospital pastu masuk penjara Thai lagi.

Bab makan memang aku suggest sesangat lah korang makan kat Malin Plaza tu jer. Murah untuk standard Phuket dan sedaplah bagi tekak aku. Bukak pun seawal 2pm sampai 12 tgh malam. Daripada ko dok try segala kedai2 yang touristy dan tak tahu sedap ker tidak area Patong tu.

Bab tukar duit, activekan jer international withdrawal CIMB korang dan cocok kat sana jer. Tapi readykanlah jugak barang 3000-5000baht dari Malaysia sesiap untuk bayar taxi/minivan/sewa motor/deposit hotel sebelom korang jumpa atm CIMB tu.

Nak beli souvenir? Yang paling murah adalah kat jalan besar sepanjang depan Jungceylon tu. Which is ko berdiri depan Jungceylon dengan muka menghadap Bangla Walk, ko jalan ikut belah kanan. Sepanjang jalan tu banyak orang jual souvenir yang jauh lagi murah dari Bangla Walk dan Patong Beach. Even lagi murah dari Malin Plaza dan Banzaan Market. Tu harga belum tawar lagi tu. Tapi jangan ko tawar bermati-matian sangat. Dorang pun cari makan jugak. Anggap sedekah sikit2 tu ok lah. Jangan sesekali beli souvenir kat Patong Beach atau dalam mall. Yang tu biar homputeh atau arab2 kaya jer beli. Ko degil lantak kau lah.

Budget ticket, hotel n makan tu ikut korang lah. Tapi kalau airport return transfer naik minivan, x makan seafood memahal, sewa motor untuk commute, aku rasa 4 hari 3malam tu x sampai 3000baht pun dibelanja. Tapi tu anggaran aku jerlah. Sebab aku berbelanja kat sana aku x kira pun. Apa aku rasa nak beli, aku bedal jer. So bab budget pocket money mcmtu jujur ikhlas dari hati nurani aku cakap aku x reti.

Abis cerita pasal Phuket dah. Tak perlu bersiri macam Seoul sebab x banyak pun ceritanya. Korang doakanlah aku rajin untuk menulis pasal Bangkok lepas ni. Sah-sahlah yang mintak aku tulis pasal Bangkok sebelum dia pegi bulan April ni akan menyumpah dan rasa nak santet aku. Sorry! I cerita kat u personally jer lah keh. Takpun I jadi tour guide secara live feed jer. Hik.

Till then. Babai!

Ciao!
Ee Ali

Comments

Popular Posts