TURKI: PREPARATION (DISEMBER 2019)

Ellops! Lamaaaa dah aku tinggalkan cerita-cerita travel. Padahal kalau diikutkan, selain dari resipi ayam Thai aritu, last post pun bulan April pasal Phuket *gelak gedik gerak-gerak bahu*. Sbb lepas Phuket tu xda travel mana pun. Takat gi KL beberapa kali, gi tengok konsert Dayang Nurfaizah. Gitu-gitu jer lah. Aku pun x berniat nak blogging seaktif dulu, yang mana setiap minggu nak kena buat post. Segala kisah kehidupan pun nak letak kat blog. X kuasa dah aku lah. Cukuplah sebagai blog yang share infos n experiences on tempat2 yang aku travel (and food), dan juga buat kenang-kenangan bila aku dah tua n x larat untuk travel nanti. Sobs.

Baidewei, sejajar dengan tajuk di atas, untuk percutian hujung tahun 2019 aku telah memilih Turki. Yang follow ig n fb aku opkos dah tahu lah. Kenapa Turki? Sebab aku masih tak boleh move on dengan bercuti dalam cuaca sejuk-sejuk gigil seperti yang aku alami di Seoul 2018. Aku memang dilahirkan untuk hidup sebagai seorang beruang kutub agaknya. Tak pun aku sebenarnya warga Arendelle. So nak kena lah pegi tempat sejuk-sejuk lagi. Dan sebenarnya *selitkan nyanyian Yuna*, aku n kawan-kawan aku mmg dah plan nak ke Turki lama dah. Kalau diikutkan, perancangan kitorang dulu nak ke Turki tahun 2017. Pada satu malam yang hening tu, aku announce dalam chat group, "Oiiiii orang kampung, esok aku nak beli tiket ke Istanbul. Cepat finalise siapa nak join!!!". Sekali the very next day keluar kat berita yang ada kes bombing oleh protesters kat Istanbul. Terus semua kitorang kecut perut cuak. "Eh aku rasa ni petanda Allah x kasi kita gi Turki lah. Kita pegi tempat lain jer lah." Terus tahun 2017 tu kitorang beli tiket pegi Boracay, Philippines. Astaghfirullah ingatkan cuak-cuak tu terus beli tiket gi umrah *petir*

1) TIKET
Tiket gi Turki ni aku dah beli dalam January 2019/awal Feb gitu kot. Aku recce tiket guna Skyscanner. Masa tu, tiket yang sesuai ngan budget kitorang adalah naik Singapore Airlines and Emirates. Tapi oleh kerana yang Emirates tu kena layover 12 jam (tetengah malam) kat Dubai dan SQ adalah direct dari Singapore - Istanbul, maka kitorang decide naik SQ. Sbb kawan-kawan aku xleh cuti lama (katanyaaaaa), maka kenalah jimatkan travelling time tu. Kalau ikutkan aku, nak layover 3 hari kat Dubai pun aku ok. Leh jengok2 Dubai. Terus percutian 2 dalam 1. Khennnn? Tapiiiiiiii nanti-nanti ko tengoklah berapa-dalam-satu jadinya percutian aku kali ni.

Actually ada jer beberapa airlines lain yang korang leh naik dari KL kalau nak ke Istanbul. Turkish Airlines ada direct flight from KL, Qatar Airways pun boleh tapi transit di Doha, Oman Air pun boleh tapi ada layover di Muscat. Tapi masa aku nak beli tiket tu yang ni semua mahal lah. Even ada bloggers yang aku baca dorang buat kerja gila naik Air Asia from KL - Tehran, pastu kat Tehran fly ke Azerbaijan, dari Azerbaijan baru fly ke Istanbul. 2 hari total travelling time! Matilahhhhh x sanggup pakcik. Yang fly direct 11-12 jam dari Singapore tu pun dah kematu bontot aku duduk dalam flight. Ni pulak nak travel turun-naik-flight-lepak-airport-sambung-naik-flight-ulang-sampai-kabur. Tak sanggup aku weh. Kalau ko gila maka ko buat lah.

Oh tiket kitorang aritu dapat RM2.5k naik SQ, return KUL-SIN-IST-SIN-KUL. Ok lah kan? Aku xlah kata murah gila kang korang kata aku riak takabbur, but aku rasa berbaloi lah. Eh naik SQ kot dapat harga gitu ok lah tu. Lagipun sepanjang tahun 2019 mmg aku biar jer alert untuk Skyscanner aku on untuk tarikh kitorang nak pegi tu, tiket memang takda yang turun rendah dari RM2.4k. Tapi x tahulah kalau sbb aku x clearkan cache n cookies so the apps purposely x appear harga lagi murah. Kot.

2) GROUND PACKAGE
Dah lepas beli tiket tu aku cerita lah kat kawan aku (Andy), tetiba dia cakap, "Eh I have a fren tau skang duduk kat Turki. Dia ada bukak travel agency yang handle group tours. Why don't u try guna service dia. Ala2 support business kawan I lah." Aku mula-mula sceptical jugak, sebab all these while aku travel semua plan sendiri, jadi aku dah terbiasa travel mengikut "selera" aku. Plus bab-bab travel ni aku cerewet n very detail. Benda-benda kecik yang unneccessarily stray from my plan pun boleh spoil mood travel aku. Jadi aku risau jugak kalau the travel agency to xleh deliver up to my expectation, aku akan keluar saka. Jadi aku xnak menyusahkan orang lain (the travel agent merangkap kawan Andy) dengan kecerewetan aku. Biarlah aku sendiri yang handle kecerewetan aku. Moreover, aku takut kena tipu sbb banyak kan dengar kes travel agent tipu (walaupun lagi banyak yang jujur ikhlas ahli syurga). Oi bukan sikit duit nak guna pegi travel. Kalau kena kapur travel agent, mau jadi Kassim Selamat aku nangis tepi pasu bunga mak aku.

Tapi pastu Andy cakap, "Jangan risau. I pertaruhkan persahabatan I dengan U, and pertaruhkan persahabatan I ngan that fren of mine masa nak offer U ikut agency dia ni." But, walapun dengan slogan Janji Ditepati Andy tu tadi, aku masih ada concerns lah. Sbb bila aku check kat internet, xda info pun pasal agency ni. As in it's already 2019, but dorang website xder, ig xder, fb xder. So fishy, itu pendapat aku masa tu lah. But Andy tanya kawan dia, pastu got back to me dengan jawapan yang agency tu baru lagi so xda staff lagi yang boleh handle tu semua. Plus all these while dorang just offer and run the packages, tapi travel agents lain yang carikan clients and pass kat dorang. Still berbau ikan tak? Adalah sikit kan? Like sekarang kalau nak bukak agency macamni, socmeds kena gah dulu. Baru senang orang nak caya. Kan, Janet? Kan?

But bila aku fikir balik, tiket flight aku dah beli sendiri. Kalau kena kapur pun, aku just kena kapur ground package. Meaning to say, kalaupun tu scam, at least aku akan tetap ke Istanbul, but pastu kena pandai-pandai lah survive kat sana jadi penari gelek ker apa ker. Then aku cakap kat Andy, "ask ur fren kalau dia boleh buat private package untuk kitorang berempat, pastu I list down mana I nak pegi n apa activities I nak buat, dia quotekan price. Kalau price dia onz, I ambik dengan dia. Sebab I xnak join tour group beramai-ramai. Leceh n rengsa."

Sehari lepas tu, dia contact aku bagi quotation apa semua. Dan aku and the gang rasa harga dia onz, so kitorang setuju. Nak tahu harga and info pasal the agency? Tungggguuuuuu aku buat satu entry khas untuk itu keh.

3) CURRENCY
Turki menggunakan matawang Lira (TRY), tapi Euro n USD diterima secara meluas kat sana. And ada sesetengah activities offered, mmg dorang quote harga siap-siap dalam Euro/USD. So kebanyakan blogs yang aku baca sebelum ni, dorang bawak duit dalam Euro/USD pastu tukar kat Turki, sbb harga MYR kat Turki x menarik compared to those two currencies. Ada jugak yang advised suruh withdraw kat sana jer guna international withdrawal, so x perlu bawak cash banyak-banyak dalam tangan. Yer lah, travel ni kalau bawak bnyk sgt cash, kang kalau nasib x baik kena rampok ker pick-pocket ker, sendu lah kau kat sana.

So aku aritu just bawak USD100 in cash just for emergencies, selebihnya aku just withdraw kat sana. No worries, ATM machines dorang skang semua dah boleh cakap omputeh, bukan lagi kecek Turki semata-mata. But bila dah beberapa kali withdrew duit kat sana kan, aku perasan yang setiap bank dorang charge transaction fees yang berbeza setiap kali withdrawal. It ranges from 3% - 8% from amount withdrawn. Tak macam kalau pegi Thailand ker atau Indonesia contohnya, let's say ko pakai CIMB atau Maybank, tapi withdraw kat ATM bank jenama tempatan yang selain CIMB Thai/CIMB Niaga/Maybank ko akan kena charge flat rate RM12 sekali withdraw. Tapi kat Turki tu dia kira percentage dari amount yang ko keluarkan. So kalau ko keluarkan dari bank yang charge 8%, maka makin banyak amount ko withdraw, makin banyak lah duit ko kena kokak. Ni cikgu matematik ajar: Ko keluar TRY100, ko kena charge extra TRY8. Ko withdraw TRY1000, ko kena charge TRY80. Fahimtum?

Maka berdasarkan penyiasatan aku sepanjang kat sana, ATM/bank yang charge paling murah sekali adalah bank ni....*drum roll*
Gunalah Garanti Bank yang bernuansa hijau putih ittew. Garanti paling murah aku jumpa iaitu 3% saja dia charge. Denizbank tu paling jahans sekali iaitu 8%. Akbank n ING Bank pun lagi mahal dari Garanti tu. Xyah risau, kat airport berlambak ATM machines pelbagai bank. Cocoklah selagi ko mampu cocok.

Tapi kan, bila Turkish Lira skang dah jatuh berbanding MYR, lepas balik dari Turki tu aku membuat kira-kira, aku rasa kalau tukar MYR direct ke Lira kat Malaysia macam lagi untung sikit berbanding withdraw kat sana. Aku x tengok harga money changer yang famous amous kat Midvalley tu sbb xda ke sana pulak, tapi kalau ko nak tukar kat Nu Sentral, ko pegi money changer yang kat ground floor kat tengah-tengah area ruang legar yang kedai dia warna oren, kat sebelah Sinma tu. Dalam banyak-banyak money changer kat Nu Sentral, dia yang bagi harga paling best almost untuk semua currencies berdasarkan pemonitoran aku selama beberapa hari. *uncle lepas ni boleh lah belanja saya 100 ka 200 Euro ka saya sudah kasi promo ni*

Jadi, ikut suka kau nak ikut cara yang mana k. Ko xnak bawak duit langsung pun ok. Kat sana kau cur lah ngan abang-abang Turkish delight. So delightful. Eh!

4) APPS
Di zaman siber teknologi terkini kejayaan semakin hampiri ini, ko donlod lah apps yang boleh memudahkan kau sana. Macam aku, walaupun ambik full ground package, manalah tau terpecah dari group n sesat ker, atau tetiba ada misi Nora Zain ker, at least adalah back up. Taklah kau terkapai-kapai ku kelemasan dilambung ombak kerinduan kat sana.
Gituh folder feeling nama Jetsetter walhal travel setahun sekali.

a) Google Translate - untuk translate lah ngok. Lagi satu dia best, adalah dia boleh buat live translation provided ko ada internet. Ko bukak apps tu, pastu ko hala kan jer camera phone kau kat perkataan asing tu, maka dia akan terus terjemahkan untuk kau on the spot. Jadi tidaklah ko keliru masa tengok menu contohnya, x tahu menu tulis apa maka ko terorder usus labi-labi masak bening.

b) Citymapper - membantu dengan suggest kau pelbagai cara untuk pergi satu tempat ke satu tempat. dia ada options untuk train/tram/metro/tunel/funikuler, bas, kereta, basikal, jalan kaki. Selain dari tunjuk cara, dia jugak akan tunjuk masa yang akan diambil, serta tunjuk jadual masa pengangkutan awam yang ko boleh guna untuk ke tempat yang ko nak pegi tu. Semua ni dalam satu apps yang sama. Lagi pulak dia boleh guna untuk banyak negara. Kalau dulu lain negara nak kena donlod apps lain yang specific untuk negara tu jer. Skang pakai Citymapper tu jer dah cukup. Nak pakai kat Timor Leste atau Bermuda Triangle x sure pulak aku. Apakata nanti ko try, ko kasitau aku pastu.

c) Bitaksi - Dia macam Grab lah, tapi sana mana ada Grab. Ini khas untuk kat Turki jer. Tapi kereta yang datang semua teksi lah. Yang ni paling selamat untuk kau guna, sebab dia dah letak estimation harga (not the exact price mcm Grab) n katanya perjalanan teksi tu dimonitor. Kat Turki taxi scam adalah berleluasa yer acik-acik sekalian. Jadi ko jangan suka-suki jer nak tahan taxi tepi jalan feeling2 Carrie Bradshaw yer kalau wajah ko xda ciri-ciri kacukan baklava. Ko tak caya ko tengok video ni.



Tapi kalau dapat Fake Taxi apa salahnya. Matilahnakkkk. Eh baidewei, options dalam tu, Yellow Taxi adalah taxi biasa but walaupun aku kata biasa, dia x pakai iswara yang dah cabuk yer tuan-puan. Taxi dia still helok manis macam budak lepas SPM. Kalau ko pilih Turqouise Taxi tu mahal sikit. Dia ada yang lagi mahal dari turqouise taxi tahap dewa-dewi kekayaan jer naik. But mind u, taxi kat Turki waima Yellow Taxi sekalipun x murah mana yer tuan-puan. Maka seboleh-bolehnya ko naiklah public transport. Bersyukurlah Malaysia masih aman. Tiber.

d) Uber - ni kau tahu lah kan??? Tapi skang Uber dah kena banned oleh kerajaan Turki. Ni aku baru tau masa kat sana. But apps tu still leh guna, tapi yang datang nanti adalah teksi jugak. So pakai Bitaksi jer sudeh.

5) INTERNET
Apalah maknanya sebuah percutian tanpa dapat mengepost gambar-gambar di instagram demi menyakitkan hati jiran kau yang suka tumbuk sambal x pakai alas tengah2 malam buta, kan? Eh, bukan tujuan tu ajerlah. Skang ni internet tu kurang sikit jer pentingnya dari oksigen. Google translate, citymapper, bitaksi tu contohnya semua nak guna internet. Nak cari info ker apa, nak contact group member ko whatsapp apa semua. Xkan nak hantar signal pakai asap atau burung merpati kan.
Geng aku yang 3 orang aritu gi sewa portable wifi Roamingman kat KLIA sebelum kitorang terbang. Aku rasa Roamingman offer harga yang paling competitive untuk Turki, tapi aku tak ingat berapa harga sebab dorang bertiga yang deal kat kaunter tu manakala aku just pose-pose cantek kat kawasan sekitar. Ala, ko cek lah kat website dorang jangan nak harap aku suapkan jer. Rakyat tak boleh malas-malas tau sekarang, lagi-lagi Melayu. Eh. Dan satu jugak, Roamingman ni x charge deposit. Kaunter/Booth dia kalau kat KLIA adalah dekat ngan McD kat departure floor tu/dekat ngan international departure gate. Dia boleh book online n self collect kat situ, atau just walk in jer pun boley. Sama ada kalau book online lagi murah ker cemana tu korang kena cekidaut sendiri. Satu device tu boleh share 5 gadgets, n bertahan 6-8 jam depends ngan berapa gadget yang tether ngan bendalah tu. Coverage ok, so far kat sana aku xda dengar geng-geng aku komplen pasal signals.

Sebelum tu aku decided, at least salah seorang dari kitorang kena beli tourist simcard. So at least kalau ada emergency yang perlu call sesapa atau memana, adalah phone yang boleh guna. Xlah mengharapkan whatsapp call yang hidup segan mati tak mahu tu. So aku amik tourist simcard kat Istanbul Airport.

Mind you, tourist simcard kat Turki adalah harga yang paling Benjamin Nettanyahu sekali aku pernah jumpa sepanjang aku berkecimpung dalam dunia travel ni. Serius mahal tak beragak aku tak tau kenapa. Puas aku usha kat tenet x dapat jawapan. Untuk tourist, yang paling famous ada 3 telco kat sana yang korang leh guna. Turk Telekom, Vodafone dan Turkcell.

Turk Telekom paling murah, tapi coverage x meluas. Kalau ko sekadar kat Istanbul jer boleh guna yang ni. But kalau decide nak keluar dari Istanbul, you better not.

Vodafone adalah yang harga paling zionis sekali. So x payah. Ko jangan degil. Dengar cakap aku.

Turkcell adalah coverage yang paling meluas sekali di Turki, tapi harga dia tidaklah lanun macam Vodafone, tapi tidak semurah Turk Telekom. So adalah advisable untuk ambik Turkcell. Aku pakai yang ni. Aku dah recce siap2 kat tenet harga tourist simcard Turkcell adalah TRY149 (+- RM120) untuk 8GB internet 200minit calls dan berapa SMS ntah, tapi sampai kat sana salesgirl tu mati-mati cakap harga dorang TRY189 (+-RM150) siap tunjuk satu kertas senarai harga yang dia dah print n lekat kat kaunter dia. Dia cakap harga yang aku cakap tu harga postpaid. Penipu sial nenek Turki kau berjambul lah. Aku nak jer tunjuk website Turkcell yang aku recce tu, tapi tenet belum ada pulak. Harga TRY149 tu pun aku dah rasa ridiculous, ini dia up-kan lagi ke TRY189 pulak. Tapi sebab aku memang perlukan simcard tu, at last aku ambik lah jugak. Sakit hati aku. Dahlah muka ko muka kasta Turki tak cantik. Tapi still lagi cantik dia lah dari aku huhu. But benda ni memang dah banyak blogs cerita. Kat airport, dorang jual simcard ni pakai bedal jer harga. Kalau ko x desperate nak simcard, tunggu lah ko sampai kat town nanti. Ko gamble jer lah masuk town tanpa internet.

Kalau korang nak beli simcard ni, ko keluar jer dari arrival hall tu, ko belok kiri, ko jalan lah sikit sampai ko jumpa 3 buah kedai Turkcell, Vodafone dan Turk Telekom sebelah-menyebelah. Dia masih dalam bangunan airport tu yer saudara-saudari, bukan kat luar. Kau bawak lah cili padi tumbuk siap-siap kot ko nak lumurkan kat mulut betina jual simcard tu kalau ko sakit hati.


Aku rasa setakat ni jerlah aku punya preparation nak pegi Turki ni. Sebab mostly travel agency yang arrange kan. Kalau ada yang aku teringat kemudian, nanti aku tambah yer. See you in my next entry!

Ciao!
Ee

Comments

Popular Posts